Font size
WorksheetsKata Tugas
Total questions: 50
Worksheet time: 27mins
Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ____________ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
dan
lantas
manakala
bagaimanapun
Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ______________ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.
jika
hingga
ketika
sementara
Mora masih belum pulang _________ hari sudah lewat senja.
meskipun
setelah pun
jikalau pun
walau bagaimanapun
Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah __________ ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.
jadi
oleh itu
dengan demikian
walau bagaimanapun
Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.
Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.
Awak hendak beli baju ini atau baju itu?
Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya.
Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.
Dia bersiap-siap lebih awal __________ tidak lewat tiba di sekolah.
jika
agar
meskipun
setelah
Encik Raihan memandu keretanya setiap hari __________ pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya.
kerana
setelah
demi
walaupun
Jalil didenda oleh pengetua __________ berkelahi dengan Osman.
justeru
yang
kerana
jika
Askar itu telah dinaikkan pangkat _________ berani menentang musuh.
setelah
meskipun
lantas
sekiranya
___________ ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya.
Hanya
kerana
walaupun
bahawa
__________ anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari.
sekiranya
bahawa
demi
agar
Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis _________ disyaki mengedar dadah.
walaupun
kerana
agar
bahawa
______________ daripada harta yang dimiliki oleh Krusty didermakan kepada anak-anak yatim.
Suku
Segala
Sekalian
Tiap-tiap
Biji gajus letaknya di bahagian _____________ buah.
sisi
luar
hujung
belakang
"Mana adik kamu, masih _____________ pulang lagi?' tanya ibu kepada Raven.
tidak
bukan
sekalian
beberapa
Pilih penggunaan kata seru yang salah dalam ayat.
Syabas, bisa sungguh sengat kala jengking ini!
Eh, kita kena pergi perpustakaan sekarang!
Amboi, cantiknya pengantin kita pagi ini!
Aduhai, malangnya nasibku harini! Tadi terjatuh longkang, sekarang beg duit pula hilang.
________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!
Eh
Aduhai
Cis
Wah
________ murid-muridku, jangan sesekali kamu ingkar perintah cikgu!
Cis
Hai
Wahai
Amboi
Nyatakan jenis kata perintah bagi ayat berikut.
Larangan
Permintaan
Silaan
Suruhan
“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.
Jangan
Tolong
Minta
Usah
“ _____ main dengan alat-alat yang tajam itu,' tegah emak kepada adik.
Jangan
Harap
Sila
Tolong
Pilih jenis kata tugas yang betul berdasarkan perkataan berikut.
Kata perintah
Kata seru
Kata pembenar
Kata pangkal ayat
_____________ Firduan tidak hadir ke majlis hari jadi kamu semalam ?
Bilakah
Mengapakah
Bagaimanakah
Siapakah
Pilih ayat tanya yang paling tepat dengan jawapan berikut.
Siapakah yang ada dalam kotak itu?
Apakah yang ada dalam kotak itu?
Bilakah awak beli kotak itu?
Mengapakah hadiah ada dalam kotak itu?
Berdasarkan gambar berikut, nyatakan jenis kata tugas dengan betul.
Kata perintah
Kata pangkal ayat
Kata pembenar
Kata seru
Pasangan yang manakah merupakan kata sendi nama yang betul.
amboi, oleh
pada, daripada
hatta, kepada
syahadan, dengan
Berdasarkan ayat di bawah, pilih ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul.
Salleh baru pulang daripada rumah neneknya.
Lelaki yang berbaju biru itu telah membaling sampah kepada dalam sungai.
Cikgu Suzi menerima hadiah daripada anak muridnya.
Beg tangan itu diperbuat dari kulit yang bermutu.
______________,ambil semua barang-barang kamu yang saya pinjam dahulu!
Nah
Wah
Aduh
Amboi
Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ______________ orang ibu bapa murid
para
semua
beberapa
sesetengah
Encik Razif sampai di pejabat lewat ___________jam kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
kelima
separuh
setengah
segelintir
Zarul mendapat tempat yang ____________ dalam pertandingan lumba lari itu.
ketiga
satu per tiga
bertiga
ketiga-tiga
Tokoh sukan itu tidak menghiraukan kata-kata negatif__________orang terhadapnya apabila beliau kalah.
para
segala
segelintir
masing - masing
...kah harga baju ini lebih mahal daripada baju itu?
Apa
Bila
Berapa
Mengapa
"...kah yang telah menghabiskan minuman saya di dalam gelas ini?" tanya Saiful kepada kawan-kawannya dengan nada geram.
Apa
Siapa
Mengapa
Bagaimana
...kah pengembaraan itu akan dimulakan?
Mengapa
Berapa
Bila
Apa
Kereta api dijangka ... berlepas ke Johor Bahru pada pukul 10.00 malam nanti
akan
masih
belum
pernah
Latihan tatabahasa itu ... disiapkan oleh Feeya semasa rehat tadi.
pernah
masih
akan
telah
Azlan ... leka melayari Internet di ruang tamu ketika Firdaus tiba di rumah sahabatnya itu.
akan
harus
hendak
sedang
Apa _______ yang berlaku sehingga dia menjerit sekuat hati?
tah
kah
lah
pun
Murid itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu _______ jika dia hendak.
tah
lah
kah
pun
“Apa ______ dayaku yang miskin ini”. Keluh lelaki tua itu.
lah
kah
jua
tah
Pilih kata arah yang betul.
Di atas
Di bawah
Sini
Pilih kata arah yang betul.
Ini
Di atas
Di bawah
Berikut merupakan contoh ayat bagi kata penekan KECUALI
Anda dikehendaki memilih dua jawapan.
Keadaan mahasiswa itu sesungguhnya semakin tenat.
Pak Ali sebidang tanah yang luasnya kira-kira tiga hektar
Berdirinya saya di sini adalah untuk mengemukakan hujah-hujah berkaitan isu tersebut
Sepatutnya Rahmat yang di denda bukannya Ibrahim.
Berikut merupakan contoh ayat bagi kata pembenda KECUALI
Tidurnya nyenyak sekali pada malam itu.
Pergilah dahulu seandainya saya lambat tiba
Mariana berkali-kali membetulkan duduknya
Tingginya hampir dua meter
Apakah definisi kata penekan?
Bentuk -nya yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama menjadi kata nama
kata yang bergabung dengan partikel -nya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
kata-kata yang terhasil akibat dari penggandaan atau pengulangan kata dasar.
perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
Apakah definisi kata pembenda?
Golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu
kata yang bergabung dengan partikel -nya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu;
Bentuk -nya yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama menjadi kata nama
