Font size
WorksheetsBab 2 Trend Semasa Dalam Perniagaan
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Antara yang berikut, yang manakah agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan?
Antara yang berikut, yang manakah merupakan insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan?
I Taraf perintis
II Elaun pekerja
III Cukai barangan
IV Elaun cukai pelaburan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Pernyataan manakah yang benar tentang pengangguran bermusim?
Berlaku perubahan dalam industri
Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek
Berlaku semasa keadaan ekonomi meleset
Pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan?
I Trend melintang
II Trend meningkat
III Trend mendatar
IV Trend mencapah
I & II
I & IV
II & III
III & IV
"Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan, dan perumahan."
Apakah jenis pasaran tersebut?
Pasaran niche
Pasaran untuk semua
Pasaran produk
Pasaran kewangan
X merupakan suatu proses untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Apakah X?
Politik
Ekonomi
Pengeluaran
Undang-undang
Sesebuah negara dianggap maju apabila mencapai guna tenaga penuh. Apakah ciri guna tenaga penuh?
Ramai pekerja asing
Negara yang masih dalam kemiskinan
Pendudukan yang ramai kaum perempuan
Kadar pengangguran kurang daripada 4%
>> Cukai import & eksport
>> Cukai barang & perkhidmatan (GST)
Apakah agensi yang mengutip cukai-cukai tersebut?
Situasi 1: Pekerja bekerja untuk satu jangka masa pendek dan terpaksa mencari pekerjaan lain pula.
Situasi 2: Berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan dan ini menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.
Pasangan manakah yang benar?
Situasi 1: Pengangguran kitaran
Situasi 2: Pengangguran teknologi
Situasi 1: Pengangguran teknologi
Situasi 2: Pengangguran kitaran
Situasi 1: Pengangguran bermusim
Situasi 2: Pengangguran struktur
Situasi 1: Pengangguran struktur
Situasi 2: Pengangguran bermusim
Penyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?
Sumber manusia
Teknologi maklumat
Persaingan dan jaringan
Sosiobudaya
Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan
Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran.Ini telah membuatkan perniagaan restoren Encik Rahman semakin maju.
Apakah trend persekitaran yang berlaku
Trend meningkat, faktor luaran
Trend menurun, faktor luaran
Trend menurun, faktor luaran
Trend meningkat, faktor dalaman
Graf berikut menunjukkan trend sebuah perniagaan.
Berdasarkan graf, apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan tersebut?
Gaya pengurusan tidak cekap
Sumber manusia tidak produktif
Bekalan bahan mentah terjejas
Aktiviti promosi tidak berkesan
Apakah tujuan kerajaan menggubal undang-undang berkaitan perlindungan
pengguna?
Membolehkan kerajaan memberikan pelepasan cukai individu
Meningkatkan aktiviti perniagaan berasaskan barang pengguna
Meningkatkan penglibatan peniaga dalam aktiviti perniagaan
Membolehkan pengguna mendapatkan ganti rugi
Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
Permintaan untuk barang meningkat
Pendapatan kerajaan akan menurun
Aktiviti perniagaan akan meningkat
Kadar pengangguran akan meningkat
Gaya pengurusan manakah yang dapat membentuk persekitaran organisasi kondusif, wujud toleransi, dan hubungan baik antara majikan dan pekerja?
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Antara berikut, yang manakah bukan peranan BNM?
A. Mengawal selia sistem pembayaran negara
B. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
C. Memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
Manakah peranan kerajaan pusat dari aspek perundangan?
A. Promosi
B. Latihan dan Pembangunan
C. Perlindungan Pengguna
Manakah agensi di bawah yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam dunia perniagaan.
Manakah contoh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Apakah peranan gambar di atas?
A. Mengawal selia sistem pembayaran negara
B. Menggubal undang-undang negara
C. Menjaga keselamatan negara
Apakah peranan agensi di atas?
A. Mengadakan misi perdagangan ke luar negara
B. Mengadakan kursus keusahawanan
C. Menjalankan aktiviti penyelidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan isu serantau?
Masalah perniagaan di kawasan setempat
Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara
Masalah yang melibatkan Malaysia dengan negara jiran
Masalah yang berkaitan dengan fungsi dan bidang kuasa kerajaan
Isu perlindungan pengguna akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab iaitu ...
Parlimen
Kerajaan pusat
Tribunal Tuntutan Pengguna
Mahkamah sivil
- Akta Kontrak 1950
- Akta Syarikat 2016
- Akta Jualan Barangan 1957
Apakah kepentingan akta-akta di atas dalam perniagaan?
Mengenakan cukai terhadap pernigaan
Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
Memberi khidmat nasihat kepada perniaga
Menentukan jenis hukuman terhadap pesalah dalam perniagaan
Rajah di atasmenunjukkan sebuah agensi kerajaan.
Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi tersebut?
Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia
Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua
Pernyataan manakah yang benar tentang peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
I. Menggubal undang-undang perniagaan
II. Menyediakan latihan dan pembangunan
III. Melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
IV. Menggubal Undang-undang Kecil Pasar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
"Rangkaian restoran makanan segera McDonalds bercadang untuk menggunakan robot sebagai pelayan bagi menghidang makanan kepada pelanggan".
Apakah jenis pengangguran yang mungkin akan wujud?
Pengangguran kitaran
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
Antara yang berikut, manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?
Pekerja menganggur kerana tamat kontrak kerja
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana berlaku kemelesetan ekonomi
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi terbaharu
Berlaku perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja
"Kenaikan harga barang dan [perkhidmatan secara berterusan".
Apakah fenomena tersebut?
Inflasi
Deflasi
Kemelesetan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi
Antara berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?
I. Melalui dasar kerajaan
II. Meningkatkan kadar faedah
III. Meningkatkan permintaan barang
IV. Mengurangkan pengeksportan barang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan yang manakah benar tentang deflasi?
Pengurangan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Penambahan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
- Menurunkan kadar cukai
- Menurunkan kadar faedah
Apakah tujuan tindakan kerajaan di atas?
Mengatasi masalah deflasi
Mengatasi masalah inflasi
Mengatasi masalah subsidi
Mengatasi masalah peningkatan cukai
"Kekurangan kepakaran dalam Syarikat Jun Yi Sdn. Bhd. membawa kesan negatif kepada perniagaannya".
Apakah ciri SWOT yang dimaksudkan itu?
Peluang
Ancaman
Kekuatan
Kelemahan
- Ekologi
- Teknologi
- Politik
- Ekonomi
Pernyataan di atas merujuk kepada .....
peluang perniagaan
ancaman perniagaan
faktor luaran perniagaan
faktor dalaman perniagaan
Rajah di atas menunjukkan campuran pemasaran.
Apakah X?
Jualan
Penawaran
Kos
Harga
Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?
Politik yang stabil
Pekerja yang kreatif dan inovatif
Sistem pengurusan yang cekap
Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
"Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan, dan perumahan."
Apakah jenis pasaran tersebut?
Pasaran niche
Pasaran untuk semua
Pasaran produk
Pasaran kewangan
Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran kewangan?
Pelaburan modal
Aktiviti pembiayaan
Pembelian dan penjualan saham
Pihak yang memberi pinjaman kewangan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Nelayan
Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
