NEW
Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 : PNG TING.4
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan perniagaan?
Meningkatkan pendapatan negara
Memberi peluang pekerjaan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Membantu masyarakat setempat
Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan produk berkualiti tinggi
Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
Perniagaan kekal berterusan
Keputusan adalah hak pemilik
Cukai keuntungan dikecualikan
Pemilik menanggung liabiliti terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.
1.Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (pindaan 1978)
2.Kerjasama antara dua atau lebih individu
3.Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Milikan Tunggal
Syarikat Sdn Bhd
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
1.Mudah ditubuhkan dan mudah diurus
2.Dikenakan cukai individu
3.Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik
Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?
Prima Global Sdn. Bhd.
Tiga Dimensi Enterprise
Koperasi Belia Johor Bahru Berhad
Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan
Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
Membayar fi tertentu kepada francaisor
Melaksanakan penyelidikan produk
Menyediakan skim latihan pekerja
Melakukan promosi
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
· Perkongsian strategik
antara dua syarikat
· Perniagaan diuruskan
sehingga tercapainya objektif
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Francais
Koperasi
Usahasama
Perkongsian
Gambar berikut menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut?
I Saham syarikat diniagakan di Bursa Malaysia
II Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
III Ahli menanggung liabiliti terhad
IV Bilangan ahli 2 hingga 10 orang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?
Sharmini menjual ketam
Ah Hong menternak udang dalam kolam
Athirah memproses ikan dijadikan keropok
James menghantar sayur – sayuran ke pasar
Rajah 2 berkaitan dengan sektor perniagaan
Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?
Pelancongan
Pemasangan kereta
Pengangkutan Awam
Perlombongan emas
Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Kuasa Teguh Sendirian Berhad?
Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang
Dikenakan cukai yang rendah
Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?
Pengkhususan kerja mudah dilakukan
Pekerja berpengalaman mudah diperoleh
Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan
13. Rajah berikut adalah merupakan kategori dalam sektor sekunder.
Apakah aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan X
Pemprosesan isi ikan
Penternakan lembu tenusu
Perkhidmatan bas sekolah
Pembekalan barang runcit
Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
Melatih tenaga kerja mahir
Melakukan pertukaran nilai
Menyediakan barang dan perkhidmatan
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan?
I Dapat menarik pelabur baharu
II Dapat mendorong pekerja bekerja lebih keras
III Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial
IV Dapat memastikan kelangsungan perniagaan
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III dan IV
Persatuan Peniaga Bandar Klang menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?
Untuk mengusir pesaing di pasaran
Untuk mempromosi jenama tertentu
Untuk mempromosikan alam sekitar bersih
Untuk membantu ahli masyarat yang tidak mampu
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi. Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Encik Zamri membenarkan kawan-kawannya menggunakan namanya dalam satu perniagaan perkongsian. Beliau tidak mengeluarkan sebarang modal.
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi nominal
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan di atas?
Pengurus besar
Ketua Eksekutif
Pemegang saham
Lembaga pengarah
Berikut adalah ciri-ciri salah satu daripada jenis perniagaan.
· Bilangan ahli 2 hingga tiada had
· Saham diurusniagakan di Bursa Saham Malaysia
Apakah jenis perniagaan tersebut?
Koperasi
Syarikat Awam Berhad
Milikan tunggal
Perkongsian
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?
mengutip cukai
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
menguatkuasakan undang-undang
Trend persekitaran perniagaan yang meningkat dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut:
I pertukaran mata wang asing
II pekerja bermotivasi
III situasi politik yang stabil
IV undang-undang baharu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menangani isu -isu negara
Keadaan kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan pengguna semakin menurun dan hal ini menyebabkan permintaan untuk barang dan perkhidmatan berkurangan
Antara yang berikut, manakah peranan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan?
I. Mengurangkan bekalan dalam ekonomi
II. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
III. Meningkatkan cukai pendapatan
IV. Mengurangkan kadar faedah
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?
I. Pembangunan dalam teknologi digital
II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan
III. Perlindungan daripada gejala penipuan dalam perniagaan
IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan oleh kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?
MARA
MARDI
FELDA
SIRIM
Rajah menunjukkan keadaan trend persekitaran sebuah perniagaan.
Apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan demikian berlaku?
Pekerja kurang bermotivasi
Keadaan ekonomi semakin lembab
Strategi pemasaran yang kurang berkesan
Kos pengeluaran semakin meningkat
Rajah menunjukkan trend persekitaran pertumbuhan ekonomi.
Apakah kesan jangka masa panjang keadaan X kepada ekonomi negara?
Permintaan terhadap barangan meningkat
Wujud lambakan produk dalam negara
Kuasa beli pengguna meningkat
Pengangguran berkurangan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah deflasi.
Menurunkan kadar cukai pendapatan
Mengurangkan kadar faedah bank
Apakah kesan tindakan tersebut?
Kos pinjaman perniagaan meningkat
Harga barang dan perkhidmatan menurun
Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran
Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat
Penyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan yang demikian?
Pekerja kurang bermotivasi
Keadaan ekonomi semakin lembap
Strategi pemasaran yang kurang berkesan
Kos pengeluaran semakin meningkat
Gambar di bawah menunjukkan dua buah agensi kerajaan di Malaysia
Agensi di atas merupakan agensi
perlindungan kerajaan
perlindungan pengguna
pungutan cukai Persekutuan
penggubalan undang-undang
Maksud INFLASI adalah..
Kenaikan harga barang secara berterusan
Kejatuhan harga secara kekal
Kenaikan harga barang secara kekal
Kejatuhan harga barang secara berperingkat
Antara berikut yang manakah Peranan pihak berkuasa tempatan?
Menyediakan infrastruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem pendudukan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
Pengangguran kitaran berlaku kerana......
Ekonomi tidak stabil
Pekerja tamat kontrak
Pekerja Kekurangan kemahiran
Majikan gagal membayar gaji pekerja
Yang manakah kesan deflasi?
Berlaku guna tenaga penuh
Kuasa beli Pengguna meningkat
Wujud lambakan barang atau perkhidmatan
Permintaan barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan
Antara yang berikut,yang manakah merupakan jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara?
i.pengangguran meleset
ii.pengangguran semula jadi
iii.pengangguran kitaran
iv.pengangguran struktur
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Pernyataan manakah yang benar tentang pengangguran bermusim?
berlaku perubahan dalam industri
tempoh bekerja dalam jangka masa yang pendek
berlaku semasa keadaan ekonomi yang meleset
pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan
Apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya inflasi?
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat
kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan
