wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Basics Management Siri 2

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

‘Ia merupakan satu perancangan terperinci yang memberi penekanan kepada tugas-tugas rutin dalam organisasi yang disediakan oleh pengurusan peringkat

bawahan’. Apakah jenis perancangan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

a)

Perancangan taktikal.

b)

Perancangan strategik.

c)

Perancangan operasian.

d)

Perancangan pembangunan produk.

2.

Apakah jenis perancangan yang direkabentuk di organisasi yang bertujuan untuk melaksanakan perancangan strategik mengikut strategi-strategi yang dibentuk?

a)

Perancangan taktikal.

b)

Perancangan operasian.

c)

Perancangan kontigensi.

d)

Perancangan pembangunan produk.

3.

‘Dalam tempoh masa lima tahun syarikat ini akan menjadi sebuah syarikat peruncitan terbesar di Malaysia’.

Apakah jenis perancangan yang diterangkan dalam pernyataan di atas?

a)

Perancangan taktikal.

b)

Perancangan strategik.

c)

Perancangan operasian.

d)

Perancangan kontigensi.

4.

Sekiranya anda berhadapan dengan tahap stress anda yang meningkat disebabkan oleh penetapan matlamat yang terlalu tinggi oleh pihak pengurusan, yang manakah di antara berikut merupakan kaedah penyelesaian yang TERBAIK yang perlu anda pilih?

a)

Meletak jawatan dan meninggalkan organisasi tersebut.

b)

Membuat aduan kepada pihak kesatuan pekerja syarikat .

c)

Menilai semula matlamat anda dengan membuat perbincangan dengan pengurus anda.

d)

Menetapkan matlamat anda sendiri dan mengabaikan matlamat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

5.

Apakah langkah pertama dalam proses perancangan?

a)

Penilaian alternatif.

b)

Penetapan matlamat.

c)

Penetapan tindakan alternatif.

d)

Menganalisis persekitaran perniagaan.

6.

Berikut adalah proses melaksanakan perancangan strategik dalam sesebuah organisasi.

I. Penentuan misi.

II. Penetapan strategi.

III. Penetapan objektif.

IV. Pelaksanaan strategi.

V. Penilaian persekitaran.


Pilih susunan proses yang TEPAT.

a)

I, V, III, II, IV

b)

II, IV, III, V, I

c)

V, I, II, III, IV

d)

III, II, IV, I, V

7.

Apakah kelebihan menggunakan Carta Gantt dalam melaksanakan perancangan dalam organisasi?

I. dapat menepati matlamat organisasi yang lebih mudah dicapai.

II. dapat memastikan urutan aktiviti dijalankan mengikut jadual.

III. dapat mengikuti perkembangan sesuatu projek dari mula hingga tamat.

IV. dapat membantu mempercekapkan proses kawalan penggunaan sumber.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

II dan III

8.

Teknik perancangan yang biasa digunakan untuk mengagihkan sumber-sumber organisasi ialah bajet. Bajet boleh dibahagikan kepada bajet tetap dan bajet

berubah. Di antara jenis-jenis bajet berikut, manakah BUKAN merupakan contoh bajet tetap?

a)

Bajet tunai.

b)

Bajet keuntungan.

c)

Bajet perbelanjaan.

d)

Bajet bahan mentah.

9.

Salah satu proses dalam perancangan strategik ialah membuat penilaian persekitaran dalaman dan luaran organisasi. Manakah di antara berikut merupakan contoh persekitaran dalaman yang perlu dinilai?

a)

Ekonomi.

b)

Teknologi baharu.

c)

Kemahiran pekerja.

d)

Peraturan yang baharu diperkenalkan.

10.

Manakah di antara berikut BUKAN merupakan salah satu tahap strategi dalam organisasi?

a)

Tahap fungsian.

b)

Tahap korporat.

c)

Tahap operasian.

d)

Tahap perniagaan.