WorksheetsPK TAHUN 5
Total questions: 19
Worksheet time: 7mins
Apakah maksud penyakit tidak berjangkit?
penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain.
penyakit kronik yang boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain.
Berikut adalah jenis-jenis penyakit tidak berjangkit kecuali....
Diabetis
Coronavirus
Sakit jantung
Asma
Mulai hari ini saya akan menjaga kesihatan dengan melakukan 3 perkara ini iaitu...
Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
Teruskan kehidupan dengan pemakanan tidak berkhasiat
Menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan banyak memakan sayur-sayuran dan makanan berkhasiat.
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN amalan harian untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit?
Mencuci tangan.
Menutup hidung dan mulut.
Cuba mengelak daripada mendekati pesakit yang dihinggapi penyakit berjangkit.
Tidak menggunakan sabun atau sabun antiseptik ketika mandi.
Antara berikut, manakah perlakuan yang menjaga kesihatan diri ?
Tidak mandi selama satu minggu.
Makan selepas bermain tanpa mencuci tangan.
Membersihkan diri sebelum menyentuh sebarang makanan.
Membiarkan kuku panjang.
Apakah cara yang sesuai untuk mencegah penyakit berjangkit ?
Tidak menggunakan penutup mulut semasa berada ditempat awam.
Tidak menjaga jarak semasa berbual.
Mendapatkan vaksin.
Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
Apakah kebaikan mempunyai tahap kesihatan yang baik ?
Mudah rasa penat
Hidup lebih sejahtera dan harmoni
Sakit kepala
Tidak selesa
Peralatan yang boleh dikongsi ialah
Antara penyakit berikut, yang manakah tidak berjangkit?
Cacar
Beguk
Demam selesema
Keracunan makanan
Apakah kaedah terbaik untuk mengawal penyakit demam selesema daripada merebak?
Memberi pesakit ubat antibiotik.
Memberi pesakit suntikan vaksin.
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Mengelakkan sentuhan langsung dengan pesakit.
Mengapakah kita dinasihatkan agar tidak berkongsi tuala dan berus gigi dengan orang lain?
Untuk mengelakkan tuala dan berus gigi menjadi kotor.
Untuk mencegah mikroorganisma daripada merebak.
Untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Untuk mengelak bau badan.
Puan Ainul sedang menyediakan makanan di kantin sekolah. Antara berikut, yang manakah paling berkesan untuk mengelakkan bakteria daripada merebak ke atas makanan?
Memakai tudung kepala
Memakai pakaian yang khas
Menggunakan pinggan plastik untuk menghidang makanan
Membersihkan tangan sebelum menyediakan makanan
Bagaimanakah selesema merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain?
Air yang tercemar
Bersin atau batuk
Makanan yang tercemar
Melalui lalat dan nyamuk
Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya ..................setiap sehari untuk memastikan badan kita sentiasa sihat.
10 minit
15 minit
30 minit
Kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Betul
Salah
Manakah tempat yang perlu anda kunjungi jika anda merasakan anda menghidapi penyakit berjangkit
Antara berikut, manakah perlakuan yang menjaga kesihatan diri ?
Tidak mandi selama satu minggu
Makan selepas bermain tanpa mencuci tangan
membersihkan diri sebelum menyentuh sebarang makanan
Membiarkan kuku panjang
Antara berikut, manakah yang menjadi agen kepada penyebaran wabak penyakit ?
Dimanakah anda perlu mendapatkan nasihat dan ubat-ubatan yang sah dan mengikut sukatan yang tepat?
Kedai makan
Hotel 5 Bintang
Lapangan Terbang
Hospital dan Klinik
