Font size
WorksheetsPEND KESIHATAN TAHUN 4 KUIZ 1
Total questions: 34
Worksheet time: 17mins
Remaja perempuan yang telah akil baligh apabila didatangi __________ kali pertama.
haid
jerawat
ihtilam
demam
Antara berikut, yang manakah TIDAK TERMASUK dalam perubahan fizikal pada remaja perempuan?
tumbuh bulu pubis
payudara membesar
pertumbuhan jerawat
testis menjadi matang
Arman terjaga daripada tidur dan mendapati tompokan air mani pada tilamnya. Istilah kejadian keluar air mani secara tidak sengaja dikenali sebagai __________.
tilam
menarke
ihtilam
almari
Berikut merupakan perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki selepas akil baligh KECUALI
ketinggian meningkat
tumbuh jerawat
tumbuh bulu ketiak
suara lebih lunak
Naim sering diejek rakan kerana muka berjerawat. Dia seharusnya __________.
memakai pakaian lebih sopan
menangis dan memarahi rakan
menjaga penampilan diri
memakai pewangi
Cara menghormati perubahan fizikal orang lain yang BETUL ialah
menyisihkan mereka
memberi sokongan moral
mengejek
melarang bermain bersama
Kita perlu menjaga kebersihan diri sepanjang kedatangan haid. Yang manakah BUKAN cara menjaga kebersihan?
mandi dan membersihkan diri
kerap tukar tuala wanita jika pendarahan banyak
menjaga kebersihan pakaian dalam
memakai pakaian yang kotor seharian
Berikut adalah risiko atau kesan negatif terhadap seseorang yang mengambil dadah, KECUALI
meningkatkan prestasi atlet untuk pencapaian yang memberansangkan
mempercepatkan kadar nadi yang boleh menyebabkan koma
merosakkan hati dan komplikasi sakit jantung
dibatalkan penyertaan atau digantung dari menyertai acara
Sakit Jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes ialah __________.
penyakit tidak berjangkit
penyakit kulit
penyakit virus
penyakit berjangkit
Berikut merupakan faktor-faktor penyumbang berlakunya penyakit tidak berjangkit KECUALI
pemakanan tidak sihat
keturunan
bersenam
merokok
Apakah faktor penyumbang utama kepada penyakit diabetes?
kurang bersenam
alahan kepada habuk, asap dan bulu binatang
pengambilan gula yang tinggi
pengambilan makanan yang berlemak
Apakah yang dimaksudkan dengan akil baligh?
Umur meningkat
Penyakit menimpa diri
Kematangan anggota seksual dan sistem reproduktif
Bilakah kemungkinan besar umur aqil baligh untuk seorang lelaki?
7-12 tahun
9-16 tahun
5-10 tahun
13-18 tahun
Bilakah kemungkinan umur akil baligh untuk perempuan?
10-15 tahun
13-18 tahun
5-10 tahun
9-16 tahun
Nyatakan simptom haid. (Jawapan lebih daripada satu)
Keluar air mani
Gangguan emosi
Mimpi basah
Perut kembung
Berikut merupakan perubahan fizikal seorang lelaki yang akil baligh, kecuali
suara menjadi garau
zakar membesar
keluar darah
perubahan pada bau badan
Tuala wanita perlu dibuang ke dalam tong ______.
sampah
klinikal
sisa pepejal
sanitari
Perkara berikut perlu dilakukan oleh seorang lelaki yang mengalami ihtilam, kecuali...
menukar tuala wanita
membasuh dan menukar cadar
mandi dengan bersih
membasuh dan menukar pakaian
Adakah mengejek rakan yang berjerawat itu sesuatu yang seronok? Mengapa?
Ya, kerana berlaku perubahan pada dirinya.
Ya, kerana dia lain daripada yang lain.
Tidak, kerana dia tidak minta untuk jadi sebegitu.
Tidak, kerana perkara ini akan memalukan dirinya dan menjatuhkan keyakinan dirinya.
Antara simptom haid termasuk
Perut kembung
Senggugut
Muka berjerawat
Mual dan loya
Saiz kaki menjadi besar secara drastik
Antara berikut, manakah merupakan 3 contoh penyakit tidak berjangkit?
Demam campak
Diabetes
Penyakit buah pinggang
Sakit jantung
Penyakit tidak berjangkit kebanyakannya adalah berpunca daripada faktor gaya hidup, usia dan keturunan serta tidak akan disebarkan kepada orang lain.
Betul
Salah
Apakah kesan kepada pesakit yang mempunyai penyakit jantung?
Batuk
Kencing berdarah
Kulit kering
Sakit dada
Bagaimanakah pengidap asma mencegah dirinya daripada diserang asma?
Kurangkan pengambilan makanan berlemak
Kurangkan pengambilan gula
Minum air kosong yang secukupnya
Elak berada di kawasan berasap dan berhabuk
*Pengambilan gula yang tinggi
*Obesiti
*Kerosakan pada organ pankreas
Berikut merupakan punca kepada suatu penyakit tidak berjangkit. Apakah penyakit tersebut?
Sakit jantung
Asma
Diabetes
Penyakit Buah Pinggang
*Alahan kepada habuk, asap dan bulu binatang
*Keradangan salur pernafasan
Berikut merupakan punca kepada suatu penyakit tidak berjangkit. Apakah penyakit tersebut?
Sakit jantung
Asma
Demam campak
Demam denggi
Apakah kesan kepada pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang?
Sukar bernafas dan tercungap
Sakit dada
Bintik merah pada badan
Kencing berdarah
Bagaimanakah 2 cara terbaik mengurangkan risiko mendapatkan penyakit tidak berjangkit?
Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat
Bergaul bersama individu sihat tanpa penyakit
Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
Membuat perkara yang digemari seperti membeli belah
Apakah punca penyakit buah pinggang?
Pengambilan makanan berlemak berlebihan
Pengambilan gula berlebihan
Pengambilan protein berlebihan
Pengambilan karbohidrat berlebihan
Apakah punca sakit jantung?
tidak makan ubat
pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan
salur darah sempit dan tersumbat
tidak cukup tidur
Adakah sakit jantung dan sakit buah pinggang merupakan sakit berjangkit?
Mungkin
Ya
Tidak
Tidak pasti
Adakah Asma penyakit berjangkit?
Tidak
Ya
Tidak Pasti
Mungkin
Apakah punca berlakunya penyakit asma?
Alahan kepada habuk, asap dan bulu binatang
Tersalah makan ubat
Keradangan saluran pernafasan
Terlebih makan
Diabetis juga dikenali sebagai sakit...
kencing bergula
kencing kotor
kencing tikus
kencing manis
