Ukuran huruf
Lembar kerjaTING.4 : BAB 4 : BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA(1)
Total soal: 20
Worksheet time: 12mins
Penyataan manakah yang BETUL tentang bahagian fungsian?
Badan yang mengeluarkan satu jenis barang
Bahagian yang mengawal operasi sebuah organisasi
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
Rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab tertentu
Bahagian fungsian organisasi perniagaan disusun secara sistematik melalui
carta aliran
hierarki aliran
carta organisasi
penyata kewangan
Apakah kepentingan struktur organisasi kepada anggota perniagaan?
Menjadi asas penghitung gaji setiap pekerja
Menunjukkan struktur organisasi yang wujud
Mengetahui dengan jelas tentang kedudukan
Mengetahui tentang tanggungjawab dan spesifikasi tugas
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?
Pembahagian kerja
Hierarki pengurusan
Panduan keselamatan
Peraturan dalam organisasi
Pernyataan manakah yang merupakan peranan pengurusan pertengahan?
Merangka polisi organisasi
Menyelaraskan aktiviti bahagian fungsian masing-masing
Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar
Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan.
Encik Ali merupakan seorang penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data akaun.
Apakah tahap pengurusan yang Encik Ali berada?
Pengurusan atasan
Pengurusan pasukan
Pengurusan bawahan
Pengurusan pertengahan
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
Memaksimumkan keuntungan
Mengurangkan bilangan pekerja
Meminimumkan kos pengeluaran
Anggota organisasi perniagaan mengetahui tugas masing-masing.
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan tujuan bahagian fungsian?
Boleh melatih lebih ramai pekerja
Dapat mengurangkan kos dan masalah dalam pengurusan
Mewujudkan pengkhususan dalam bidang tugas
Memperoleh keuntungan yang banyak
Apakah tugas pengurus bahagian fungsian pentadbiran?
Mengurus program perniagaan
Menyediakan dokumen perniagaan
Mengawal perbelanjaan perniagaan
Menyediakan penyata pendapatan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian.
Pengrekrutan
Penilaian prestasi pekerja
Menjaga kebajikan pekerja
Memastikan keselamatan sistem
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Pentadbiran
Pengurusan
Sumber manusia
Pengurusan pelanggan
Antara berikut yang manakah merupakan aspek penting yang ditunjukkan dalam sesebuah carta organisasi?
Jenis tugas
Akauntabiliti
Dasar organisasi
Hubungan antara ketua dengan pekerja
Maklumat berikut menunjukkan suatu bahagian fungsian.
Membantu menyelesaikan sebarang pertikaian semasa proses perundingan.
Peranan manakah yang berkaitan dengan bahagian fungsian tersebut?
Perhubungan industri
Latihan dan pembangunan
Perancangan sumber manusia
Menjalankan penyelidikan produk
Manakah yang benar mengenai struktur organisasi?
Dapat digambarkan melalui carta organisasi
Merujuk kepada visi dan misi sesebuah perniagaan
Boleh mempengaruhi semua aspek keputusan perniagaan
Merupakan komponen utama perancangan strategik
Pernyataan manakah yang menyebabkan struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
Memaksimumkan keuntungan
Menambahkan bilangan pekerja
Memaksimumkan kos pengeluaran
Membantu ahli organisasi mengetahui tanggungjawab masing-masing
Antara yang berikut, manakah tujuan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia?
Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran
Memastikan tenaga kerja kekal dalam organisasi
Memastikan organisasi mempunyai keperluan tenaga kerja yang mencukupi
Memastikan hasil kewangan dapat menampung perbelanjaan dalam perniagaan
Puan Maisarah merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat. Apakah tugas Puan Maisarah?
Menyediakan kemudahan untuk pekerja
Meningkatkan tahap pengeluaran produk
Membuat penyata kewangan syarikat
Menyelia fail dan dokumen syarikat
Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian.
Latihan dan pembangunan
Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Kewangan
Pentadbiran
Sumber manusia
Teknologi maklumat
Penyataan manakah yang benar tentang tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?
Mendedahkan maklumat penting organisasi kepada pihak berkepentingan
Memudahkan komunikasi pihak dalaman dan luaran
Mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman sosial
Menangani kelebihan pihak pesaing dalam pasaran sedia ada
Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian pengurusan sumber manusia.
Menyediakan pekerja dengan ilmu dan kemahiran bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
Apakah bahagian pengurusan sumber manusia tersebut?
Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
Membuat perancangan kewangan
Perancangan sumber manusia
Latihan dan pembangunan
Antara berikut, yang manakah betul tentang kepentingan struktur organisasi?
Mengagihkan sumber
Melatih sumber manusia
Menetapkan visi dan misi
Mewujudkan rantaian arahan
