wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Abstienen

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

ABSTINEN


Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.

b)

Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.

c)

Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.

d)

Abstinen merupakan satu penyakit

2.

Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.


Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.

b)

Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.

c)

Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama

d)

Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.

e)

Perbuatan bunuh diri

3.

Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN KECUALI?

a)

Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif

b)

Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.

c)

Masa depan akan hancur.

d)

Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.

4.

Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.

b)

Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.

c)

Kurang minat terhadap pelajaran.

d)

Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.

5.

Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.

a)

"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"

b)

'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.

c)

"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"

6.

Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?

a)

Pengaruh rakan

b)

Pengaruh persekitaran

c)

Pengaruh Internet dan media sosial

d)

Pengaruh luar kawalan

e)

Pengaruh guru

7.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah KECUALI

a)

Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual

b)

Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri

c)

Berpakaian kurang sopan

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

e)

Menonton bahan pornografi

8.

Berikut merupakan kesan Seks Sebelum Nikah Terhadap Diri KECUALI

a)

Reputasi diri meningkat

b)

Menyebabkan penyakit jangkitan seksual

c)

Kehamilan yang tidak diingini dan kelahiran luar nikah

d)

Kemerosotan tahap kesihatan

e)

Kemerosotan dalam pelajaran

9.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?

I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

V Menagih dadah

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, IV, V

d)

I, II, IV, V

10.

Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum Nikah


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolak ajakan melakukan seks

b)

Mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain

c)

Mempraktikkan abstinen dengan tidak bersungguh-sungguh

d)

Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin

e)

Mengelakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah

11.

Perbuatan terlanjur melakukan seks sebelum nikah boleh membawa padah kepada pelaku. Seorang rakan anda telah menyatakan bahawa dia telah mengandung anak hasil hubungan luar nikah.


Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk membantu rakan anda?

4 lines
12.

Bagaimanakah kaedah terbaik untuk anda menyampaikan maklumat berkaitan abstinen kepada adik atau saudara perempuan anda yang hampir mencapai umur remaja?

4 lines
13.

Abstinen merupakan.....

a)

Penyakit kelamin dalam bidang perubatan

b)

Perasaan suka berhubungan sesama manusia

c)

Keupayaan menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual tanpa ikatan

d)

Sikap benci kepada hubungan sesama manusia dan suka hidup bersendirian

14.

Sebagai manusia yang normal, kita perlu yakin dan tegas mengatakan TIDAK kepada sebarang tingkah laku seksual sebelum nikah.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Berikut adalah antara CABARAN dalam mengamalkan abstinen atau mencegah tingkah laku seksual sebelum nikah...

a)

Pengaruh negatif daripada rakan

b)

Pengaruh persekitaran yang terlalu terdedah dengan unsur kehidupan yang negatif

c)

Pengaruh luar kawalan yang berpunca daripada dipaksa oleh pihak tertentu

d)

Pengaruh internet dan media sosial yang menjurus kepada laman web yang tidak bermoral

e)

Pegangan agama yang kuat dalam diri

16.

Berikut adalah situasi-situasi yang mendorong kepada hubungan seks sebelum nikah...

a)

Pegangan agama yang kuat dalam diri

b)

Sentiasa ingat bahawa perkara berkenaan mengundang kemudaratan

c)

Berpakaian kurang sopan

d)

Menonton bahan pornografi

e)

Tiada pengetahuan tentang pendidikan seksual

17.

Berikut adalan kesan seks sebelum nikah terhadap diri sendiri iaitu...

a)

Mendorong jenayah pembunuhan bayi dan pembuangan bayi

b)

Kemerosotan tahap kesihatan diri

c)

Menyebabkan penyakit jangkit seksual

d)

Kehamilan yang tidak diingini

e)

Mencemarkan reputasi diri sendiri

18.

Berikut adalah kesan-kesan seks sebelum nikah terhadap keluarga iaitu...

a)

Meruntuhkan keharmonian keluarga

b)

Mencemarkan maruah keluarga

c)

Ibu bapa hilang pertimbangan

d)

Mengalami gangguan emosi

e)

Merosakkan hubungan kekeluargaan

19.

Berikut adalah kesan-kesan seks sebelum nikah terhadap masyarakat iaitu...

a)

Masyarakat semakin harmoni

b)

Masalah sosial semakin meningkat

c)

Semakin banyak kes anak tidak sah taraf

d)

Penyakit jangkitan seksual semakin meningkat

20.

Anak tidak sah taraf bermaksud anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat perbuatan zina atau rogol dan bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

21.

Berikut adalah cara-cara menangani hubungan seks sebelum nikah iaitu...

a)

Mempraktikkan abstinen dengan bersungguh-sungguh

b)

Berani kata TIDAK dengan tegas dan yakin

c)

Mewujudkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain

d)

Elakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah

e)

Berpegang teguh kepada agama dalam amalan kehidupan

22.

Pernyataan berikut berkaitan abstinen KECUALI...

a)

Tidak melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan

b)

Tegas mengatakan TIDAK terhadap seks sebelum nikah

c)

Menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah

d)

Melakukan seks dengan pasangan secara suka sama suka