wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJK

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Kadar denyutan nadi boleh diambil pada bahagian …
a)
tapak tangan 
b)
belakang badan
c)
tapak kaki 
d)
pergelangan tangan
2.
Kita hendaklah melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya …
a)
sekali seminggu                                 
b)
2 kali seminggu
c)
3 kali seminggu                              
d)
4 kali seminggu
3.
Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular ?
a)
Untuk menguatkan otot jantung
b)
Untuk membina ketahanan otot
c)
Untuk melancarkan sistem penghadaman
d)
Untuk meningkatkan daya tindak balas
4.
Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan?
a)
Kebolehan mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat
b)
Kebolehan mengawal perasaan daripada melakukan kerja yang berfaedah
c)
Kebolehan mengawal atau mengekalkan kestabilan diri semasa melakukan aktiviti
d)
Kebolehan seseorang mengawal diri semasa berada dalam keadaan kecemasan
5.
Lambung dan sambut bola dapat meningkatkan
a)
imbangan
b)
fleksibiliti
c)
koordinasi 
d)
daya tahan kardiovaskular
6.
Bagaimanakah seseorang dapat meningkatkan kecergasan?
a)
Menjaga kebersihan diri
b)
Makan makanan seimbang
c)
Tidur yang cukup setiap hari
d)
Melakukan senaman berterusan
7.
Apakah cara yang paling baik melakukan aktiviti senaman secara   berterusan?
a)
Bersenam pada masa lapang
b)
Bersenam seminggu sekali
c)
Menyediakan jadual senaman mingguan
d)
Bersenam pada waktu pendidikan jasmani di sekolah
8.
Otot jantung yang kuat dapat
a)
meningkatkan kadar nadi
b)
mengelakkan jantung berlubang
c)
membuat jantung membesar dengan cepat
d)
mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien
9.
Apakah kesannya kepada daya tahan kardiovaskular jika kita tidak berlatih selama seminggu?
a)
Kita akan bertambah sihat
b)
Tahap kecergasan kita akan bertambah
c)
Darah akan berhenti mengalir ke seluruh badan
d)
Tahap kecergasan kardiovaskular akan menurun
10.
Apakah senaman ritma?
a)
Gabungan senaman dan tarian
b)
Sejenis tarian melibatkan ramai orang
c)
Bersenam dalam kumpulan atau berseorangan
d)
Senaman mengikut rentak muzik secara individu atau kumpulan
11.
Fleksibiliti ialah keupayaan
a)
berlari laju
b)
meregangkan otot
c)
membesarkan otot
d)
makan dengan banyak
12.
Koordinasi ialah keselarasan pergerakan anggota badan seperti
a)
lidah, gigi dan tekak
b)
mata, tangan dan kaki
c)
mulut, rambut dan kuku
d)
tangan, tapak tangan dan tapak kaki
13.

Gambar di sebelah ini disebut.....

a)

Tendangan Finalti

b)

Tendangan bebas

c)

Tendangan gawang

d)

Tendangan sudut

14.

Memilih dan menamakan jenis aktiviti fizikal atau senaman untuk dilakukan mengikut keupayaan dan minat merupakan prinsip _______ dalam latihan berlandaskan prinsip F.I.T.T.

a)

Frequency (kekerapan)

b)

Intensity (Intensiti)

c)

Time (masa)

d)

Type (Jenis)

15.

Mengapakan ujian SEGAK perlu dijalankan dua kali setahun?

a)

Meningkatkan kemahiran murid

b)

Mencungkil bakat murid

c)

Memantau tahap kecergasan murid

d)

Tindakan susulan pemeriksaan kesihatan

16.

Namakan tiga jenis kemahiran menjaring dalam permainan bola baling.

I jaringan junam

II jaringan menyerkap

III jaringan lantun

IV jaringan atas kepala

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, III, dan IV

17.

Remaja boleh menangani konflik dengan pelbagai cara kecuali _______

a)

Berbincang dengan ibu bapa

b)

Bersikap prejudis terhadap sesuatu isu

c)

Menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

d)

Perbincangan terbuka untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

18.

Latihan untuk meningkatkan otot perut adalah ….

a)

Push up

b)

Sprint

c)

Sit up

d)

Naik turun tangga

e)

Pull up

19.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan tips penjagaan muka berjerawat?

a)

Makan makanan seimbang

b)

Memicit jerawat kecil

c)

Guna pencuci muka yang sesuai

d)

Mendapatkan rawatan doktor

20.

Berikut merupakan tanda-tanda akil baligh bagi seorang murid lelaki kecuali

a)

ada misai

b)

suara garau

c)

saiz otot membesar

d)

pinggul mula membesar