NEW
Font size
Worksheetsujian bab 4 PERNIAGAAN
Total questions: 30
Worksheet time: 2hrs 30mins
Pernyataan manakah betul tentang bahagian fungsian?
Badan yang mengeluarkan satu jenis barang.
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi.
Rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab tertentu.
Bahagian fungsian organisasi perniagaan disusun secara sistematik melalui
Carta aliran
Hierarki aliran
Cara organisasi
Apakah kepentingan struktur organisasi kepada anggota perniagaan?
I Menjadi asas penghitung gaji setiap pekerja
II Menunjukkan struktur organisasi yang wujud
III Mengetahui dengan jelas tentang kedudukan dalam organisasi
IV Mengetahui tentang tanggungjawab dan spesifikasi tugas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang merupakan peranan pengurusan pertengahan ?
Merangka polisi organisasi
Menyelaras aktiviti bahagian fungsian masing-masing
Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan.
" Encik Ahmad merupakan seorang penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data perakaunan."
Apakah tahap pengurusan yang Encik Ahmad berada ?
Pengurusan atasan
Pengurusan pasukan
Pengurusan bawahan
Mengapakah bahagian-bahagian fungsian tersebut penting kepada sesebuah perniagaan ?
Sebagai panduan halatuju perniagaan
Sebagai garis panduan kepada pekerja
Memastikan aktiviti perniagaan dilakukan dengan pantas dan efisien
Apakah tugas pengurusan bahagian fungsian pentadbiran?
I Mengurus program perniagaan
II Menyediakan dokumen perniagaan
III Mengawal perbelanjaan perniagaan
IV Menyediakan penyata pendapatan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat ini adalah berkaitan dangan peranan suatu bahagian fungsian.
Apakah X ?
Pentadbiran
Pengurusan
Sumber manusia
Pernyataan manakah yang benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan ?
Menetapkan harga produk
Memasarkan produk di pasaran
Menambahbaikan produk sedia ada
Gambar di atas menunjukkan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh suatu bahagian fungsian. Apakah kepentingan bahagian fungsian ini kepada sesebuah perniagaan ?
Memberikan nasihat teknikal kepada pengguna
Memasarkan barang kepada pengguna
Merancang aktiviti pembangunan produk baharu
Apakah kepentingan aktiviti pemasaran kepada organisasi perniagaan ?
Meluaskan pasaran
Meningkatkan kualiti produk
Meningkatkan kecekapan pengeluaran
Mengapakah kawalan sangat penting dalam operasi pengeluaran sesebuah perniagaan ?
Menghasilkan lebih banyak barang
Mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran
Menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna
Apakah yang dijalankan semasa analisis perniagaan?
Mereka bentuk produk daripada idea yang dijana
Menghasilkan idea baharu dalam pembangunan produk
Melibatkan kajian semual jualan, kos dan unjuran keuntungan
Pernyataan manakah yang tepat menerangkan tentang pasaran baharu ?
Pasaran berpotensi yang belum diterokai
Pasaran sedia ada yang diberikan nafas baharu
Pasaran sedia ada yang ditawarkan produk baharu
Antara berikut, yang manakah benar tentang kepentingan mewujudkan pasaran baharu ?
I Dapat menguasai pasaran baharu
II Dapat menjimatkan kos operasi perniagaan
III Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
IV Dapat mengelakkan daripada terlibat dalam pasaran
tepu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah teknologi maklumat dapat membantu bahagian fungsian pengeluaran?
Memudahkan pemasaran
Melicinkan pengurusan data kewangan jabatan
Menghasilan produk mengikut piawai yang ditetapkan
Apakah kepentingan mewujudkan interaksi dengan organisasi luar ?
Menjalinkan kerjasama strategik
Menyimpan maklumat dan data perniagaan
Mewujudkan persaingan dengan organisasi luar
Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah organisasi perniagaan?
Menyokong aktiviti perniagaan
Memberi pendapatan kepada pasaran
Membeli produk yang dihasilkan dalam perniagaan
Apakah yang berlaku dalam proses dekod semasa pengaliran maklumat ?
Penghantaran mesej yang penting
Melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea oleh penghantar
Penerima menterjemahkan mesej mengikut kefahamannya.
Apakah peranan dan kepentingan teknologi maklumat seperti telefon bimbit dan komputer riba dalam pengurusan sumber manusia ?
Menjimatkan masa
Mengurangkan penggunaan buruh
Memudahkan penilaian data perniagaan
Apakah kebaikan perniagaan kecil berbanding perniagaan besar ?
Terdapat banyak bahagian fungsian dalam organisasi
Pengurusan mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf
Terdapat pekerja yang ramai dalam organisasi
Maklumat di atas berkaigtan dengan dua buah organisasi perniagaan.
Bahagian fungsian manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Nora ?
Pembelian
Pengeluaran
Pentadbiran
Antara berikut yang manakah peranan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia bagi perniagaan besar ?"
I Memberikan kaunseling kepada pekerja
II Menguruskan hal ehwal keluarga pekerja
III Mengendalikan kekosongan pekerjaan dan memberikan peluang kenaikan pangkat
IV Bahagian fungsian pengurusan sumber manusia dan bahagian fungsian kewangan akan berhubung berkenaan dangan gaji
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu fungsian.
- menyediakan pelan atau program untuk staf
- mengurus dan menyediakan dokumen syarikat
- membeli alat tulis dan peralatan pejabat
Apakah bahagian fungsian tersebut ?
Bahagian fungsian pembelian
Bahagian fungsian pentadbiran
Bahagian fungsian sumber manusia
Susun tatacara pembelian bahan mentah dengan betul.
I Mencari pembekal yang sesuai
II Membuat pesanan pembelian
III Menilai pembekal-pembekal berdasarkan sebut harga yang dikemukakan
IV Menerima sebut harga daripada syarikat-syarikat pembekal
I, II, IV, III
IV, I, III, II
I, IV, III, II
IV, III, I, II
Maklumat berikut berkaitan suatu peranan bahagian fungsian.
- Menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Memasarkan barang kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka
- Merancang dan menjalankan proses transformasi input
Apakah bahagian fungsian tersebut ?
Bahagian fungsian pembelian
Bahagian fungsian pemasaran
Bahagian fungsian pengeluaran
Dalam rajah di atas, apakah Y ?
Lokasi
Sasaran pasaran
Promosi
Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu ?
Dapat membuat promosi
Dapat meningkatkan jumlah pekerja
Dapat menguasai pasaran baharu
Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran yang tepat ?
Aktiviti menjual barang kepada pengguna
Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna
Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada organisasi dan pengguna
Maklumat berikut merupakan tugas yang perlu dilakukan oleh Encik Noah.
- Melengkapkan dokumen penghantaran
-Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
- Menyelesaikan masalah proses pengedaran
Di bahagian fungsian manakah Encik Noah bertugas?
Fungsian pemasaran
Fungsian pengagihan
Fungsian pentadbiran
