WorksheetsAYAT MAJMUK - CIKGU ROHANIZA SKST
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilih ayat majmuk.
Adik menangis di dalam bilik.
Adik menangis kerana perutnya sakit.
Adik menangis teresak-esak di dalam bilik.
Pilih ayat majmuk.
Kamal masuk ke dalam biliknya.
Kamal masuk ke dalam biliknya pada pukul 9.00 malam.
Kamal masuk ke dalam biliknya lalu memasang kipas angin.
Pilih ayat majmuk.
Mila tetap hadir ke sekolah walaupun masih demam.
Mila tetap hadir ke sekolah.
Mila hadir ke sekolah pada pukul 7.00 pagi.
Pilih ayat majmuk.
Abang mendengar muzik kegemarannya.
Abang mendengar muzik kegemarannya di dalam bilik.
Abang mendengar muzik sambil melukis.
Pilih ayat majmuk.
Imran pergi ke sekolah.
Farah dan Ira bermain badminton di gelanggang sekolah.
Emak memasak di dapur.
Pilih ayat majmuk.
Puan Dalina membaca poskad yang dikirimkan oleh anaknya.
Puan Salmi suka membaca novel.
Encik Kamarul membaca akhbar di ruang tamu rumahnya.
Pilih ayat majmuk.
Kamu suka minum teh atau kopi?
Kopi itu sangat enak rasanya.
Encik Malik suka minum teh pada waktu petang.
Pilih ayat majmuk.
Pak Mail sedang membina sebuah pondok.
Pondok itu diperbuat daripada kayu meranti.
Pondok itu sudah usang tetapi masih teguh.
Pilih ayat majmuk.
Encik Lim menonton rancangan televisyen kegemarannya.
Encik Lim membuka pintu kereta lantas menghidupkan enjin.
Encik Muthu membantu isterinya memasak.
Pilih ayat majmuk.
Kakak pergi ke kebun durian datuknya.
Rasa buah rambutan itu sangat manis.
Amira mengambil galah lalu mengait buah rambutan itu.
