NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Kesihatan Tahun 2 Pastikan selamat
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Apakah perkara yang perlu dibuat bila hendak keluar rumah?
Memberitahu dan meminta izin ibu dan bapa terlebih dahulu.
Terus keluar tanpa perlu memberitahu dan meminta izin.
Mengapa kita perlu meminta izin dengan ibu bapa sebelum keluar?
Supaya ibu bapa tahu pergerakan dan aktiviti kita.
Supaya kita boleh berbuat jahat dan melanggar peraturan.
Supaya kita mudah diculik.
Mengapa kita perlu berkata TIDAK MAHU?
Untuk mengelakkan diri dari aktiviti berbahaya.
Untuk memudahkan kita melakukan perkara yang salah.
Bolehkah kita mendekati orang yang tidak dikenali?
BOLEH
TIDAK BOLEH
Apakah yang mungkin berlaku jika kita mengikuti orang yang tidak dikenali?
Kita mungkin akan diculik.
Kita akan dibawa ke sekolah.
Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.
rapat
jauh
musuh
asing
Siapakah orang yang tidak dikenali?
Penyamar
Jiran
Guru
Rakan
Aisyah pergi ke sekolah berjalan kaki kerana jaraknya dekat. Ramai jiran-jirannya juga turut berjalan kaki pergi ke sekolah. Apakah yang sepatutnya Aisyah lakukan?
Aisyah berjalan laju-laju berseorangan agar cepat sampai ke sekolah.
Aisyah bergelak berlumba lari dengan jiran-jirannya sehingga sampai ke sekolah.
Aisyah berjalan berseorang tanpa mempedulikan jiran-jirannya sehingga tiba di sekolah.
Aisyah berjalan berkumpulan dengan jiran-jirannya sehingga sampai di pintu pagar sekolah.
Ketika Ganesh pergi ke kedai, seseorang yang tidak dikenali telah memanggilnya. Apa tindakan Ganesh yang sepatutnya?
Ganesh menaiki kereta bersama-sama orang itu.
Ganesh menolak ajakan orang itu untuk ke kedai bersama-sama
Ganesh menjerit mengejek orang itu.
Ganesh mengambil gula-gula yang diberi orang itu.
Aktiviti manakah yang selamat untuk anda lakukan bersama-sama kawan?
Membawa kawan bermain congkak di rumah.
Menerima ajakan kawan mandi sungai di hujung kampung.
Mengajak kawan bermain basikal lajak pada tengah hari.
Mengayuh basikal sambil bergurau senda.
Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?
Menjerit meminta tolong.
Mengucapkan terima kasih.
Naik kereta dengan gembira.
Bertanya khabar lelaki itu.
Seorang wanita muda yang tidak dikenali memberikan sebuah bungkusan. Apakah tindakan terbaik kamu?
Menerima bungkusan itu dengan ucapan terima kasih.
Mencampakkan bungkusan ke muka wanita muda itu.
Menolak pemberian dengan isyarat tangan yang sopan.
Membuka bungkusan itu di hadapan wanita muda itu.
Apakah akibat mengikut orang yang tidak dikenali?
Mungkin mendapat hadiah
Mungkin mengenali kawan baharu
Mungkin menjadi kaya raya
Mungkin diculik orang.
Perkara manakah yang membuatkan ibu bapa risau apabila apabila kamu keluar berseorangan?
Bertemu rakan sebaya di perpustakaan.
Bertemu seseorang di pasar malam.
Bertemu cikgu di kelas tambahan.
Bertemu atok dan nenek di kampung.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri dari orang yang dikenali seperti jiran kamu?
Menolak pelawaan jiran dan menaiki bas awam ke sekolah.
Menolak pelawaan orang yang tidak dikenali itu dan lari ke tempat yang selamat.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan dari orang yang TIDAK dikenali berdasarkan gambar di atas?
Menolak pelawaan jiran itu dan menaiki bas awam ke sekolah.
Menolak pelawaan orang yang tidak dikenali itu dan lari ke tempat yang selamat.
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri daripada orang yang tidak dikenali berdasarkan gambar di atas?
Menolak pelawaan lelaki itu dan lari masuk ke sekolah serta memberitahi guru.
Menolak pemberian gula-gula dan belon itu dan katakan TIDAK.
Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.
rapat
jauh
musuh
asing
Siapakah orang yang tidak dikenali?
Penyamar
Jiran
Guru
Rakan
Jika ada orang yang tidak dikenali hendak memberikan mainan kepada kamu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?
Mengambil mainan tersebut.
Katakan "tak nak" dan segera pergi jauh dari orang itu.
Apakah tindakan yang patut kamu ambil sekiranya ada rakan yang mengajak kamu bermain dengan api?
Menolak ajakan rakan dan mengelakkan diri daripada aktiviti berbahaya.
Bersetuju untuk bermain api bersama-sama.
