NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA TAHUN 5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Yunus membeli dua ____________ nasi lemak di gerai itu sebelum ke sekolah.
buah
pasang
longgok
bungkus
2. Dalam majlis pertunangan itu, dia menyarungkan se___________ cincin permata di jari manis tunangnya.
biji
buah
bentuk
pasang
3. Puan Aminah ____________ tetamunya sepiring ubi goreng dan seteko air kopi panas.
berhidang
terhidang
menghidangi
menghidangkan
4. _____________ Agung Negara Tan Sri P. Ramlee tetap dikenang sehingga kini kerana sumbangannya yang besar kepada negara.
Seniman
Hartawan
Karyawan
Sasterawan
5. Sekumpulan _____________ sedang dilatih cara-cara mengendalikan payung terjun dalam sesi latihan itu.
juruterbang
jurugambar
jurukimpal
juruselam
6. Hui Shan menerima seutas ____________ daripada ibunya sempena hari lahirnya.
gelang
rantai
cincin
subang
7. Encik Tan _______________ misainya setiap minggu.
mencukur
memotong
mencantas
menebang
8. Sebelum ke sekolah, Ali makan se___________ roti sebagai alas perut.
pasang
buku
keping
biji
9. Ibu Chai Ling _____________ pokok bunga di halaman rumahnya.
menyiram
mencurah
menjirus
menyimbah
10. Abang menjolok buah mangga itu dengan sebatang galah yang _____________.
pendek
rendah
panjang
tinggi
11. Ibu mengait baju sejuk adik _____________ mendengar lagu.
kerana
supaya
sambil
dan
12. ___________ tidur, kita haruslah menggosok gigi supaya berasa segar.
Walaupun
Jikalau
Selepas
Sebelum
13. Pendaki itu mencacakkan bendera Jalur Gemilang di __________ gunung itu.
hujung
puncak
dalam
antara
14. Aslam jatuh tersembam ___________ oleh batu yang agak besar itu.
dijadikan
dipuncakan
disebabkan
ditentukan
15. Azhar ___________ oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk.
ditanduk
ditunda
ditolak
diikut
