wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM LATIHAN 6

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Ayah mengambil ___________ untuk membuat batas.

a)

pencakar

b)

cangkul

c)

tangga

d)

dinding

2.

Murid yang mengalami cirit-birit itu telah dihantar ke ___________.

a)

hospital

b)

muzium

c)

sekolah

d)

padang

3.

Akil dan Adam mencabut ____________ yang tumbuh meliar di belakang rumah.

a)

semut

b)

bunga

c)

lebah

d)

rumput

4.

Raymond memanjat ____________ untuk membaiki bumbung yang bocor.

a)

tangga

b)

pokok

c)

bomba

d)

khemah

5.

Penduduk Kampung Mega sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain __________.

a)

bagai telur di hujung tanduk

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai itik pulang petang

6.

Siti dan Kai LIn bersiar-siar di taman sambil ___________ pada waktu petang.

a)

susah hati

b)

ambil hati

c)

ada angin

d)

ambil angin

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Murid tahun 4 akan melawat sekolah untuk melihat barangan peninggalan sejarah.

b)

Petani pada masa kini tidak lagi menggunakan kambing untuk membajak sawah.

c)

Encik Daud telah menempah lima khemah sempena majlis perkhahwinan anaknya.

d)

Kamal terus menelefon tentera apabila melihat api sedang marak membakar hutan di hujung kampung.

8.

Semasa di Langkawi, Amira bergambar di hadapan patung helang gergasi yang terletak di ____________.

a)

Kuah

b)

Taman Sutera

c)

Galeri Perdana

d)

Dataran Lang

9.

Joshua akan menaiki feri di ___________ untuk ke Pulau.

a)

Kuala Selangor

b)

Stesen Bas Larkin

c)

Terminal Feri Kuala Perlis

d)

Lapangan Terbang Langkawi

10.

Rumah Hang terletak di ___________.

a)

Azura

b)

Proton Iriz

c)

Jalan Enggang

d)

Pasar Raya Senyum

11.

Arnab Fina yang dipanggil _________ itu telah melahirkan anak.

a)

Si Comel

b)

Mei Fung

c)

Protong Iriz

d)

Tadika Manis

12.

Kereta ___________ itu baru dibeli oleh abang.

a)

Si Comel

b)

Langkawi

c)

Restoran Lazat

d)

Proton Persona

13.

Jiran baru Kim yang bernama __________ itu berasal dari Kedah.

a)

Si Belang

b)

Rageswari

c)

Jalur Gemilang

d)

Kuala Selangor

14.

“___________ akan makan tengah hari dahulu sebelum meneruskan lawatan pada petang ini," beritahu guru pengiring kepada peserta lawatan.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Anda

d)

Kita

15.

"Baiklah, ________ arahkan _________ untuk membawa burung cenderawasih itu ke mari sekarang juga." titah Sulatan Ali kepada Aduka.

a)

beta ... patik

b)

saya ... kamu

c)

saya ... hamba

d)

beta ... tuan hamba

16.

Wani sakit perut dan cirit-birit setelah memakan makanan yang _________ dari gerai di tepi jalan itu.

a)

masin

b)

basi

c)

tawar

d)

manis

17.

"_____________ serahkan semula borang kebenaran itu kepada saya esok," kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

a)

Jemput

b)

Sila

c)

Usah

d)

Jangan

18.

Kelas yang dihias dengan indah dan dijaga ___________ itu berjaya mendapat Anugerah Kelas Ceria.

a)

suci

b)

bersih

c)

baik

d)

menawan

19.

Wanita itu ______________ dulang minuman untuk dibawa ke khemah tetamu.

a)

menjinjing

b)

memegang

c)

membawa

d)

menatang

20.

Ibu _________ bawang untuk dijadikan ramuan masakan tengah hari.

a)

mencantas

b)

mengerat

c)

menetak

d)

menghiris

21.

Perasmian Sukan Komanwel 1998 berlangsung dalam suasana ___________ di Stadium Bukit Jalil.

a)

huru-hara

b)

gilang-gemilang

c)

terang-benderang

d)

hingar-bingar

22.

Pasangan pengantin itu kelihatan sangat sepadan ___________.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

d)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

23.

Rakan-rakan menggelarkan Rudi sebagai ___________ kerana hanya banyak bercakap tetapi tidak mempunyai ilmu.

a)

hati batu

b)

mulut murai

c)

tin kosong

d)

kera sumbang

24.

Putera Jalil berasa sangat lapar setelah seharian berburu di hutan.


Berdasarkan rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang akan dilakukan oleh Putera Jalil selepas itu?

a)

beradu

b)

berehat

c)

bersiram

d)

bersantap

25.

Ruben fasih berbahasa Melayu dan bangga menjadi anak Malaysia.


Pilih perkataan sinonim bagi fasih.

a)

bersetuju

b)

pandai

c)

faham

d)

lancar

26.

Semua peraturan dan arahan di jalan raya haruslah kita patuhi.


Pilih perkataan antonim bagi patuhi.

a)

taat

b)

ingakari

c)

jalani

d)

penuhi

27.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kabaddi ialah sejenis permainan tradisional masyarakat India.

a)

Apakah Kubaddi?

b)

Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat India?

c)

Apakah nama permainan tradisional masyarakat India?

d)

Adakah permainan tradisional kabaddi untuk masyarakat India?

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

Buku-buku di susun atas meja dengan kemas.

b)

Pengunjung bukan dibenarkan memijak rumput itu.

c)

Oh, begini caranya menangkap bola dengan tangan!

d)

Gerai-gerai jualan banyak didirikan menjelang Ramadan.

29.

Pilih ayat-ayat yang betul. [dua jawapan]

a)

Wah, bekas pensel ini bukan saya punya?

b)

Aduh, sakitnya mata saya termasuk pasir!

c)

Aduhai, merdunya suara penyanyi itu!

d)

Cis, mengapa awak datang lambat!

30.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Berhati-hatilah ketika memandu di puncak bukit itu nanti, hujan menyebabkan jalan licin," nasihat ibu kepada abang.

a)

Hujan menyebabkan jalan licin di puncak bukit supaya ibu menasihati abang berhati-hati.

b)

Abang memandu berhati-hati dalam cuaca hujan dan jalan licin kerana nasihat ibu di puncak bukit.

c)

Hujan menyebabkan jalan di puncak bukut licin dan berhati-hati memandu mengikut nasihat ibu.

d)

Ibu menasihati abang agar berhati-hati memandu di puncak bukit kerana hujan menyebabkan jalan menjadi licin.

31.

Burung merpati itu berehat di __________ bumbung rumah.

a)

atas

b)

bawah

c)

depan

32.

Ibu memakai __________ selendang dan ___________ kasut tumit tinggi semasa Hari Raya.

a)

sebuah ... sehelai

b)

segulung .... sebuah

c)

sehelai ... sepasang

33.

Asnaf memakai __________ sebelum memakai kasut sukan.

a)

stokin

b)

stoking

34.

Puan Siti sedang menggubah tepak __________ untuk dijadikan hantaran semasa majlis pertunangan anaknya.

a)

sireh

b)

sirih

35.

Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai.

a)

biji

b)

gugus

c)

pangsa

36.

Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai.

a)

laras

b)

pucuk

c)

buah

37.

"Aifa, __________ kucing kamu," kata Mei Mei sambil menunjuk ke arah kucing yang berada di bawah pokok.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

sana

38.

Taman permainan itu sungguh bersih.


Pilih perkataan antonim bagi bersih.

a)

kotor

b)

rosak

c)

buruk

d)

busuk

39.

Pilih prkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Penduduk Taman Nuri bersepakat untuk mengadakan hari keluarga pada minggu depan.

a)

berunding

b)

bersenam

c)

bersetuju

d)

menolong

40.

Pilih prkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Hakimi, Xing dan Ramesh berbincang untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

a)

berunding

b)

bersenam

c)

bersetuju

d)

menolong

41.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Encik Ramu membantu jirannya membaiki paip air yang rosak.

a)

berunding

b)

bersenam

c)

bersetuju

d)

menolong

42.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Amaina dan Shu Fang sedang beriadah di taman rekreasi.

a)

berunding

b)

bersenam

c)

bersetuju

d)

menolong

43.

Apakah yang dilakukan oleh penulis pada malam itu?

a)

Menjaga rumah

b)

Menangkap pencuri

c)

Mengulang kaji pelajaran

d)

Meronda sekeliling taman

44.

Apakah tindakan penulis apabila melihat rumah jirannya yang hendak dimasuki pencuri?

a)

Mengejutkan ayahnya untuk membantu perkara tersebut.

b)

Mengepung rumah jirannya.

c)

Segera menelefon polis.

d)

Menangkap pencuri itu.

45.

Mengapakah ayah berasa bangga?

a)

Penulis seorang budak yang bijak.

b)

Penulis berjaya menangkap pencuri.

c)

Penulis rajin mengulang kaji pelajaran.

d)

Tindakan pantas penulis memberitahu ayahnya dapat menyelamatkan rumah jirannya daripada dimasuki pencuri.

46.

Perkataan mengepung dalam petikan bermaksud

a)

melepaskan diri

b)

berbaris sekeliling

c)

membentuk bulatan

d)

mengelilingi sesuatu agar tidak terlepas

47.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

a)

Pencuri itu telah berjaya ditangkap.

b)

Penulis berjaya menangkap pencuri.

c)

Penulis dan keluarganya pulang ke kampung.

d)

Rumah Pak Cik Rahim kerugian kerana dimasuki pencuri.

48.

Maksud rangkap kedua puisi di atas ialah

a)

bumi hancur akibat tangan manusia.

b)

kita harus mengelakkan kerosakan di bumi.

c)

manusia bertanggungjawab menjaga kebaikan bumi.

d)

Pembuangan sisa yang betul membantu menjadikan bumi dan hidupannya lebih sihat dan selamat.

49.

Berdasarkan pusi, mengapakah kita harus menjaga bumi ?

a)

Supaya manusia hidup sejahtera.

b)

Supaya tiada berlaku peperangan.

c)

Supaya haiwan dan tumbuhan hidup subur.

d)

Agar tidak berlaku banyak kerosakan dan pencemaran yang boleh memudaratkan hidupan di bumi.

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan bak seberkas lidi dalam rangkap terakhir puisi?

a)

Kerajaan patut membuat undang-undang bagi memelihara alam.

b)

Orang perseorangan perlu amalkan sikap menjaga kebersihan alam.

c)

Syarikat swasta perlu main peranan untuk menjaga kesejahteraan bumi.

d)

Semua pihak bersama-sama bergabung tenaga untuk memelihara kesejahteraan bumi.