wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEERs - Perhubungan (Seks Siber)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Seks siber boleh menjejas dan meruntuhkan akhlak remaja pada masa kini dan akan datang.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Seks Siber merupakan perbuatan mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain bermula umur 30 tahun.

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

SEKS SIBER

Suka menyendiri dan menghantar mesej secara rambang

a)

BETUL

b)

SALAH

4.

Pengaruh Seks Siber.

Hubungan interpersonal iaitu komunikasi dengan ahli keluarga bertambah baik. Keadaan ini juga boleh menimbulkan keharmonian dalam perhubungan sosial, keluarga dan orang lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Cara Mengelak Seks Siber

"Jati diri dan motivasi yang kuat"

a)

BETUL

b)

SALAH

6.

"Kalau begitu, kamu perlu tetapkan masa untuk melayari Internet. Elakkan daripada melayari Internet secara bersendirian atau di tempat tersembunyi. Kamu juga perlu meluangkan masa bersama kawan-kawan atau keluarga dengan aktiviti sihat seperti bersukan dan bersosial.

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Contoh Seks Siber

"Menghantar teks lucah kepada individu yang menjadi sasaran"

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Berikut merupakan salah laku berkaitan seks siber KECUALI

a)

Menghantar teks lucah

b)

Menghantar gambar dan isyarat lucah

c)

Menghantar gambar atau video perlakuan seks

d)

Menghantar maklumat tentang salah laku seks

9.

Antara berikut yang manakah benar berkaitan dengan salah laku berkaitan dengan seks siber?

(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Saling menghantar gambar dan isyarat lucah

b)

Berlaku curang

c)

Mencari kepuasan seks secara fantasi

d)

Suka menyendiri dan menghantar mesej secara rambang

e)

Menghantar teks lucah kepada individu yang menjadi sasaran

10.

Antara berikut BUKAN kesan tingkah laku seks siber?

a)

Keruntuhan akhlak

b)

Gangguan seksual

c)

Keharmonian institusi kekeluargaan

d)

Menjadi mangsa pemerdagangan seks

e)

Pornografi kanak-kanak

11.

Antara berikut manakah Kemahiran Mengelak Seks Siber?

(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Jati diri dan motivasi yang lemah

b)

Kehidupan beragama

c)

Menjalani kehidupan bermasyarakat

d)

Pengetahuan tentang bahaya ketagihan seks siber

e)

Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan contohnya beriadah

12.

Remaja boleh menyertai aktiviti riadah bagi meningkatkan kecergasan diri dan minda. Aktiviti riadah yang sesuai ialah ______________ (JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)
b)
c)
d)
13.

Antara beriku yang manakah KESAN ketagihan seks siber terhadap kesihatan fizikal dan mental.

(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Berasa letih dan selalu jatuh sakit.

b)

Prestasi pelajaran akan meningkat.

c)

Mengalami tekanan emosi.

d)

Tidak sensitif dengan perasaan orang lain.

14.

Apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya seks siber semakin menular dalam kalangan remaja?

(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Masalah sosial meningkat di kalangan remaja meningkat

b)

Gangguan seksual meningkat

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Kes memperkosa dan mencabul meningkat

e)

Hubungan seks sebelum berkahwin meningkat

15.

Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam kalangan remaja?

I Faktor dunia tanpa sempadan

II Kemudahan jalur lebar di rumah

III Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi

IV Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawati oleh anak-anak

a)

I, II, III, IV

b)

I,II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III, IV

16.

Penglibatan remaja dalam program anjuran masyarakat setempat seperti gotong royong dan kerja-kerja amal merujuk kepada kemahiran mengelak seks siber _______________

a)

tidak memilih kawan

b)

hidup bermasyarakat

c)

menyertai aktiviti riadah

d)

taat pada ajaran agama

17.

Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan _________________ yang dianggap menyeronokkan.

a)

rakan sebaya

b)

saudara mara

c)

adik beradik

d)

sahabat handai

18.

Nilai dan batas perhubungan yang sihat merupakan tuntutan agama dan budaya semua kaum di Malaysia. Nilai dan batas perhubungan juga dapat mencerminkan ___________________

a)

kekeluarga seseorang

b)

keperibadian seseorang

c)

budaya dan bangsa masing-masing

d)

nilai jati diri patriotik seseorang

19.

Remaja perlu mempunyai kesedaran kendiri untuk mengelak perlakuan yang negatif ini. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan bagi membantu untuk mengelakkan daripada terjerumus dengan sek siber. Penyataan ini merujuk kepada _______________

a)

beriadah

b)

luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan

c)

pengetahuan tentang bahaya ketagihan seks siber

d)

motivasi dan jati diri yang kuat

20.

Jelaskan kemahiran mengelakkan diri daripada seks siber.

a)

Melakukan aktiviti keagamaan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan

b)

Mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik

c)

Menjalani kehidupan bermasyarakat seperti bergotong royong

d)

Mengambil, menerima dan menghantar foto lucah sendiri atau orang lain

e)

Meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti yang menyoronokkan