wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Persekitaran Peniagaan dan entiti perniagaan

Total questions: 80

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara yang berikut bukan elemen dalam definisi perniagaan.

I. Transaksi urusniaga

II. Keperluan fisiologi

III.Barangniaga dan perkhidmatan

IV. Nilai matawang asing

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

2.

Berikut adalah antara aktiviti yang menunjukkan fungsi–fungsi dalam perniagaan. Yang mana satu pernyataannya bukan menggambarkan fungsi utama perniagaan.

a)

Proses menukarkan input kepada output. Output dikeluarkan sebagai produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

b)

Produk akan dipasarkan di tempat yang bersesuaian dengan meletakkan harga yang berpatutan. Aktiviti promosi dijalankan bagi memberi maklumat produk kepada pengguna

c)

Aktiviti menguruskan dana, merancang dan mencari keperluan dana untuk setiap entiti yang membabitkan wang.

d)

Kecanggihan teknologi perlu ada untuk menjual barangan secara atas talian bagi perniagaan berbentuk maya.

3.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah entiti perniagaan.

· Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 melalui Setiausaha Syarikat

· Memperolehi modal melalui penjualan saham

· Pemiliknya ramai dan tiada had

Apakah kelemahan menjalankan perniagaan bagi jenis entity tersebut.

I. Pemilik perniagaan mudah bertukar tangan melalui penjualan saham

II. Prosedur penubuhan sangat rumit

III. Laporan Kewangan perlu didedahkan tanpa kerahsiaan

IV. Liabiliti pemilik terhad setakat jumlah yang dilaburkan sahaja

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan III

d)

A. III dan IV

4.

Ahmad dan rakan-rakan ingin menubuhkan rangkaian perniagaan Poliklinik untuk menawarkan perkhidmatan rawatan kepada para pesakit di Kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka ialah rakan seuniversiti yang mempunyai kelulusan dalam pelbagai bidang.

Diantara berikut yang manakah adalah kelebihan perniagaan Poliklinik Ahmad dan rakan-rakan.

a)

Ahli rakan perniagaan yang ramai ada pelbagai kepakaran boleh membawa kepada perbezaan pendapat

b)

Laporan Kewangan perniagaan tidak perlu diaudit tetapi perlu didedahkan kepada umum

c)

Tanggungan labiliti Ahmad dan rakan-rakan adalah tidak terhad

d)

Mudah mendapat modal sumbangan Ahmad dan rakan-rakan serta pinjaman bank

5.

Perniagaan A mendapakan modal melalui jualan saham kepada kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja iaitu mempunyai 49 orang ahli. Ianya telah mendaftar dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

Perniagaan A merujuk kepada:

a)

Perniagaan Perkongsian ABC

b)

Perniagaan ABC dan rakan-rakan

c)

Syarikat ABC Bhd

d)

Syarikat ABC Sdn Bhd

6.

Pernyataan berikut merujuk kepada Pemilikan Tunggal KECUALI

a)

Terikat dengan Akta Perniagaan 1956

b)

Perniagaan ini diuruskan sendiri oleh pemilik dan beliau bebas membuat keputusan berkaitan perniagaan.

c)

Laporan kewangan perlu didedahkan kepada orang awam.

d)

Jangka hayat perniagaan ini tidak kekal dan akan terbubar dengan sendirinya disebabkan kematian pemilik.

7.

En. Ridzuan bersama 3 rakannya adalah pemilik Addinni Taqwa Group. Setiap pemilik didalam syarikat ini dikenakan cukai persendirian ke atas pendapatan dari perniagaan. perniagaan ini merujuk kepada.....

a)

Pemilikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

8.

KOPERASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERHAD CAWANGAN KUALA NERANG


Apakah kelebihan yang diperolehi sekiranya menjadi anggota perniagaan tersebut?


I. Liabiliti terhad

II. Terlibat dalam proses pembuatan keputusan

III.Terima Dividen

IV.Terima Komisen

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

9.

i. Pengurusan perniagaan diuruskan oleh pengurus yang dibayar gaji dan hala tuju syarikat ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah

ii. Cukai dikenakan terhadap keuntungan syarikat

iii. Liabiliti terhad


Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Pemilikan Tunggal

10.

Apakah motif utama penubuhan koperasi?

a)

Jangka hayat yang lama dan sukar terbubar.

b)

Penubuhannaya yang mudah dan tidak melibatkan prosedur yang banyak.

c)

Bermotifkan keuntungan yang boleh diagih-agihakan kepada anggota.

d)

Meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya.

11.

Yang manakah antara berikut adalah kelemahan Pemilikan Tunggal?


I. Pemilik perlu manyesuaikan diri dengan pelbagai bidang demi memastikan kejayaan perniagaannya.


II. Aset peribadi pemilik berisiko tinggi kerana perniagaan jenis ini berliabiliti tidak terhad.


III. Proses penubuhan dan pendaftaran milikan tunggal adalah lebih sukar dan kompleks.


IV. Sukar untuk mendapatkan sumber kewangan dari bank sama ada untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan.

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II dan IV

12.

Bagaimanakah modal bagi entiti perniagaan berbentuk syarikat diperolehi?

a)

Sendiri, Keluarga dan Pinjaman Bank

b)

Pinjaman Bank, Terbitan Saham dan Terbitan Bon

c)

Rakan Kongsi dan Pinjaman Bank

d)

Yuran Ahli dan Pinjaman Bank

13.

Berikut adalah Persekitaran Umum, KECUALI..

a)

Ekonomi

b)

Prasarana

c)

Kerajaan

d)

Antarabangsa

14.

Nyatakan ciri-ciri persekitaran persaingan dan jaringan

a)

Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti pada pasaran yang sama dehgan produk usahawan

b)

Kerjasama strategik dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pembekal dan pembiaya

c)

Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum

15.

Nyatakan bagaimana faktor persekitaran teknologi dapat mempengaruhi perniagaan

a)

Penemuan dan ciptaan baharu membantu meningkatkan produktiviti

b)

Perubahan citarasa pengguna boleh mempengaruhi produk yang ditawarkan

16.

Nyatakan bagaimana persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi perniagaan

a)

Menjimatkan kos pengeluaran dan mempercepatkan aliran maklumat

b)

undang-undang yang ketat atau longgar mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan

c)

Kestabilan politik memberi jaminan operasi sesebuah perniagaan

17.

Nyatakan bagaimana faktor persekitaran sosiobudaya mempengaruhi perniagaan

a)

kepercayaan dan pegangan atau adat mempengaruhi produk yang ditawarkan supaya tidak menyinggung masyarakat

b)

perubahan gaya hidup boleh mengalakkan penawaran produk baharu

18.

Nyatakan bagaimana faktor persekitaran prasarana mempengaruhi perniagaan

a)

pengangkutan yang cekap memastikan kesegaran barangan

b)

kemudahan awam seperti bekalan air memastikan operasi perniagaan tidak terganggu

19.

"Blok-blok perdagangan, dasar undang-undang perniagaan melibatkan dua buah negara akan memberi kesan positif dan negatif kepada sesebuah negara".


Pernyataan diatas merujuk kepada faktor persekitaran....

a)

teknologi

b)

politik dan perundangan

c)

Antarabangsa

20.

"Perubahan citarasa dapat mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti barangan yang dikeluarkan".

Pernyataan diatas merujuk kepada faktor persekitaran..

a)

Pembiaya

b)

Pemodal

c)

Pelanggan

21.

"Pihak berkuasa yang menggubal undang-undang dan menguatkuasakannya". Merujuk kepada faktor persekitaran..

a)

Pekerja

b)

Kerajaan

c)

Pemodal

22.

"Tenaga fizikal yang digunakan untuk menukarkan input menjadi output". Merujuk kepada faktor persekitaran...

a)

Pekerja

b)

Pemodal

c)

Pelabur

23.

"Syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dalam industri yang sama". Merujuk kepada faktor persekitaran..

a)

Kerajaan

b)

Pelanggan

c)

Pesaing

24.

"Sekumpulan orang yang tinggal dipersekitaran operasi perniagaan". Merujuk kepada faktor persekitaran...

a)

Masyarakat

b)

Kerajaan

c)

Pesaing

25.

Nyatakan tanggungjawab perniagaan kepada Pembekal

a)

Membuat pembayaran pembelian input mengikut perjanjian

b)

Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan

26.

Nyatakan tanggungjawab perniagaan terhadap pembiaya

a)

membayar pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan

b)

Membayar pinjaman berserta faedah

c)

Memaksimakan kekayaan pemegang saham

27.

Nyatakan tanggungjawab perniagaan terhadap pekerja

a)

membayar pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan

b)

Membayar gaji yang sesuai mengikut kepakaran

c)

Menjaga kebajikan dengan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat

28.

GLOBALISASI/DUNIA TANPA SEMPADAN. MANAKAH KATA KUNCI HURAIAN DI BAWAH SALAH

a)

PERSAINGAN SENGIT KUALITI, HARGA DAN PENYAMPAIAN

b)

MOBILITI PEKERJA

c)

MODAL

d)

CELARU BUDAYA

e)

MASALAH GAJI

29.

BERAPAKAH ELEMEN PESEKITARAN UMUM PERNIAGAAN

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

30.

Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi

persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan. Kenytaan ini merujuk kepada

a)

PERSEKITARAN UMUM

b)

PERSEKITARAN TUGAS

31.

Elemen asas dalam perniagaan

a)

menyediakan barang dan perkhidmatan

b)

mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan

c)

mendapatkan keuntungan perniagaan

32.

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP MASYARAKAT

a)

mewujudkan peluang pekerjaan sampingan seperti perniagaan restoran dll

b)

menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna

c)

menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat

d)

menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

e)

menggalakkan perniagaan huluan dengan melibatkan pengguna setempat sebagai pembekal

33.

FAKTOR PENGELUARAN

a)

bahan mentah

b)

tanah

c)

teknologi

d)

modal

e)

modal insan

34.

FAKTOR PENGELUARAN

a)

bahan mentah

b)

tanah

c)

teknologi

d)

modal

e)

modal insan

35.

CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN

a)

peningkatan kemajuan teknologi

b)

kewujudan blok-blok perdagangan

c)

penurunan tanggungjawab sosial

d)

kemerosotan produktiviti

e)

jaringan perniagaan

36.

PERSEKITARAN UMUM

a)

persekitaran persaingan dan jaringan

b)

pelanggan

c)

pemodal atau pelabur

d)

persekitaran politik dan perundangan

e)

persekitaran prasarana

37.

PERSEKITARAN TUGAS

a)

pemborong

b)

pesaing

c)

pembekal

d)

pekerja

e)

kerajaan

38.

JENIS PEMILIKAN ENTITI PERNIAGAAN

a)

pemilikan tunggal

b)

perniagaan sedia ada

c)

perkongsian

d)

antarabangsa

e)

koperasi

39.

AKTIVITI PERNIAGAAN BAGI PENGELUARAN

a)

barangan industri

b)

pembuatan

c)

pemborongan

d)

kewangan

e)

pemasangan

40.

AKTIVITI PERNIAGAAN BAGI PERKHIDMATAN

a)

pemborongan

b)

kewangan

c)

barangan industri

d)

pendidikan

e)

pemasangan

41.

PERANAN SEKTOR SWASTA DALAM PERNIAGAAN

a)

mengeluarkan dan menawarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna

b)

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan

c)

menyediakan peluang pekerjaan dalam aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan

d)

meneroka dan membangun kawasan baharu

e)

mengamalkan monopoli semula jadi

42.

PERANAN SEKTOR AWAM DALAM PERNIAGAAN

a)

menyediakan kemudahan awam untuk perniagaan dan masyarakat setempat

b)

menyumbang kepada pendapatan kerajaan

c)

menggubal dan melaksanakan dasar-dasar fiskal dan kawalan

d)

meneroka dan membangunkan kawasan baharu

e)

mengamalkan monopoli semula jadi

43.

TAHAP PERNIAGAAN

a)

primer

b)

sekunder

c)

ekstraktif

d)

profesional

e)

antarabangsa

44.

Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.


Apakah peranan agensi tersebut.

a)

mengutip cukai

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

menguatkuasakan undang-undang

45.

Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?


I. Pembangunan dalam teknologi digital

II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan

III. Perlindungan daripada gejala penipuan

dalam perniagaan

IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan

oleh kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

4 elemen asas perniagaan

a)

menyediakan barang dan perkhidmatan

b)

wujud pertukaran nilai

c)

wujud elemen wang

d)

mendapatkan keuntungan perniagaan

e)

memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

47.

Langkah kedua dan ketiga dalam proses perniagaan

a)

pemasaran

b)

input

c)

proses tambah nilai

d)

output

48.

3 cabaran perniagaan pada masa hadapan

a)

inovasi

b)

sumber semakin berkurangan

c)

jaringan perniagaan

d)

peningkatan produktiviti

49.

3 persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan

a)

persekitaran politik

b)

persekitaran ekonomi

c)

persekitaran teknologi

d)

persekitaran sosiobudaya

50.

Aspek berikut termasuk dalam persekitaran prasarana.

a)

kemudahan pengangkutan

b)

kemudahan fizikal

c)

kemudahan infrastruktur

d)

kemudahan perhubungan

51.

3 persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan

a)

Pelanggan

b)

Pemborong

c)

Pembiaya

d)

Pesaing

52.

3 aktiviti perniagaan berkaitan pengeluaran

a)

perkilangan

b)

ekstraktif

c)

pembuatan

d)

pemasangan

53.

3 aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

a)

Peruncitan

b)

Penginapan

c)

Kewangan

d)

Pendidikan

54.

Tahap perniagaan mengikut proses

a)

Primer

b)

Domestik

c)

Sekunder

d)

Tertiar

55.

Kepentingan untung kpd perniagaan spt berikut KECUALI

a)

sumber modal

b)

ganjaran

c)

menarik minat pelabur

d)

meningkatkan taraf hidup

56.

Peranan perniagaan terhadap pengguna adalah spt berikut KECUALI

a)

memenuhi keperluan & kehendak

b)

mempelbagaikan pilihan barangan

c)

menjalankan tanggungjawab sosial

d)

miningkatkan taraf hidup

57.

Peranan Perniagaan terhadap ekonomi spt berikut KECUALI

a)

mewujudkan peluang pekerjaan

b)

meningkatkan pendapatan negara

c)

menjaga alam sekitar

d)

meningkatkan kemudahan awam

58.

faktor-faktor pengeluaran spt berikut KECUALI

a)

bahan mentah

b)

pemasaran

c)

modal insan

d)

teknologi

59.

Proses perniagaan ialah

a)

Input, proses tambah nilai, pemasaran, output & untung rugi.

b)

Proses tambah nilai, output, pemasaran, input & untung rugi

c)

Input, proses tambah nilai, output, pemasaran dan untung & rugi

d)

Input, output, pemasaran, proses tambah nilai dan untung

60.

Cabaran perniagaan masa depan seperti elemen berikut KECUALI

a)

Perkembangan kemajuan teknologi

b)

Globalisasi

c)

Ekonomi

d)

Sumber semakin kurang

61.

Faktor persekitaran umum spt berikut KECUALI

a)

Ekonomi

b)

Perniagaan Islam

c)

Prasarana

d)

Teknologi

62.

Faktor persekitaran tugas ialah spt berikut KECUALI

a)

Masyarakat

b)

Pembiaya

c)

Pembekal

d)

Ekonomi

63.

Tanggungjawab perniagaan kepada pembekal ialah

a)

menawarkan produk & perkhidmatan

b)

patuh & akur dgn syarat pinjaman dengan pembiaya

c)

mematuhi perjanjian dan syarat2 kontrak

d)

persaingan yang kompetitif

64.

Tanggungjawab perniagaan kepada pekerja ialah

a)

mengagihkan untung & dividen secara adil

b)

memastikan perniagaan didaftar

c)

mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat

d)

menyediakn program peningkatan kemahiran pekerja

65.

Tanggungjawab perniagaan kepada pemodal

a)

menguruskan perniagaan dgn baik bg mendptkn keuntungan

b)

menjalankan tanggungjawab sosial melalui bantuan, derma

c)

mengeluarkan barang & perkhidmatan yg memenuhi citarasa

d)

menjaga hubungan baik dgn pembekal

66.

Tanggunggan liabiliti perniagaan ini tidak terhad. Ini merujuk kpd entiti perniagaan

a)

milikan tunggal

b)

syarikat

c)

Koperasi

d)

Perkongsian

67.

Mudah ditubuhkan

Kos penubuhan murah

pemilik tidak perlu bayar cukai perniagaan

Pemilik bebas membuat keputusan


Pernyataan di atas adalah kebaikan bagi entiti.....

a)

perkongsian

b)

milikan tunggal

c)

koperasi

d)

syarikat

68.

*Milikan 2 hingga 50 orang pemegang saham

*Modal diperoleh hasil penjualan saham

*Liabiliti terhad

*Dikenakan cukai keuntungan syarikat


Perkara di atas ialah ciri-ciri bagi entiti...

a)

perkongsian

b)

koperasi

c)

syarikat sendirian berhad

d)

Syarikat awam berhad

69.

Pemodalan Nasional Berhad ialah contoh bagi entiti

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Koperasi

70.

Usaha Jaya Niaga Sdn Bhd ialah contoh bagi entiti..

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Koperasi

71.

i. Bilangan pemegang saham minima 2 dan tiada had.

ii. Pemilik saham terbuka kpd orang ramai.

iii. Pemindahan hak milik saham tidak perlu mendpt persetujuan drpd pemegang shm lain.

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Koperasi

72.

Sebab-sebab yg membolehkan perkongsian dibubarkan adalah spt yg berikut KECUALI

a)

Dipersetujui oleh semua rakan kongsi

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Tempoh perjanjian perkongsian belum tamat

d)

Salah seorg ahli telah meninggal dunia

73.

Minimum keahlian 100 hingga tiada maksimum keahlian yg membeli saham koperasi.

Modal disumbangkan oelh ahli koperasi.

Tanggungan perniagaan adalah terhad.


Berikut merupakan ciri-ciri entiti perniagaan.....

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Koperasi

74.

Berikut ialah aktiviti pengeluaran KECUALI...

a)

Ekstraktif

b)

Barangan pengguna

c)

Pemborongan

d)

Pemasangan

75.

Berikut merupakan aktviti perniagaan perkhidmatan KECUALI..

a)

Pembuatan

b)

Kewangan

c)

Profesional

d)

Peruncitan

76.

Tabung Haji merupakan salah satu sektor .......

a)

swasta

b)

awam

c)

badan berkanun

77.

Tahap...................merujuk kpd perniagaan yg melibatkan kegiatan eksport, import dan entrepot antara dua @ lebih buah negara melibatkan penggunaan tukaran mata wang asing.

a)

huluan

b)

hiliran

c)

domestik

d)

antarabangsa

78.

Antara berikut yang manakah maksud bagi organisasi bukan perniagaan

a)

organisasi yang menjalankan aktiviti jualan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bagi mendapatkan keuntungan

b)

organisasi bukan perniagaan yang menjalankan aktiviti bagi memenuhi keperluan dan menjaga kepentingan awam dan tidak bermotifkan keuntungan

79.

Input, proses tambah nilai, output, pemasaran , untung/rugi

a)

Proses perniagaan

b)

proses pengeluaran

80.

Terdiri daripada bahan mentah, modal, modal insan , teknologi dan usahawan


Berikut adalah maksud bagi

a)

Modal

b)

Usahawan

c)

Input

d)

Pemasaran