NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BM Bhg.A -SEM2 STPM
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
Semua yang berikut ini termasuk dalam kajian morfologi, kecuali
A bentuk kata
B struktur kata
C golongan kata
D perbendaharaan kata
Perkataan yang manakah mengandungi kata dasar yang terdiri daripada kata terbitan?
A Sinambung
B Pesuruhjaya
C Kegemilangan
D Memperkasakan
Yang manakah perkataan yang mempunyai sisipan kata nama?
I jelajah II geletar III telunjuk IV kelangkang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Tendangan pemain itu telah tersasar daripada pintu gol pasukan lawan.
Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja
A tak transitif tanpa pelengkap
B tak transitif berpelengkap
C transitif pasif
D transitif aktif
Tanam tebu beruas-ruas,
Tanam dari tepi telaga,
Lautan lebar bukankah luas,
Kenapa kapal selalu berlaga?
Perkataan yang berhuruf condong dalam pantun di atas ialah kata adjektif
A sifat
B ukuran
C bentuk
D keadaan
Kanak-kanak itu sangat rindu akan neneknya di kampung.
Perkataan akan dalam ayat di atas termasuk dalam golongan
A kata bantu aspek
B kata bantu ragam
C kata sendi nama
D kata penguat belakang
Yang manakah ayat yang mengandungi kata bilangan ordinal?
A Kedua-dua penjenayah itu telah ditangkap.
B Dia mendapat nombor dua dalam cabutan giliran tadi.
C Mereka berdua telah dikenal pasti sebagai calon pilihan raya.
D Ramasamy memenangi tempat kedua dalam acara larian pecut itu.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata -nya yang berfungsi sebagai kata penekan?
I Dengan hormatnya kami mempersilakan para jemputan masuk ke dewan.
II Lereng bukit di tepi jalan raya itu nampaknya akan runtuh bila-bila masa.
III Seminggu yang lalu rumahnya yang diperbuat daripada papan itu musnah dijilat api
IV Lopak-lopak jalan menuju ke Kampung Sri Madai itu telah ditimbusnya dengan batu.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi kata adverba?
A Murid yang baru masuk itu sungguh pandai.
B Udara di puncak gunung amat segar pada waktu pagi.
C Mekanik membaiki kereta Pak Ali yang sudah buruk itu.
D Mereka bertindak senyap-senyap untuk mengelak daripada diberkas.
Pasangan kata yang manakah yang mengekalkan golongan kata apabila menerima imbuhan?
A Kegunaan, bertujuan
B Perbandaran, penguburan
C Pengetua, pendengaran
D Penempatan, kehujanan
Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang mempunyai kata berawalan ber- yang menyatakan makna perbuatan bersalingan?
I Mereka bergembira di pusat hiburan itu.
II Mereka sentiasa bertengkar kerana masalah kewangan.
III Kami berkumpul di sini untuk menyuarakan bantahan kami.
IV Saya berharap agar kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah antara ayat yang berikut menggunakan apitan peR-…-an secara tidak gramatis.
I Perlaksanaan projek itu menelan belanja berjuta-juta ringgit.
II Mereka menziarahi tanah perkuburan itu pada pagi yang dingin.
III Perlantikan Encik Lim sebagai pengurus syarikat itu tepat pada masanya.
IV Para pengusaha berasa bimbang kerana hasil perolehan mereka kian menyusut.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Kesemua perkataan berikutnya merupakan kata ganda separa, kecuali
A jejarum
B tolak-menolak
C hukum-hakam
D ternaganga-nganga
Tuan Basir mempunyai sebuah pasar raya di bandar Sandakan.
Frasa sebuah pasar raya dalam ayat di atas berfungsi sebagai frasa
A adverba
B endosentrik
C eksosentrik
D keterangan
Yang manakah padanan yang betul bagi binaan frasa nama?
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mempunyai kata kerja transtif aktif dengan dua objek.
I Dia menghidangkan adiknya nasi ayam kukus.
II Hamid menyiapkan kerja rumah Matematik di sekolah.
III Cikgu Melati menghadiahinya buku rujukan sebagai insentif.
IV Mereka membawa pelancong Amerika itu ke bilik pameran kraf tempatan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Kata bantu aspek + kata penguat + kata adjektif Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?
A Mesin jahit di rumah Mak Minah sudah terlalu uzur.
B Tindakannya itu amat membanggakan keluarganya.
C Kehidupan di luar negara memang sungguh indah.
D Buah durian di dusun itu masih belum masak.
A
B
C
D
Belajarlah bersungguh-sungguh kalau mahu senang kemudian hari.
Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai
A frasa keterangan
B klausa tak bebas
C klausa utama
D klausa bebas
Ayat yang manakah yang boleh menjadi ayat dasar dan ayat tunggal?
A Sejak tengah hari lagi penonton sudah berkumpul di stadium.
B Kamu selalu pinjam buku daripada pelajar asrama.
C Calon-calon di dalam dewan itu sungguh gelisah.
D Ali duduk memerhatikan gelagat kucingnya.
Yang berikut ialah ayat songsang, kecuali
A Dialah penjenayah yang dicari oleh pihak polis.
B Dengan cat minyak Nasir melukis potret ibunya.
C Untuk atlet itu mencipta rekod baharu tidak mustahil.
D Masih belum tiba rombongan pengantin lelaki hingga kini.
1. Yang manakah ayat pasif yang betul?
A Ucapan yang telah beliau sampaikan itu sungguh bernas.
B Gelas di atas meja itu adik saya pecahkan dengan tidak sengaja.
C Bersama-sama surat ini kukirimkan sekeping gambar tanda ingatan.
D Perkara itu mereka hebohkan untuk mendapatkan perhatian pihak atasan.
A
B
C
D
1. Yang manakah ayat yang frasa keterangannya berfungsi sebagai pelengkap?
I Ibu Hashim berjual keropok lekor di pasar.
II Kakak menyapu sampah dengan penyapu lidi.
III Kanak-kanak itu menjerit sekuat hati sejak tadi lagi.
IV Penduduk kampung telah berkumpul di dewan masyarakat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
A
B
C
D
Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk campuran?
I Ramai pelancong asing datang mengunjungi Taman Negara Mulu dan Pulau Sipadan
II Zaidi menonton televisyen sambil menyiapkan latihan Matematik dan Bahasa Melayu.
III Penduduk yang mendiami daerah itu digalakkan beriadah agar menjaga kesihatan.
IV Mereka berharap moga-moga cadangan itu menjadi realiti setelah berusaha gigih.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
I. Kereta merah itu telah terjunam ke dalam gaung .
II. Seorang remaja memandu kereta merah itu.
Ayat majmuk yang terhasil dari ayat I dan II di atas mengalami peluasan ?
A frasa predikat
B dengan kata hubung
C frasa nama sebagai subjek
D melalui komplentasi
Suspek dalam kes pembunuhan itu telah ditahan malam tadi.
Ayat di atas telah mengalami proses
I pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama subjek
II pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
III penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
IV penyusunan semula frasa nama sebagai objek
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis?
A Beg kegemaran saya yang diperbuat daripada kulit buaya.
B Tokoh pendidik itu ingin menulis tentang sejarah negeri Sabah semula.
C Banyak aspek yang mereka bincangkan dalam mesyuarat itu kurang penting.
D Kesemua ahli-ahli persatuan itu bersetuju untuk bertemu kembali di tempat itu.
Ayat yang manakah menepati binaan rumus di atas?
A Makanan untuk majlis itu sudah berhidang di atas meja.
B Pondok usang di pinggir hutan itu pernah diceroboh tadi.
C Bot nelayan itu akan dibaiki dengan serta-merta.
D Bangunan di bandar raya dihias dengan cantik.
