Font size
WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN - MAHIR MENGURUS, HIDUP TERURUS
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Remaja sering menghadapi tekanan daripada rakan sebaya. Apakah contoh tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja?
Membantu dalam pelajaran
Memaksa untuk ponteng sekolah
Membantu apabila berada dalam kesusahan
Bermain bersama-sama
Apakah sikap dan nilai yang perlu diamalkan dalam perhubungan demi mengelakkan tekanan?
Sentiasa menghargai diri
Menjadi pendengar yang setia
Bergaul bebas
Menjadi batu loncatan dalam perhubungan
Balqis selalu meniru kerja sekolah Camelia sehingga dia berasa geram dengan sikap Balqis.
Apakah yang patut dilakukan oleh Camelia bagi mengatasi masalah tersebut?
Camelia membiarkan sahaja sikap Balqis
Camelia perlu membenci Balqis dan tidak berkawan dengan Balqis
Camelia memukul Balqis
Camelia perlu menegur sikap Balqis dan menyuruhnya membuat sendiri kerja tersebut
Pilih cara-cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dalam diri remaja?
Bersenam dan rekreasi
Mengambil dadah
Melepak di pusat hiburan
Merosakkan harta benda awam
Membuli merupakan satu tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja di sekolah. Apakah cara penyelesaian yang sesuai bagi membuli?
Memilih rakan yang akan membuli
Menghindarkan diri daripada pembuli
Memilih untuk berkawan dengan baik
Memberi amaran dan teguran secara agresif
Pilih 2 jawapan.
Remaja akan menghadapi kesulitan apabila _____________ dan _____________.
tidak mahu berkongsi masalah bersama ibu bapa.
menghargai ibu bapa
tidak mempercayai ibu bapa.
menyayangi adik beradik
Pilih 2 jawapan
Untuk menjadi remaja yang matang, seseorang remaja itu perlulah ___________________ dan _______________.
bijak mengawal emosi
bergaul dengan baik dengan adik beradik
mementingkan diri sendiri.
menjauhi diri dari keluarga.
Pilih 2 jawapan
Remaja memberontak kerana _______________ dan ___________________.
keinginan diri tidak dipenuhi.
ingankan perhatian.
menghormati ibu bapa
menghargai adik beradik
Berikut ialah contoh tekanan negatif kecuali .............
bersaing dalam pelajaran
boros dan suka bermewah
selalu dibuli
suka memendam perasaan
Contoh tekanan negatif rakan sebaya?
Mengajak rakan solat.
Ponteng sekolah.
Menyiapkan kerja sekolah.
Menolong guru.
Berikut merupakan contoh tekanan rakan sebaya yang negatif KECUALI?
Merokok.
Vandalisme.
Ponteng kelas.
Belajar bersungguh-sungguh.
Apakah salah satu cara menguruskan situasi tekanan?
Menolak pelawaan rakan dengan baik dan bersopan santun.
Memarahi rakan.
Merosakkan harta awam.
Apakah kesan jika kita tidak dapat menguruskan tekanan rakan sebaya dengan baik?
Kita akan mendapat ramai kawan.
Kita akan terjerumus ke dalam aktiviti gejala sosial.
Prestasi akademik akan bertambah baik.
Pilih dialog yang sesuai untuk mengurus tekanan rakan sebaya?
”Baiklah, saya pun sudah lama ingin cuba merokok.”
“Maaf, saya tidak mahu ikut sekali. Merokok membahayakan kesihatan kita.”
“Janganlah sibuk nak ajak saya!”
Kesimpulan yang sesuai untuk topik ini?
Kita perlu ikut sahaja kehendak rakan sebaya supaya mendapat lebih ramai kawan dan pengaruh.
Kita perlu bijak mengatasi tekanan rakan sebaya dengan menggunakan komunikasi yang berkesan supaya hubungan sesama rakan saling terjaga.
Kita perlu gunakan kata-kata kesat untuk menolak tawaran atau ajakan rakan sebaya dalam melakukan perkara yang tidak baik.
