wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPT Jok T2

Total questions: 60

Worksheet time: 1hrs 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud skala?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

2.

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.


Maklumat di atas merupakan maksud

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

3.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak mutlak?

a)

Dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

b)

Tidak tetap dan berubah-ubah

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berdasarkan kos dan masa

4.

Jika satu lekuk bersamaan 1 cm, apakah tafsiran bagi skala lurus mudah di atas?

a)

1 cm mewakili 2 km

b)

1 cm mewakili 8 km

c)

1 cm mewakili 4 km

d)

1 cm mewakili 6 km

5.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Jarak relatif adalah berdasarkan

a)

jarak

b)

kos

c)

masa

6.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan kiraan

a)

minit

b)

jam

c)

kilometer

d)

meter

7.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, manakah alat yang digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

8.

Jarak Kampung Mesra ke balai polis pada peta ialah 6 cm. Jika skala ialah 1:200 000, berapakah jarak sebenar Kampung Mesra ke balai polis?

a)

6

b)

10

c)

12

d)

3

9.

1 cm mewakili 5 km

Jika jarak jalan raya dalam peta ialah 6 cm, apakah jarak sebenar di permukaaan Bumi?

a)

5 KM

b)

30 km

c)

10 km

d)

20 km

10.

Pilih jenis skala yang digunakan dalam peta. Pilih 3

a)

Skala pecahan

b)

Skala lurus

c)

Pecahan wakilan

d)

Skala penyata

11.

Apakah maklumat yang terdapat di dalam peta topografi? Pilih 3

a)

Tajuk

b)

Petunjuk

c)

Bearing sudutan

d)

Simbol

12.

Ciri pandang darat budaya yang terdapat di dalam peta ini ialah?

a)

sungai

b)

kontur

c)

paya bakau

d)

kilang

13.

Apakah ciri garisan timuran? Pilih 3

a)

Garisan grid yang dinomborkan

b)

Garisan yang dilukis secara menegak

c)

Garisan yang dilukis secara melintang

d)

Garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur

14.

Untuk membaca rujukan grid

a)

Garisan timuran disebut dahulu diikuti garisan utaraan

b)

Garisan utaraan disebut dahulu diikuti garisan timuran

15.

Untuk membaca rujukan grid

a)

Garisan timuran disebut dahulu diikuti garisan utaraan

b)

Garisan utaraan disebut dahulu diikuti garisan timuran

16.

Apakah maksud rujukan grid?

a)

Kombinasi antara latitud dan longitud

b)

Kombinasi antara nilai garisan timuran dan garisan utaraan

c)

Kombinasi antara lajur dan baris

17.

Garisan grid yang dilukis secara melintang

a)

Garisan timuran

b)

Garisan Utaraan

18.

Antara yang berikut, yang manakah ciri pandang darat budaya?

I Tanaman

II Pantai

III Air terjun

IV Empangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara berikut yang manakah ciri pandang darat fizikal

a)

Masjid

b)

Getah

c)

Paya nipah

d)

Padi

20.

Pergerakan bumi melibatkan dua jenis pergerakan iaitu

(a)  

21.

yang manakah antara berikut merupakan kesan putaran bumi

a)
b)
c)
d)
22.

Fenomena dalam gambar di atas berlaku sekali dalam setahun di sesetengah tempat di dunia,apakah pengaruh pergerakan bumi terhadap fenomena tersebut?

a)

Bumi beredar mengelilingi matahari

b)

bumi berputar pada paksinya

c)

matahari terbit dari timur

d)

bumi mengambil masa 24 jam untuk satu putaran lengkap

23.

Kedudukan bumi seperti dalam rajah di bawah dapat dikaitkan dengan

a)

siang dan malam sama panjang

b)

musim panas di hemisfera utara

c)

24 jam malam di hemisfera utara

d)

ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan

24.

Pernyataan di bawah dapat dikaitkan dengan

a)

ekuinoks musim bunga

b)

ekuinoks musim luruh

c)

solstis musim bunga

d)

solstis musim panas

25.

DUA pernyataan yang manakah merujuk solstis musim sejuk?

a)

24 jam siang di Kutub Utara

b)

Musim sejuk di hemisfera utara

c)

Siang lebih panjang di hemisfera selatan

d)

Siang dan malam sama panjang di semua kawasan

26.

Apakah kesan peredaran bumi?

a)

Kejadian empat musim

b)

Pembiasan angin lazim

c)

Cuaca dan iklim berubah

d)

Kejadian siang dan malam

27.

Maklumat berikut adalah kesan peredaran bumi.

Apakah kejadian yang dikaitkan dengan maklumat ini?

a)

Ekuinoks musim bunga

b)

Solstis musim panas

c)

Ekuinoks musim luruh

d)

Solstis musim sejuk

28.

Masa yang diambil oleh bumi mengelilingi matahari ialah..

a)

24 jam

b)

365 1/4 hari

29.

Bumi berputar ..

a)

dari timur ke barat

b)

dari barat ke timur

30.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

31.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

32.

Pergerakan bumi yang ditunjukkan dalam rajah menyebabkan kejadian?


I empat musim

II siang dan malam

III air pasang dan air surut

IV perubahan musim dunia

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

33.

Pernyataan yang manakah dapat dikaitkan dengan maklumat berikut:


● Siang dan malam

● Pembiasan angin lazim

● Air pasang dan air surut

a)

Kejadian gerhana matahari

b)

Bumi berputar pada paksinya

c)

Bumi bergerak menghampiri matahari

d)

Peredaran bumi mengelilingi matahari

34.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Monson tropika

b)

Tundra

c)

Khatulistiwa

d)

Siberia

35.

Kawasan yang menerima hujan yang paling sedikit di Malaysia ialah

a)

Kapit

b)

Bukit Larut

c)

Kuala Pilah

d)

Kota Bharu

36.

Rajah menunjukkan pembentukan

a)

Hujan relief

b)

Hujan bukit

c)

Hujan perolakan

d)

Hujan perenggan

37.

Nyatakan jenis angin monsun berdasarkan rajah di atas?

a)

Angin Monsun Timur Laut

b)

Angin Monsun Barat Daya

c)

Angin Monsun Tenggara

d)

Angin Monsun Barat Laut

38.

Nyatakan jenis dan cara pergerakan udara berdasarkan gambar rajah di atas?

a)

Udara bergerak dari laut yang tekanan tinggi ke daratan yang tekanan rendah.

b)

Udara bergerak dari daratan yang tekanan tinggi ke laut yang tekanan rendah.

c)

Bayu Laut

d)

Bayu Darat

39.

Apakah fenomena yang dapat dikaitkan dengan pernyataan berikut?


Peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi

a)

Jerebu

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Kesan rumah hijau

40.

Antara yang berikut, manakah kesan-kesan El Nino terhadap aktiviti luar dan ekonomi?

a)

Sektor pelancongan terjejas

b)

Banjir besar berlaku di bandar

c)

Kejadian pasang surut semakin kerap

d)

Pengeluaran hasil pertanian terjejas

41.

Antara berikut yang manakah halangan kegiatan manusia di Malaysia?

a)

Kerja menoreh getah dapat dijalankan semasa musim hujan

b)

Kegiatan pembalakan dapat dijalankan semasa musim panas

c)

Kegiatan perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun di pantai Barat Semenanjung Malaysia

d)

Aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dapat dilakukan semasa Monsun Barat Daya

42.

Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?

a)

Bertiup dari kawasan daratan

b)

Bertiup dari kawasan tekanan tinggi

c)

Dihalang oleh Selat Melaka

d)

Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera

43.

Pulau haba disebabkan oleh semua di bawah, kecuali..

a)

Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyimpan banyak bahang matahari

b)

Kekurangan tumbuh-tumbuhan

c)

Pelepasan asap dan haba dari kenderaan yang banyak

d)

Pembakaran hutan

44.

Hujan asid akan mengakibatkan semua di bawah, kecuali..

a)

Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan

b)

Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan

c)

Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik

d)

Tidak menjejaskan kehidupan manusia

45.

Berikut merupakan semasa keadaaan ______

a)

El Nino

b)

Jerebu

c)

Normal

d)

La Nina

46.

Apakah ciri suhu di Malaysia?

a)

Min suhu tahunan 270C

b)

Julat suhu tahunan 180C

c)

Julat suhu harian melebihi 100C

d)

suhu rendah sepanjang tahun

47.

Hujan perolakan turun kebiasaannya pada sebelah petang disertai dengan ________________

a)

halilintar

b)

hujan batu

c)

salji

d)

kilat dan petir

48.

* Cameron Highlands
* Kundasang, Sabah

Apakah faktor yang mendorong pertanian hawa sederhana sesuai dijalankan do kawasan di atas?

a)

Suhu yang tinggi dan hujan yang banyak sepanjang tahun

b)

Suhu sederhana antara 18 °\degree c hingga 21 °\degree  c sesuai untuk pertanian jenis ini

c)

Kedudukan di tanah pamah yang subur

d)

Hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia

49.

Kawasan bertanda manakah dalam peta di bawah merujuk pernyataan yang diberi?

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

50.

Di manakah letaknya lapangan terbang antarabangsa dalam peta?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan rel bersepadu?

I Mengurangkan kesesakan lalu lintas

II Mengurangkan pencemaran bunyi

III Membangunkan kawasan desa

IV Memendekkan masa perjalanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

52.

Pengangkutan udara penting di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana

a)

mudah dan murah

b)

berpenduduk jarang

c)

mengurangkan pencemaran

d)

kurang kemudahan pengangkutan lain

53.

Apakah tujuan pembinaan lebuh raya di Malaysia?


I Mengurangkan pencemaran udara

II Memendekkan jarak perjalanan

III Menjimatkan masa

IV Mengurangkan harga barangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

54.

Mengapakah jaringan pengangkutan di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih padat?


I Tanah pamah luas

II Kegiatan ekonomi

III Migrasi penduduk

IV Bebas daripada ancaman taufan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Rajah menunjukkan sejenis pengangkutan awam.

Jenis pengangkutan tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan


I pencemaran udara

II kesesakan lalu lintas

III kos penyelenggaran

IV bilangan kenderaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Lebuhraya _____________ menghubungkan Grik di Perak dan Jeli di Kelantan.

a)

LEBUHRAYA TIMUR BARAT

b)

LEBUHRAYA PERSEKETUAN

c)

LEBUHRAYA UTARA SELATAN

d)

LEBUHRAYA PAN BORNEO

57.

Perkhidmatan ____________digunakan untuk mengangkut penumpang dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

a)

Feri

b)

Bot

c)

Sampan

d)

Perahu

58.

Yang manakah BUKAN Pelabuhan Utama di Malaysia

a)

Pelabuhan Klang

b)

Pelabuhan TG Pelepas

c)

Pelabuhan Kuala Kedah

d)

Pelabuhan Bintulu

59.

Yang manakah BUKAN nama Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia?

a)

KLIA

b)

KKIA

c)

PIA

d)

CDIA

60.

____________berfungsi menangani masalah banjir kilat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

a)

SPAD

b)

SMART

c)

LRT

d)

MOROREL