Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Eksploitasi T3

Total questions: 15

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud EKSPLOITASI?

a)

Perbuatan menawarkan diri untuk melakukan sesuatu bagi memperoleh keuntungan kepada diri sendiri dan orang lain tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

b)

Perbuatan mengasingkan diri daripada terus melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan kepada diri kita.

c)

Perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

d)

Perbuatan yang boleh menyebabkan keselamatan diri sendiri terjamin kerana terhindar daripada melakukan sebarang perkara yang membawa kepada kerosakan.

2.

Apakah keldai dadah?

a)

Seseorang yang sanggup menjual hartanya untuk mendapatkan bekalan dadah.

b)

Seseorang yang menjadi penunggang keldai untuk dijadikan sebagai pengangkutan.

c)

Seseorang yang menjadi penagih dan pengedar dadah kepada orang lain.

d)

Seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi pembawa dadah atau barang seludup ke nagara jiran.

3.

Eksploitasi wujud dalam pelbagai bentuk diantaranya ialah....

a)

seksual

b)

mental

c)

fizik

d)

psikologi

4.

Maksud PEDOFILIA ialah.....

a)

Penderaan mental sejak kanak-kanak.

b)

Keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.

c)

Kanak-kanak dipaksa untuk bekerja sebagai buruh.

d)

Perasaan sayang akan kanak-kanak.

5.

Aktiviti seperti agensi teman, tukang urut, pelacuran dan filem lucah merupakan jenis eksploitasi.....

a)

seksual

b)

kahwin paksa

c)

buruh

d)

pedofilia

6.

Kanak-kanak di bawah umur dipaksa bekerja untuk menjelaskan hutang keluarga. Berikan 2 bentuk paksaan yang digunakan...

a)

keganasan

b)

kematian

c)

pelukan

d)

penderaan

7.

Mengapakah seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi sukar dieksploitasi?

a)

dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu dan bertindak dengan rasional.

b)

mempunyai tahap kewangan yang kukuh.

c)

bergantung kepada keputusan orang lain.

d)

mudah dipengaruhi oleh situasi semasa

8.

Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya pengeksploitasian terhadap perhubungan keluarga?

a)

menambah bilangan anak supaya keluarga besar menjadi lebih meriah.

b)

menambah bilangan isteri supaya dapat menguruskan rumah tangga.

c)

meningkatkan taraf mutu kehidupan keluarga melalui pekerjaan dan pendidikan.

d)

menggalakkan anak-anak bekerja bagi membantu menambahkan pendapatan.

9.

Tandakan 3 pihak yang menerima kesan negatif daripada eksploitasi

a)

masyarakat

b)

keluarga

c)

diri

d)

kerajaan

10.

Nyatakan 2 kesan kepada keluarga jika anak-anak melakukan pelbagai masalah?

a)

institusi keluarga akan runtuh

b)

kebanggaan keluarga

c)

pujian daripada jiran tetangga

d)

berlaku penceraian

11.

Menjadi keldai dadah, mengemis, menyeluk saku, meragut beg dan penjualan barang-barang tiruan adalah termasuk dalam kepelbagaian eksploitasi jenis;

a)

Eksploitasi untuk melakukan jenayah

b)

Mengupah kanak-kanak sebagai askar

c)

Eksploitasi seksual

d)

Eksploitasi buruh

12.

Punca eksploitasi dapat dilihat daripada tiga perspektif kecuali ;

a)

Individu

b)

Komuniti tempatan dan masyarakat

c)

Kemajuan negara

d)

Perhubungan keluarga

13.

Berdasarkan Akta kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur _________ tahun.

a)

18 tahun

b)

15 tahun

c)

12 tahun

d)

21 tahun

14.

Apakah kesan eksploitasi ?

a)

perkembangan mental yang lambat

b)

keupayaan berfikir secara rasional

c)

kesihatan terjamin

d)

menyumbang kepada banyak kesan positif

15.

Tandakan maklumat yang paling tepat (anda boleh menanda lebih daripada satu jawapan)


Berikut merupakan punca eksploitasi yang disebabkan oleh perhubungan keluarga:

a)

Keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai

b)

Keluarga yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah

c)

Keluarga yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan dan penagihan dadah

d)

Keluarga yang memiliki kecergasan fizikal dan kecerdasan intelek