wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN MENJAWAB KUIZ (REMAJA)

Total questions: 50

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Contoh perkara yang membatalkan iman melalui perbuatan ialah ………

a)

mempersendakan hukum hakam Islam

b)

melakukan upacara ibadat agama lain

c)

menafikan akidah Islam

d)

mengingkari kewujudan azab kubur

2.

“Mengingkari kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta” adalah contoh iktikad yang membatalkan iman yang berkaitan dengan ………

a)

al-Uluhiyyat

b)

an-Nubuwwat

c)

al-Ghaibiyyat

d)

as-Syariat

3.

Antara kesan melakukan perkara yang membatalkan iman adalah…….

a)

tidak diampunkan dosa oleh Allah SWT walaupun telah bertaubat

b)

kekal hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga muslim

c)

akan dimasukkan ke dalam syurga setelah dosanya dibalas di neraka

d)

rosak segala amal ibadat yang dilakukan

4.

Ciri ajaran sesat dari aspek akidah adalah …….

a)

menolak kewajipan ibadat fardhu

b)

menghalalkan perzinaan atas nama nikah

c)

mengaku menjadi nabi atau rasul

d)

beribadat dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat

5.

Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah kumpulan majoriti umat Islam yang berpegang kepada ……

a)

al-Quran dan ijma’ ulamak

b)

as-sunnah dan qias

c)

al-Quran dan as-Sunnah

d)

ijma’ ulamak dan qias

6.

Berapakah suku yang terdapat dalam adat perpatih?

a)

15 suku

b)

12 suku

c)

10 suku

d)

8 suku

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan suku?

a)

satu kumpulan dari tempat yang sama

b)

kelompok masyarakat dari keturunan yang sama

c)

anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan daripada sebelah ibunya

d)

anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan daripada sebelah ayahnya

8.

Negeri Sembilan terdiri daripada berapa daerah?

a)

Sembilan

b)

tujuh

c)

sepuluh

d)

sebelas

9.

Antara yang berikut, yang manakah warna yang terdapat pada bendera Negeri Sembilan?

i. merah

ii. Kuning

iii. hitam

iv. Putih

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii dan iii

10.

Apakah ibu negeri bagi Negeri Sembilan?

a)

Kuala pilah

b)

Nilai

c)

Seremban

d)

Port Dickson

11.

Antara prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah ……….

a)

syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Allah SWT

b)

segala perbuatan manusia dicipta oleh manusia sendiri

c)

meyakini bahawa syurga dan neraka wujud setelah makhluk dijadikan

d)

perutusan nabi dan rasul adalah wajib bagi Allah SWT

12.

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib r.a dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW adalah merujuk kepada ......…….

a)

Ahli Sunnah wal Jamaah

b)

Muktazilah

c)

Khawarij

d)

Syiah

13.

Berikut adalah kepentingan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah kecuali……..

a)

Membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan

b)

Menjamin kemajuan sesebuah negara

c)

Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan

d)

Mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran sesat

14.

· Wukuf di Arafah

· Tawaf di Kaabah

· Saei

Penyataan di atas adalah merujuk kepada …………

a)

perkara wajib haji

b)

amalan sunat haji

c)

rukun haji

d)

larangan haji

15.

Antara perkara wajib haji dan umrah adalah menjauhi larangan ihram. Pilih dua jawapan yang termasuk dalam larangan ihram daripada aspek pakaian.

a)

Memakai sarung tangan

b)

Berwangi-wangian pada pakaian

c)

Memakai pakaian berjahit.

d)

Menyapu minyak rambut.

16.

Siapakah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia?

a)

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

b)

Yamtuan Radin ibni Almarhum Raja Lenggang

c)

Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin

d)

Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah

17.

Apakah bandar diraja Negeri Sembilan?

a)

Bandar Baru Nilai

b)

Jempol

c)

Seri Menanti

d)

Seremban

18.

Dalam adat perpatih juga perkahwinan mewujudkan orang semenda. Apakah yang dimaksudkan dengan orang semenda?

a)

wanita yang berkahwin dengan lelaki Negeri Sembilan

b)

lelaki yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan

c)

rumah tempat tinggal wanita yang dikahwini

d)

rumah tempat tinggal lelaki yang dikahwini

19.

Apakah gelaran bagi raja di Negeri Sembilan?

a)

agong

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Yamtuan besar

d)

Yang di-Pertuan Besar

20.

YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang sekarang. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke berapa?

a)

lapan

b)

empat

c)

enam

d)

sepuluh

21.

Sehingga kini 2021, Malaysia telah mencapai tahun kemerdekaan yang ke?

a)

60 tahun

b)

63 tahun

c)

61 tahun

d)

64 tahun

22.

Apakah nama bagi bendera Malaysia?

a)

Jalur Cemerlang

b)

Jalur Negara

c)

Jalur Gemilang

d)

Jalur Persekutuan

23.

Siapakah yang berhak melantik Yang Dipertuan Agong yang baharu?

a)

Raja-raja

b)

Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Yang Dipertua Negeri

24.

Pada tahun 1969, satu peristiwa hitam telah berlaku mengakibatkan kerajaan mengisytiharkan darurat disebabkan?

a)

Peperangan

b)

Penjajahan kaum

c)

Insiden rusuhan antara kaum

d)

Perintah kawalan pergerakan

25.

Rukun negara yang ketiga adalah …..?

a)

Keluhuran Perlembangan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kedaulatan Undang-undang

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

26.

Antara amalan sunat haji ialah ………

a)

mengutip anak batu di Muzdalifah

b)

menutup kepala

c)

memotong kuku

d)

bermalam di Muzdalifah

27.

Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.


Penyataan di atas adalah merujuk kepada …………

a)

haji Ifrad

b)

haji Tamattuk

c)

Haji Qiran

d)

Umrah

28.

Sembelihan bermaksud menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan …………………

a)

urat halqum dan urat saraf

b)

urat merik dan urat saraf

c)

urat saraf dan urat keting

d)

urat halqum dan urat merik

29.

Berikut adalah rukun sembelihan kecuali ……………….

a)

tempat sembelihan

b)

binatang sembelihan

c)

alat sembelihan

d)

penyembelih

30.

Apakah hukum sembelihan yang dilakukan oleh perempuan?

a)

Sah dan halal

b)

Sah tetapi makruh

c)

Tidak sah dan haram

d)

Tidak sah dan makruh

31.

Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.


Penyataan di atas adalah merujuk kepada ……………………

a)

wadiah

b)

hibah

c)

qardh

d)

wakaf

32.

Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat diniagakan dan keuntungan dibahagikan antara mereka.


Penyataan di atas adalah merujuk kepada ………………….

a)

Musyarakah

b)

Wakalah

c)

Kafalah

d)

Mudharabah

33.

Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari adalah merujuk kepada …………..

a)

solat hajat

b)

solat gerhana

c)

solat dhuha

d)

solat tasbih

34.

……………adalah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.

a)

Solat sunat tasbih

b)

Solat sunat hajat

c)

Solat sunat dhuha

d)

Solat sunat istikharah

35.

Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.


Penyataan ini adalah merujuk kepada hukum ………………berkahwin.

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

d)

makruh

36.

Apakah maksud bagi SOP

a)

Standard Operating Procedure

b)

Prosedur Operasi Standard

c)

Standby Operating Procedure

d)

Prosedur Operasi Persediaan

37.

Bilakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama mula dilaksanakan di Malaysia?

a)

17 Mac 2020

b)

18 April 2020

c)

17 April 2020

d)

18 Mac 2020

38.

Kes pertama virus COVID-19 dikesan di negara China di daerah?

a)

Beijing

b)

Guangzhou

c)

Wuhan

d)

Taiwan

39.

Pada 12 Ogos 2021, Negeri Sembilan berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara yang ke

a)

Fasa 3

b)

Fasa 4

c)

Fasa 1

d)

Fasa 2

40.

Slogan 3S yang sering diwar-warkan di kaca televisyen merujuk kepada

a)

Sesak, sempit dan kontak rapat

b)

Sesak, sempit dan sembang dekat

c)

Sesak, padat dan sembang jauh

d)

Sesak, padat dan sembang jauh-jauh

41.

Apakah hikmah perkahwinan daripada aspek kesihatan?

a)

Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang.

b)

Menghindari perbuatan seks bebas yang boleh membawa jangkitan penyakit.

c)

Memelihara diri dari perbuatan yang boleh mencemarkan maruah.

d)

Mengeratkan hubungan persaudaraan antara kedua keluarga suami isteri.

42.

Golongan wanita yang haram dikahwini selama-lamanya disebabkan faktor keturunan ialah …………….

a)

ibu saudara

b)

ibu susuan

c)

ibu tiri

d)

ibu mentua

43.

Berikut adalah perkara yang termasuk dalam rukun nikah kecuali …………….

a)

bakal mentua

b)

bakal suami

c)

wali

d)

dua orang saksi

44.

Hukum melihat perempuan yang hendak dipinang adalah sunat. Anggota yang harus dilihat ialah ……………..

a)

muka

b)

tapak tangan

c)

muka dan tapak tangan

d)

muka dan lengan

45.

Wajib seorang suami memberikan mahar kepada isterinya dengan sebab akad nikah. Apakah hukum menyebut mahar semasa akad nikah?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

46.

Hukum memenuhi undangan walimatul urus adalah……………

a)

sunat

b)

harus

c)

fardhu ain

d)

fardhu kifayah

47.

Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami adalah merujuk kepada maksud………….

a)

talak

b)

li’an

c)

fasakh

d)

khuluk

48.

Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah adalah merujuk kepada perbuatan ………..

a)

nusyuz

b)

lian

c)

poligami

d)

talak

49.

Berikut adalah hak yang boleh diperolehi oleh anak angkat daripada keluarga angkatnya kecuali………

a)

nafkah dan kebajikan

b)

harta hibah

c)

harta wasiat

d)

pewarisan harta pusaka

50.

Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah


Negara Malaysia sedang berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara pada 12 Ogos 2021. Pernyataan di atas menunjukkan negeri-negeri berkenaan berada di Fasa ke

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4