wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bukan Kupinta

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Lebam ?

a)

Lebam ialah keadaan permukaan kulit yang tidak mengalami apa-apa perubahan akibat kecederaan

b)

Lebam ialah keadaan permukaan kulit yang kebiruan akibat kecederaan salur darah pada lapisan dalam kulit

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan terseliuh ?

a)

Terseliuh ialah keadaan regangan pada sendi yang melebihi had pergerakan sendi

b)

Terseliuh ialah kedaan kulit yang mengalami kemerahan

3.

Apakah punca lebam ? ( pilih jawapan lebih dari satu )

a)

Terkena hentaman atau hentakan objek keras

b)

Perlanggaran antara manusia, haiwan, atau objek

c)

Terjatuh

d)

Terkena sinaran cahaya matahari

4.

Berikut adalah tanda gejala Lebam ( pilih lebih dari satu )

a)

Bengkak

b)

Sakit dan lenguh

c)

Tulang patah

d)

Kawasan tercedera kebiruan atau unggu

5.

Apakah punca terseliuh ? ( pilih lebih dari satu )

a)

Terpijak permukaan yang tidak rata

b)

Tidak memakai kasut dan stokin

c)

Mendarat dengan teknik yang tidak betul

d)

Tergelincir

6.

Berikut adalah gejala terseliuh kecuali ( pilih lebih dari satu )

a)

Cedera pada sendi dan ligamen

b)

Patah tulang

c)

Bengkak dan lebam

d)

Kawasan tercedera berasa panas

7.

Berapa tempoh masa untuk sembuh dari terseliuh ?

a)

2 bulan

b)

Seminggu

c)

2 hingga 3 minggu

d)

5 hari

8.

Berapa lamakah tempoh masa untuk sembuh dari lebam ?

a)

2 hari

b)

Sebulan

c)

1 hari

d)

Antara 5 hingga 7 hari

9.

Luka perlu dibalut dan diberikan tekanan pada bahagian yang cedera supaya ___________________

a)

Supaya dapat melancarkan peredaran darah ke jantung dengan lebih cepat

b)

Supaya dapat melancarkan peredaran darah ke jantung dengan lebih lambat

10.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan dalam tempoh rawatan lebam dan terseliuh kecuali ( pilih lebih dari satu )

a)

Tidak menggunakan Losyen panas di kawasan cedera

b)

Tidak menggunakan alkohol

c)

Sentiasa bergerak ke suatu tempat

11.

Permukaan kulit yang lebam akan berwarna kebiruan.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Tempat lebam perlu di tuam sejuk selama .......minit selang dua jam.

a)

10

b)

15

c)

20

d)

30

13.

Semasa cara bantu mula lebam, kedudukan anggota yang tercedera perlu ditinggikan melebihi aras .......

a)

bahu

b)

telinga

c)

jantung

14.

Mengapakah kawasan kecederaan perlu ditinggikan daripada paras jantung?

a)

Supaya kawasan tercedera jauh daripada jantung.

b)

Supaya kawasan tercedera tidak mengakibatkan kesakitan akibat aliran darah.

c)

Supaya kawasan tercedera tidak kena pada kawasan lain

d)

Mengelakkan kecederaan menjadi hitam.

15.

Mengapakah rujukan doktor diperlukan sekiranya kecederaan masih berpanjangan?

a)

Supaya doktor dapat memberikan ubat tahan sakit.

b)

Supaya doktor dapat mengenal pasti kecederaan.

c)

Supaya doktor memberikan suntikan

d)

Supaya doktor dapat memarahi pesakit

16.

Apakah cara bantu mula untuk merawat lebam dan terseliuh?

a)

A-I-D-S

b)

F-A-C-E

c)

P-R-I-C-E-R

d)

S-M-K

17.

Keadaan regangan pada sendi yang melebihi had pergerakan sendi disebut ________

a)

terkoyak

b)

terhiris

c)

terseliuh

d)

tersembam

18.

Berikut adalah gejala lebam kecuali ______

a)

bengkak

b)

bongkak

c)

sakit dan lenguh

d)

kawasan cedera berwarna biru

19.

Punca terseliuh adalah __________

a)

terjadi secara tiba - tiba semasa duduk

b)

terjadi sebab sedang gembira

c)

mendarat dengan teknik betul

d)

tergelincir akibat lantai licin

20.

Berikut adalah cara merawat terseliuh kecuali _____

a)

Tuam dengan air panas mendidih selama 30 minit.

b)

Tuam panas dan sejuk selang - seli selama lebih kurang 10 minit.

c)

Tuam tiga kali sehari selepas tiga hari kecederaan.

d)

Tuam sejuk menggunakan ais selama lebih kurang 10 minit.

21.

Kecederaan ringan yang kamu pelajari dalam Unit 13 Bukan Kupinta adalah

a)

Patah dan bengkak

b)

Melecur dan melecet

c)

Lebam dan terseliuh

d)

Demam dan sakit kepala

22.

Gejala bagi kecederaan lebam adalah seperti berikut KECUALI

a)

Berdarah

b)

Sakit dan lenguh

c)

Bengkak

d)

Kawasan tercedera berwarna biru atau ungu

23.

Berikut adalah cara bantu mula kecederaan lebam KECUALI

a)

Urut sehingga tidak sakit

b)

Rehatkan bahagian yang lebam

c)

Tuam sejuk selama 10 minit selang 2 jam

d)

Tinggikan anggota badan yang lebam melebihi aras jantung

24.

Tandakan penerangan bantu mula apabila berhadapan dengan kecederaan lebam dan terseliuh. Tandakan lebih daripada satu

a)

Berhenti melakukan aktiviti

b)

Berikan ubat tahan sakit

c)

Rehatkan kawasan tercedera

d)

Tuam dengan ais.

e)

Letakkan minyak panas

25.

Apakah aktiviti yang mungkin boleh menyebabkan kamu mengalami lebam? (jawapan lebih daripada satu)

a)

Bermain bola sepak tanpa menggunakan alat perlindungan anggota badan

b)

Terhantuk di bucu kerusi dengan kuat

c)

Baring di atas tilam empuk

d)

Duduk di atas sofa