Font size
WorksheetsSTPM BM SEM 1 : BAHASA MELAYU MODEN
Total questions: 71
Worksheet time: 40mins
Yang manakah sumbangan Oman Theodore Dussek kepada perkembangan bahasa Melayu?
Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang
Memperkenalkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
Menghasilkan buku Malay Grammar bersama dengan Wilkinson
Memperkenalkan pola keselarasan vokal Rumi bahasa Melayu
Ciri yang manakah yang sesuai dengan bahasa Melayu moden?
Kesinambungan daripada bahasa Sanskrit
Mempunyai sifat yang dinamik
Tidak berpotensi tinggi
Sukar difahami
Yang manakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?
Mendesak agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu
Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang
Menerbitkan buku sekolah dan bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu
Siapakah penulis Kitab Pengetahuan Bahasa?
Mohd Said Haji Sulaiman
Zainal Abidin Ahmad
Asmah Haji Omar
Raja Ali Haji
Yang manakah termasuk dalam perancangan taraf bahasa Melayu?
Peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
Pembakuan dalam sistem tatabahasa
Penyeragaman sebutan
Penyusunan kamus
Membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967
Pertubuhan yang manakah yang dikaitkan dengan hal di atas?
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Yang manakah ciri bahasa Melayu moden?
I Bersifat dinamik
II Mengalami perancangan
III Mempunyai laras yang terhad
IV Tidak menerima pengaruh bahasa asing
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah tokoh bahasa pada zaman pramerdeka?
Asmah Haji Omar
Nik Safiah Karim
Hassan Ahmad
Za'ba
Yang manakah BUKAN sumbangan Raja Ali Haji?
I Bustanul Katibin
II Tuhfat al-Nafis
III Jalan Basa Melayu
IV Ilmu Mengarang Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Penokok dan Penambah
- Buku Ketetapan Hejaan Melayu
Siapakah penulis buku-buku di atas?
Raja Ali Haji
Mohd Said Sulaiman
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Yang manakah sumbangan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)?
Menerbitkan buku untuk sekolah Melayu
Menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Menerbitkan buku bahasa, sejarah dan kebudayaan
Menterjemah buku untuk bacaan umum masyarakat Melayu
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu moden?
Bahasa ilmu
Bahasa perpaduan
Bahasa perhubungan
Bahasa kebangsaan
Yang manakah tidak berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
Bahasa pengantar
Penciptaan istilah baharu
Menyatukan pelbagai kaum di Malaysia
Kewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti asing
Yang manakah yang membezakan bahasa Melayu moden daripada bahasa Melayu klasik?
Mengalami perancangan
Mendapat pengaruh bahasa Arab
Menggunakan imbuhan
Menggunakan ayat pasif
Yang manakah yang berkaitan dengan Za'ba?
Buku Ketetapan Hejaan Bahasa Melayu
Kitab Pengetahuan Bahasa
Syair Singapura Terbakar
Ilmu Mengarang Melayu
Yang manakah berkaitan dengan Pejabat Karang-Mengarang?
I- O.T. Dussek
II- Angkatan Sasterawan 50
III- Maktab Perguruan Sultan Idris
IV- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pertubuhan yang manakah mengasaskan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu?
Angkatan Sasterawan 50
Dewan Bahasa dan Pustaka
Maktab Perguruan Sultan Idris
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Yang manakah karya Raja Ali Haji yang dijadikan buku pegangan bahasa nasional Indonesia?
Bustanun Katibin
Gurindam Dua Belas
Syair Sultan Abdul Muluk
Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah BUKAN buku yang dihasilkan oleh Dato' Mohd Said bin Haji Sulaiman?
Jalan Basa Melayu
Penokok dan Penambah
Buku Katan PBMPB Diraja Johor
Pelita Bahasa Melayu Penggal I, II, dan III
Akhbar yang manakah yang mula-mula menggunakan tulisan Jawi?
Saudara
Warta Malaya
Utusan Melayu
Jawi Peranakan
- Kerja raya
- Setiausaha
- Jurucakap
- Jadual waktu
Pertubuhan yang manakah yang mempelopori penggunaan istilah terjemahan di atas?
Pejabat Karang-Mengarang
Angkatan Sasterawan 50
Maktab Perguruan Sultan Idris
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pegawai Inggeris yang manakah yang menubuhkan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris?
W. Marsden
O.T. Dussek
R.J. Wilkinson
R.O. Winstedt
- Memperjuangkan "Seni untuk Masyarakat"
- Karangan ahli diberikan bayaran dan dilindungi dari segi undang-undang
Perkara di atas adalah tentang
Angkatan Sasterawan 50
Pejabat Karang-Mengarang
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Tokoh yang pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar upahan dari India sehingga beliau digelar "munsyi" ialah
Mohd Said bin Haji Sulaiman
Zainal Abidin bin Ahmad
Abdullah bin Abdul Kadir
Raja Ali Haji
Perkembangan bahasa Melayu moden pada zaman pramerdeka merupakan sumbangan daripada
tokoh bahasa asing
tokoh bahasa tempatan
tokoh bahasa asing dan tokoh bahasa tempatan
tokoh bahasa asing, tokoh bahasa tempatan, dan pertubuhan tempatan
Tokoh tempatan yang memberikan sumbangan kepada penubuhan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris ialah
Raja Ali Haji
Abdullah Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Mohd Said bin Haji Sulaiman
Dalam usaha untuk memodenkan bahasa, langkah yang manakah yang paling penting untuk dilaksanakan ?
mencipta istilah
menerbitkan buku ilmiah
memantapkan tatabahasa
menyelaraskan sistem ejaan
Menurut Perkata 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, meliputi penggunaannya oleh pihak yang berikut, kecuali
sektor swasta
kerajaan Negeri
kerajaan Persekutuan
pihak berkuasa tempatan
* Penetapan tulisan bagi bahasa Melayu
* Penentuan bahasa dalam borang rasmi kerajaan
Perkara di atas termaktub dalam
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1956
Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1952
Tujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
mengekalkan fungsinya sebagai bahasa perpaduan antara kaum
menjadikannya sebagai simbol jati diri bangsa dan negara Malaysia
Menyaingi perkembangan dan kemajuan bahasa-bahasa yang serumpun dengannya
meneruskan keunggulannya sebagai lingua franca, bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu sejak dahulu lagi
Mengemaskinikan tatabahasa, menyusun kamus, membakukan sebutan dan memantapkan sistem ejaan.
Dalam perancangan bahasa, langkah di atas termasuk dalam proses
pemupukan
pemodenan
pengekodan
perancangan strategi
Yang manakah institusi atau pertubuhan yang terlibat dalam penghasilan buku-buku bacaan sekolah ?
Pejabat karang-mengarang
Persatuan Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu
Angkatan Sasterawan 50
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan
Yang manakah langkah yang paling penting untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ?
dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan
diiktiraf sebagai bahasa perpaduan dan komunikasi umum untuk semua kaum
diwajibkan penggunaannya dalam urusan dalam sektor awam dan swasta
digunakan oleh semua media, baik media cetak mahupun media elektronik
Dewan Bahasa dan Pustaka diberikan tanggungjawab untuk menyediakan buku tatabahasa dan kamus yang lengkap dalam bahasa Melayu demi kepentingan semua pengguna.
Dalam perancangan dan pembinaan bahasa, langkah di atas merupakan langkah
pengekodan
pemupukan
perancangan
pemasyarakatan
Berikut ialah tujuan penubuhan Pakatan Belajar Pengetahuan Bahasa kecuali
memelihara , memperlengkap, dan memodenkan bahasa Melayu serta memelihara tulisan Jawi.
menerbitkan Peredar atau jurnal setiap enam bulan.
menstandardkan ejaan dan perkataan.
mencetak buku teks.
Berikut ialah peranan Pejabat Karang Mengarang kecuali
menerbitkan buku-buku sekolah
mencipta istilah baharu
mewujudkan perpustakaan bergerak
menerbitkan jurnal bergambar
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan Angkatan Sasterawan 50
berjuang dengan slogan Seni untuk Masyarakt
ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penulis.
mencadangakn supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar di sekolah
Semua di atas.
Berikut ialah kaedah yang digunakan dalam Pembentukan Istilah Bahasa Melayu kecuali
Penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai.
Penggunaan kata bahasa serumpun yang lazim dipakai
Tidak merujuk perkataan dalam bahasa selain bahasa Inggeris
Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris.
Daftar kata bahasa Melayu -bahasa asing yang terawal di tulis ialah
Daftar kata Melayu-Cina
Malay English Dictionary
A Dictionary of The Malayan Language
Malay Grammar
"Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen"
Pernyataan di atas terdapat dalam:
Akta bahasa Kebangsaan 1963/67
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Laporan Razak 1956
Akta Pelajaran 1961
Minggu, kemeja, peluru,nanas, sekolah tuala
Perkataan di atas merupakan perkataan yang diambil dariapada
Portugis
Arab
Tamil
Belanda
Antara yang berikut, yang manakah bukan menjadi sebab utama bahasa Melayu perlu meminjam bahasa asing?
Untuk mengatasi masalah sinonim
Sikap suka mengagung-agungkan bahasa asing.
Pembinaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa Moden.
Tiada perkataan bahasa Melayu untuk menamakan fenomena baharu.
Awalan pra dan maha, dipinjam daripada bahasa
Indonesia
Belanda
Sanskrit
Jawa
Yang manakah pertubuhan yang terlibat secara langsung dalam usaha memajukan dan memperkembangkan bahasa Melayu sebelum merdeka?
Pejabat Karang Mengarang
Persatuan Penulis Nasional
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
Persatuan Pelajar-pelajar Maktap Perguruan Bahasa
Yang berikut merupakan proses perancangan bahasa Melayu , kecuali
membuat keputusan tentang dasar bahasa kebangsaan
membandingkan dan mengkategorikan variasi bahasa
mengumpul dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa
meninjau kembali hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang undang-undang dan kehakiman memenuhi fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi
bahasa pengantar
bahasa perpaduan
bahasa kebangsaan
Yang manakah pernyataan yang paling tepat dalam menjelaskan konsep perancangan bahasa?
suatu usaha penentuan bahasa untuk dijadikan bahasa kebangsaan
suatu usaha penyeragaman bahasa untuk tujuan memudahkan hubungan
suatu usaha memupuk, memperbaik, dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden
suatu usaha untuk mengembangkan bahasa yang bertaraf kedaerahan menjadi bahasa untuk kegunaan umum
Yang manakah sumbangan Za'ba dalam perancangan korpus bahasa Melayu?
I. Menghasilkan Rahsia Ejaan Rumi
II. Menghasilkan Daftar Ejaan Melayu
III. Menghasilkan Pedoman Pembentukan Istilah
IV. Menghasilkan Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Langkah membakukan sistem ejaan, tatabahasa, istilah, sebutan, dan perkamusan diistilahkan sebagai
pemupukan bahasa
perancangan taraf
pentarafan bahasa
perancangan korpus
Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan perancangan taraf bahasa?
membentuk istilah dalam pelbagai bidang
menghasilkan satu variasi bahasa yang standard
menetapkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
menterjemah bahan bacaan daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu
Susunan yang betul bagi peringkat perancangan bahasa Melayu ialah
I. penilaian
II. pelaksanaan
III. perancangan
IV. pemasyarakatan
I, II, III, dan IV
III, II, IV, dan I
III, I, II, dan IV
IV, III, II, dan I
Yang manakah merupakan matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?
I. menggubal istilah
II. menyeragamkan ejaan dan sebutan
III. menggubal undang-undang tentang bahasa Melayu
IV. mengawal pencemaran bahasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah proses yang termasuk dalam perancangan korpus?
I. Pempelbagaian laras
II. Pembakuan sebutan
III. Penterjemahan buku
IV. Penyeragaman tatabahasa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Perakuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tercatat dalam
I Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152
II Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67
III Penyata Rahman Talib
IV Penyata Razak
A 1 dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji?
A Pelita Bahasa
B Daftar Ejaan Melayu
C Kitab Pengetahuan Bahasa
D Buku Ketetapan Hejaan Melayu
X Menunjukkan bakat kesusasteraan ,terutamanya
dalam bahasa kebangsaan.
Menyelaraskan ejaan dan sebutan.
Menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
Menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa
kebangsaan.
X dalam carta di atas ialah
A Angkatan Sasterawan 50
B Pejabat Karang Mengarang
C Dewan Bahasa dan Pustaka
D Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Proses Perancangan Bahasa
I Pemasyarakatan
II Pengekodan
III Penilaian
IV Pemupukan
Maksud
P Usaha mengembangkan bahasa agar tercapai kaedah saling terjemah
Q Peninjauan terhadap kesan perancangan bahasa
R Usaha ke arah penyerapan variasi bahasa
S Pendedahan hasil perancangan kepada pengguna.
A I (R ) II ( Q) III ( P) IV ( S)
B I (S ) II (R) III (Q) IV (P)
C (Q) II (S) III (P) IV (R)
D I(P) II (S) III (Q) IV(R)
TOKOH BAHASA
I william Marsden
II Mejar Dato' Haji Mohd Said Sulaiman
III Raja Ali Haji
IV Zainal Abidin bin Ahmad
KARYA
P Rahsia Ejaan Jawi
Q A Grammar of Malayan Language
R Jalan Basa Melayu
S Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan karyanya?
A I (P) II (R) III (Q) IV (S)
B I (Q) II (R) III (S) IV (P)
C I (Q) II (S) III ( R ) IV(P)
D I (S) II (Q) III ( P) IV (R)
Yang manakah konteks bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi?
A Dalam sesi wawancara sukan di televisyen
B Dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan
C Dalam perhubungan penutur daripada pelbagai latar belakang
D Dalam menyampaikan ilmu di institusi pengajian tinggi awam
Peringkat pelaksanaan dalam proses perancangan bahasa melibatkan usaha yang berikut kecuali
A penciptaan istilah
B penyediaan perkamusan
C penyediaan panduan ejaan
D pemilihan bahasa kebangsaan
PERIHAL TOKOH X
= Tokoh bahasa yang tersohor di Pulau Penyengat
= Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk mengembangkan kebudayaan Melayu
= Menghasilkan karya bahasa, sejarah, dan sastera,khususnya syair dan pantun
Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu ?
A Jalan Basa Melayu
B Pelita Bahasa Melayu
C Ilmu Mengarang Melayu
D Kitab Pengetahuan Bahasa
I BAHASA MELAYU KLASIK
Setelah sekeliannya lengkap, maka pada ketika dan saad yang baik, lalu berangkat sultan Mahmud diiring oleh hulubalang dan menteri serta rakyat sekalian, maka baranag di mana tempat berhenti baginda itu di sana perkelahan diadakan sambil bersuka-suka berjamu dan minum.
II BAHASA MELAYU MODEN
Beliau mengingatkan bahawa hubungan antara majikan dengan pekerja haruslah harmoni. Menurut beliau, selain berbincang ,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mewujudkan situasi sedemikan. Antaranya majikan harus menyediakan kemudahan yang selesa untuk pekerjanya. Pekerja yang cemerlang harus diberikan insentif atau ganjaran sebagai penghargaan.
Berdasarkan petikan I dan II ,yang manakah ciri yang jelas bagi bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden?
I Bahasa Melayu Klasik -----terdapat penggunaan partikel
Bahasa Melayu Moden ---jenis larasnya jelas
II Bahasa Melayu Klasik---Mengandungi kosa kata bahasa
istana
Bahasa Melayu Moden---Terdapat unsur pengulangan
III Bahasa Melayu Klasik--Banyak menggunakan kata
pangkal ayat
Bahasa Melayu Moden--Mengandungi kosa kata asing
IV Bahasa Melayu Klasik--Ayatnya menunjukkan binaan
songsang
Bahasa Melayu Moden--Banyak penggunaan ayat
majmuk
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Perancangan bahasa -----taraf
----- X
Dalam perancangan bahasa , X melibatkan usaha untuk
I menghasilkan variasi bahasa baku
II menggubal istilah teknikal dan profesional
III meninjau hasil dan kesan perancangan bahasa
IV mewujudkan identiti dan kedudukan negara tanpa mengetepikan bahasa lain
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
TOKOH BAHASA TEMPATAN
I Raja Ali Haji
II Nik Safiah Karim
III Asmah Haji Omar
IV Zainal Abidin Ahmad
KARYA
P Susur Galur Bahasa Melayu
Q Ilmu Mengarang Melayu
R Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran
S Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa tempatan dengan karyanya?
A I (Q ) II (P) III (R) IV (S)
B I (P) II (Q) III ( S) IV (R)
C I (S) II(R) III (P ) IV (Q)
D I (R) II ( S) III (Q ) IV (P)
TOKOH BAHASA TEMPATAN
I Raja Ali Haji
II Nik Safiah Karim
III Asmah Haji Omar
IV Zainal Abidin Ahmad
KARYA
P Susur Galur Bahasa Melayu
Q Ilmu Mengarang Melayu
R Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran
S Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa tempatan dengan karyanya?
A I (Q ) II (P) III (R) IV (S)
B I (P) II (Q) III ( S) IV (R)
C I (S) II(R) III (P ) IV (Q)
D I (R) II ( S) III (Q ) IV (P)
Yang manakah karya Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman ?
I Penokok dan Penambah
II Kitab Pengetahuan Bahasa
III Buku Katan PBmPB Diraja Johor
IV Kitab Pengetahuan Jurutulis Bagi Kanak-kanak Yang Hendak Belajar Akan Dia
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
TOKOH BAHASA
i Asmah Haji Omar
II Nik Safiah Karim
III Mejar Mohd Said Sulaiman
IV Zainal Abidin bin Ahmad
HASIL KARYA
P Sosiolinguistik Bahasa Melayu : Teori dan Aplikasi
Q Daftar Ejaan Melayu
R Jalan Basa Melayu
S Nahu Melayu Mutakhir
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan hasil karyanya?
A I ( S) II( P) III ( R) IV (Q)
B I ( S) II (Q) III (P) IV (R )
C I ( P) II (S) III (Q) IV (R)
D I (P) II ( R) III ( Q) IV (S)
Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan perancangan korpus dalam bahasa Melayu?
A Bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan
B Bahasa Melayu diwajibkan dalam segala urusan kerajaan
C Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan
D Bahasa Melayu diperkaya dengan istilah khusus dalam pelbagai bidang ilmu
Pernyataan yang manakah yang tidak berkaitan dengan tujuan perancangan korpus bahasa Melayu ?
A untuk menghasilkan satu variasi bahasa yang seragam
B untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
C untuk membolehkan semua penutur bahasa Melayu menggunakan variasi bahasa yang sama
D Untuk menghasilkan satu variasi bahasa Melayu yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang
Sepanjang hayat, kita sering diduga oleh pelbagai cabaran. Hakikatnya , cabaran dapat membentuk kita menjadi insan yang baik. Jika kita berusaha dan berjaya mengatasinya, kita akan dilimpahi kegembiraan dan kesentosaan dalam hidup. Sebenarnya, kunci kejayaan untuk mengatasi apa-apa jua cabaran ialah ketabahan dan kesabaran.
Penyataan yang manakah yang tidak benar tentang ciri bahasa Melayu moden yang terdapat dalam petikan di atas ?
A Bentuk dan ragam ayatnya pelbagai
B Mengandungi kosa kata bahasa Arab
C Maksud ayatnya jelas dan mudah difahami
D Melenyapkan unsur pinjaman zaman lampau
Langkah yang manakah yang dikaitkan dengan proses pengekodan dalam perancangan bahasa ?
I Menghasilkan istilah dan buku tatabahasa
II Menyelaraskan sistem tulisan dan sistem ejaan
III Mempertingkatkan status bahasa sebagai bahasa pentadbiran
IV Memperluas penggunaan bahasa meliputi semua tahap pengajian
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
