wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 29

Worksheet time: 1hrs 4mins

Name
Class
Date
1.

Kita perlu menjaga warisan kraftangan supaya tidak pupus

a)

Tidak hilang ditelan zaman

b)

Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas

c)

Tidak menjadi bubur

d)

tidak hilang dan terkubur

2.

Pengantin yang sama cantik , sama padan

a)

bagai batu dengan cincinnya

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai pahat dengan penukul

3.

Hubungan saudara sepupu yang sangat rapat dan akrab

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai Anjing dengan kucing

c)

Bagai isi dengan kuku

d)

Bagai cicin dengan permata

4.

Ibu telah berkali-kali menasihati Ali supaya belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak dihiraukan. Peribahasa berikut betul kecuali

a)

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

b)

Bagai Mencurah garam ke laut

c)

Bagai mencurahkan air ke daun keladi

d)

Bagai telinga tempayan

5.

Pelajar-pelajar ini berjaya mendapatkan sijil Khatam Al-Quran setelah berusaha menamatkan bacaan Al-Quran bersama gurunya.Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi ini.

a)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

d)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

6.

Walaupun adik-beradik ini pernah bergaduh namun hubungan mereka akan tetap berbaik semula

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum kembali

d)

Bagai anjing dengan kucing

7.

Puan Asnah percaya, pelajar yang lemah jika dilatih dan diberi bimbingan pasti akan berjaya juga

a)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

d)

Ke bukit sama di daki, ke lurah sama turuni

8.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk orang yang disayangi

a)

patah hati

b)

kekasih hati

c)

cinta hati

d)

buah hati

9.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan gambar berikut?

a)

Bagai anjing menyalak bukit

b)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama turuni

c)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

d)

Kuda pelejang bukit

10.

Ali suka membuat kerja rumah sambil menonton televisyen

a)

Sambil menyeruduk galas lalu

b)

Sambil mandi

c)

Belayar sambil memapan

d)

Sambil menyelam, sambil minum air

11.

Anak pakcik Karim yang belajar di luar negara itu akhirnya pulang ke Malaysia untuk berbakti kepada negara

a)

Bagai sirih pulang ke gagang

b)

Biduk lalu, kiambang bertaut

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

12.

Alif sentiasa mengikut kata-kata isterinya kerana dia takut dimarahi isterinya.

a)

Seperti kerbau menanduk anak

b)

Kerbau punya susu, sapi dapat nama

c)

Seperti kerbau dicucuk hidung

d)

Busuk kerbau, jatuh berdebuk

13.

Golongan Raja jika berbuat baik dengan rakyat tidak akan jatuh maruah dan daulatnya

a)

Cacing menjadi ular naga

b)

Bagai ular lidah bercabang

c)

Jika ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

d)

Seperti ular kena bedal

14.

Bagai gunting dalam lipatan membawa maksud

a)

Orang yang mahir dalam kerja jahitan

b)

Orang yang baik tetapi mempunyai niat jahat

c)

musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

d)

Orang yang suka menyakiti hati orang lain

15.

Orang yang baru menyesuaikan diri di tempat baharu

a)

Seperti rusa kena tambat

b)

Seperti rusa masuk kampung

c)

Mati rusa kerana tanduknya

d)

gajah lalu dibeli, rusa tidak terbeli

16.

Perselisihan yang akan menjadi perkelahian sesuai untuk peribahasa

a)

Biduk tiris menanti karam

b)

Retak menanti belah

c)

Menanti putih gagak hitam

d)

Biang menanti tembuk

17.
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.
a)
a.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. b.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.
b)
a.Walau ke mana juga kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal juga. b.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga. 
c)
Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.
d)
Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.
18.
Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
a)
a.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. b.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.
b)
a.Walau ke mana juga kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal juga. b.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga. 
c)
Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.
d)
Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.
19.
Takut titik lalu tumpah.
a)
a.Orang yang dapat kedudukan yang mewah. b.Seseorang yang beroleh kekayaan/ keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
b)
Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.
c)
Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.
d)
Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga. 
20.
Seperti tikus jatuh ke beras.
a)
a.Orang yang dapat kedudukan yang mewah. b.Seseorang yang beroleh kekayaan/ keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
b)
Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.
c)
Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.
d)
Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga
21.
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.
a)
Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga.
b)
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). 
c)
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
d)
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
22.
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
23.
Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
24.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
25.
Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
26.
Jauhari juga yang mengenal manikam.
a)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
b)
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
c)
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
d)
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada.
27.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat berikut:

Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.

a)

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

b)

Biar putih tulang, jangan putih mata

c)

Sediakan payung sebelum hujan

d)

Siapa makan cili, dia terasa pedasnya

28.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat berikut:

Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih berhasrat untuk bekerja di negara sendiri

a)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

b)

Biar putih tulang, jangan putih mata

c)

Sirih pulang ke ganggang

d)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

29.
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.