wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T3 Bab 8

Total questions: 36

Worksheet time: 1hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah usahawan bijih timah yang memajukan daerah Larut Matang ?

a)

Long Jaafar & Mohammad Salleh bin Perang

b)

Long Jaafar & Ngah Ibrahim

2.

Siapakah pembesar yang menggalakkan pusat pengajian agama dan membina sekolah Melayu Matang?

a)

Tengku Menteri Ngah Ibrahim

b)

Long Jaafar

3.

Siapakah jutawan negeri Perak yang menemui Sultan Abu Bakar Johor untuk mempelajari sistem pentadbiran moden?

a)

Long Jaafar

b)

Ngah Ibrahim

4.

Ngah Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh pihak British setelah melakukan penentangan, ke manakah beliau dibuang negeri?

a)

Singapura

b)

Pulau Seychelles

c)

Pulau Cocos

5.

Siapakah usahawan bijih timah yang memajukan daerah Larut Matang ?

a)

Long Jaafar & Mohammad Salleh bin Perang

b)

Long Jaafar & Ngah Ibrahim

6.

Wan Muhammad Saman terkenal kerana mencetuskan idea membina terusan bermula dari....

a)

Alor Setar hingga Sungai Petani

b)

Alor Setar hingga Kaki Gunung Jerai,Gurun

7.

Terusan Wan Muhammad Saman berukuran panjang 36 kilometer ,lebar 7.5 dan mempunyai kedalaman .....

a)

1 meter

b)

1.5 meter

c)

2 meter

8.

Terusan Wan Muhammad Saman dibina menggunakan peralatan tradisional dan kaedah sistem ........ ?

a)

Kerah

b)

Serah

9.

Siapakah pembesar Melayu yang terkenal sebagai pembangunan bandar?

a)

Long Jaafar

b)

Dato' Muhammad Salleh Bin Perang

10.

Siapakah yang melukis peta lengkap pertama bagi negeri Johor?

a)

Dato' Jaafar Bin Muhammad

b)

Dato' Muhammad Salleh Bin Perang

11.

Peta lengkap pertama negeri Johor memudahkan...

a)

menggerakan pembangunan pertanian, perbandaran, dan sistem perhubungan

b)

menggerakan pembangunan pertanian, perbandaran, dan pendidikan

12.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang membangunkan daerah ....... pada tahun 1893

a)

Mersing

b)

Kota Tinggi

c)

Batu Pahat

13.

Siapakah pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang pentadbiran dan pendidikan?

a)

Dato Jaafar bin Muhammad, Dato' Abdul Rahman Bin Andak, Dato Abdullah Haji Dahlan & Syeikh Islam Terengganu

b)

Dato Jaafar bin Muhammad, Dato' Abdul Rahman Bin Andak , Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi & Syeikh Islam Terengganu

c)

Dato Jaafar bin Muhammad, Dato' Abdul Rahman Bin Andak, Orang Kaya-Kaya Haji Mohammad Arshad & Syeikh Islam Terengganu

14.

Dato' Abdullah Haji Dahan, Undang Luak Rembau (1922-1938) & Raja Chulan, Raja Dihilir Perak (1920-1933) merupakan golongan bangsawan yang dilantik sebagai..

a)

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri

b)

Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

15.

Siapakah Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa?

a)

Syeikh Islam Terengganu & Datuk Hakim Imam Abang

b)

Dato' Abdullah Haji Dahan & Raja Chulan

16.

Sekolah Kajang ditubuhkan di negeri Sarawak juga dikenali sebagai...

a)

sekolah khas bagi kaum wanita mempelajari ilmu agama

b)

sekolah khas bagi mempelajari ilmu agama

17.

Apakah jawatan terakhir Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi?

a)

Datuk Hakim

b)

Datu Imam

c)

Ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Sarawak

18.

Antara berikut merupakan Kepimpinan Tempatan di Sarawak kecuali...

a)

Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah

b)

Abang Haji Bolhassan

c)

Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursidi

d)

Orang kaya-kaya Haji Mohammad Arshad

19.

Mengapakah anda patut menjadikan tokoh berikut sebagai inspirasi?

a)

inovatif

b)

patriotik

c)

berwibawa

d)

berwawasan

20.

Maklumat berikut menunjukkan reaksi pemerintah terhadap Perjanjian Bangkok 1909.Mengapakah pemerintah menunjukkan reaksi tersebut?

a)

penurunan takhta

b)

kehilangan wilayah

c)

menjadi anungan Siam

d)

membayar cukai yang tinggi

21.

Senarai berikut berkaitan dengan persidangan Durbar. Mengapa Durbar dibentuk?

a)

melicinkan sisitem pentadbiran

b)

melindungi kepentingan bangsa

c)

menghapuskan pemusatan kuasa

d)

mengekalkan sistem beraja mutlak

22.

Perjanjian British-Terengganu menzahirkan sifat arif Sultan Zainal Abidin III. Mengapakah dikatakan sedemikian?

a)

Perjanjian Bangkok dibubar

b)

kemerdekaan negeri diperakui

c)

perlembagaan negeri telah digubal

d)

pelantikan wakil British ditangguhkan

23.

Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi memberi sumbangan besar kepada kanak-kanak Johor. Apakah sumbangan tersebut?

a)

mewajibkan pendidikan

b)

meningkatkan taraf kesihatan

c)

melarang untuk dijadikan buruh

d)

mengasaskan sekolah perempuan

24.

Apakah kesan utama Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909 ke atas Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Menyatupadukan wilayah Negeri-negeri Melayu Utara

b)

Memecahbelahkan wilayah Negeri-negeri Melayu Utara

c)

Pembentukan Durbar

d)

Tiada jawapan yang tersenarai

25.

Senaraikan syarat-syarat Sempadan Perjanjian Bangkok 1909.

a)

Garis sempadan berasaskan legeh dan lembah sungai

b)

Bermula dari utara muara Sungai Perlis di sebelah barat

c)

Berakhir di muara Kuala Tabal di sebelah timur

d)

Pulau Langkawi dan pulau-pulau di bahagian selatan menjadi kepunyaan British

26.

Apakah reaksi Pemerintah negeri Terengganu terhadap Perjanjian Bangkok?

a)

Sultan Zainal Abidin III mengemukakan bantahan kepada Gabenor negeri-negeri Selat

b)

Raja Syed Alwi Jamallulai membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh

c)

Sultan Abdul Hamid Shah amat murka sehingga menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negerinya seperti menjual seekor kerbau

d)

Tiada jawapan tersenarai

27.

Senaraikan tindakan Raja Melayu dalam menangani cabaran Barat.

a)

Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar

b)

Diplomasi menangani tekanan British

c)

Menggubal Undang-undang Tubuh

d)

Raja menerajui Pemodenan Negeri

28.

Nyatakan undang-undang Tubuh yang telah diperkenalkan bagi oleh Raja-raja Melayu bagi menangani cabaran Barat.

a)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

b)

Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

c)

Perjanjian Burney 1826

d)

Perjanjian Sulit 1897

29.

Siapakah wakil yang telah dihantar oleh British sebagai Penasihat British di Kedah pada 15 Julai 1909?

a)

Meadow Frost

b)

J.S. Mason

c)

W.G. Maxwell

d)

J.L. Humphreys

30.

Siapakah pengasas Pemodenan Pentadbiran di negeri Johor?

a)

Temenggung Daeng Ibrahim

b)

Sultan Abu Bakar

c)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah

d)

Sultan Zainal Abidin III

31.

Apakah peranan Raja Melayu dalam Durbar?

a)

Jurubicara

b)

Jurubahasa British

c)

Pelindung rakyat

d)

Pengerusi

32.

Apakah identiti negeri Kedah sebagai negeri Melayu?

a)

Agama Islam sebagai agama rasmi

b)

Bahasa Arab sebagai agama rasmi

c)

Cuti umum pada hari Jumaat

d)

Masjid negeri dibina di bandar utama

33.

Mengapakah Raja - raja Melayu menggubal undang - undang tubuh kerajaan negeri?

a)

Membangunkan kawasan luar bandar

b)

Mengeratkan hubungan antara negeri

c)

Mempertahankan identiti setiap negeri

d)

Menghalang campur tangan kuasa asing

34.

Apakah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan?

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Pahang

d)

Selangor

35.

Syarat - syarat untuk menjadi Jemaah Menteri mengikut Undang - undang Tubuh Kerajaan Johor mestilah

a)

Rakyat Johor

b)

Lelaki merdeka

c)

Berilmu pengetahuan

d)

Bangsa Melayu

e)

Beragama Islam

36.

Apakah tindakan terhadap Sultan Terengganu sekiranya baginda menyerahkan negeri kepada kuasa asing?

a)

Dibuang negeri

b)

Dipenjara

c)

Diberi kemaafan

d)

Diturunkan takhta