wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz kekeluargaan tign 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkahwinan

a)

Satu ikatan sah yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan

b)

Perhubungan antara lelaki dan perempuan

c)

Membolehkan lelaki dan perempuan duduk serumah

d)

Membentuk sebuah keluarga

2.

Tujuan perkahwinan ialah ..................

a)

Perkahwinan akan mengesahkan ayah kepada anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita.

b)

Dapat menghindari seks bebas

c)

Dapat membentuk keluarga baharu dalam masyarakat.

d)

Semua di atas

3.

Apakah peranan bapa?

a)

ketua keluarga

b)

mengemas rumah

c)

membantu ank-anak menelaah pelajaran

d)

memberi perlindungan

4.

Jelaskan maksud keluarga nukleus?

a)

Keluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa yang tinggal serumah.

b)

Keluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, anak kandung atau anak angkat yang tinggal serumah.

c)

Keluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada datuk, nenek, ibu, bapa, anak kandung atau anak angkat yang tinggal serumah.

d)

Keluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, ibu saudara, anak kandung atau anak angkat yang tinggal serumah.

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga tunggal

a)

Keluarga tunggal terjadi jika (ibu atau bapa) tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian

b)

Keluarga tunggal terjadi jika kedua-dua ibu bapa tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian

c)

Keluarga yang tidak tinggal bersama-bersama

d)

Keluarga ibu tunggal yang tidak tinggal bersama

6.

Berikut adalah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali......

a)

Kasih sayang

b)

Sering berbalah

c)

Hormat menghormati

d)

Sering membantu antara satu sama lain

7.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah keruntuhan institusi kekekluargaan?

a)

Bapa memarahi anak jika berkelakuan kurang sopan

b)

Menghalang anak-anak bergaul dengan alam sekitar

c)

Mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata

d)

Ibu bapa sentiasa mendalami ilmu kekeluargaan dalam menyelesaikan masalah

8.

Kesan rumahtangga yang tidak bahagia termasuk

a)

Rumahtangga tidak dapat diurus dengan baik

b)

Pembesaran anak-anak dari segi emosi tidak terjejas

c)

Berlakunya perceraian

d)

Ahli keluarga hidup dalam tekanan

9.

Keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan seorang anak (anak kandung atau anak angkat)

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan

10.

Keluarga yang terdiri daripada beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan

11.

Namakan jenis keluarga ini


Disebabkan masalah kewangan yang teruk semasa PKP yang lalu, Encik Rahmat membawa isteri dan anaknya tinggal bersama orang tuanya di kampung.

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan

12.

Ketiadaan kesefahaman merupakan isu kekeluargaan yang sering diperkatakan. Apakah kesan daripada masalah tersebut?

a)

Hubungan kekeluargaan terjejas

b)

Melahirkan warga yang penyayang

c)

Mewujudkan anak-anak yang berjaya

d)

Mengeratkan kemesraan dalam keluarga

13.

Gambar di atas merupakan contoh salasilah keluarga:

a)

Nukleus

b)

Tunggal

c)

Kembangan

14.

Berikut ialah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali

a)

Kasih sayang

b)

Sering berbalah

c)

Hormat-menghormati

d)

Saling membantu antara satu sama lain

15.

Apakah yang dikatakan sebagai keluarga kembangan?

a)

Ibu atau bapa tidak tinggal bersama dalam satu rumah

b)

Hanya teridiri daripada ibu, bapa dan anak sahaja yang tinggal serumah

c)

Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah

d)

Anak tinggal bersama kawan-kawannya

16.

Tujuan perkahwinan adalah untuk bebas dari konkongan ibu bapa yang zalim

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Keluarga tunggal terjadi akibat ibu/bapa tidak tinggal bersama

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Peranan ibu adalah menyediakan tempat perlindungan kepada anak-anak

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

-Sentiasa menolong ibu dan bapa

-Menjaga nama baik keluarga

-Sentiasa menghormati kedua ibu bapa


pernyataan di atas menerangkan tentang peranan.....

a)

Abang

b)

Kakak

c)

Anak

20.

Tanggungjawab anak KECUALI

a)

Mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa

b)

Menghormati dan menghargai ibu bapa

c)

Bercakap dengan meninggikan nada suara dengan ibu bapa

d)

Belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa.