Font size
WorksheetsPEERS-TINGKATAN 2
Total questions: 19
Worksheet time: 14mins
Antara berikut, yang manakah kepentingan penjagaan kesihatan diri?
Badan akan berbau busuk
Menyebabkan berlakunya keracunan makanan
Mudah mendapat penyakit berjangkit
Terhidar daripada penyakit
Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.
Identiti seksual
kesihatan diri
Orientasi seksual
kesihatan mental
Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah
Orientasi seksual
jenis seksual
identiti seksual
homoseksual
Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina ialah
Heteroseksual
Homoseksual
Biseksual
Homosapiens
Homoseksual merupakan
tarikan seksual lelaki terhadap wanita
tarikan seksual individu terhadap lelaki dan perempuan
tarikan seksual wanita terhadap lelaki
tarikan seksual terhadap jantina yang sama
Selain daripada aspek penjagaan serta amalan kebersihan dan kesihatan diri, kehormatan diri seseorang juga berkait rapat dengan
kecantikan diri
kecenderungan diri
keselamatan diri
kebolehan diri
Apakah kesan terhadap remaja sekiranya mereka tidak menjaga kehormatan diri?
Keputusan akademik meningkat
Keyakinan diri akan meningkat
Imej diri dan keluarga tercemar
sahabat akan bertambah
James telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama James juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada
Biseksual
Heteroseksual
homoseksual
Natural
Apakah peranan ibu bapa dalam menangani kecelaruan identiti dalam kalangan anak-anak?
memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya
mendidik anak-anak mereka untuk melakukan kebaikan
memantau pergaulan anak-anak
mengongkong kehidupan anak-anak
Definisi identiti seksual
Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu
Merangkumi kesejahteraan diri dan mental
Kecenderungan terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu
Meliputi aspek mental dan emosi seseorang individu
Definisi orientasi seksual
Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu
Merangkumi kesejahteraan diri dan mental
Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu
yang akan mencerminkan diri individu
Meliputi aspek mental dan emosi seseorang individu
Terdapat 3 jenis orientasi seksual. Apakah yang dimaksudkan dengan homoseksual?
Tarikan seksual terhadap pasangan yang sesama jantina.
Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina.
Tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina.
Berikut merupakan langkah-langkah dalam menangani kecelaruan seksual, kecuali....
Sentiasa mengikuti ajaran agama
Elak daripada menyalahgunakan media sosial
Elak cara hidup yang tidak elok
Bergaul dengan rakan-rakan negatif
Pencegahan daripada terjadinya kecelaruan identiti seksual
Tidak menghiraukan perkembangan anak-anak
Memberi sokongan negatif
Mengikut panduan cara hidup yang betul
Menganggap kecelaruan identiti seksual ini suatu perkara mudah
Kita juga perlu mengelakkan diri daripada berkongsi pakaian, tuala, sikat atau peralatan lain.
Pernyataan ini merujuk kepada...
Konsep kehormatan diri
Kesan tidak menjaga kehormatan diri
Kepentingan menjaga kehormatan diri
Cadangan menjaga kehormatan diri
Apakah akibat jika seseorang tidak menjaga kehormatan diri?
Disanjung oleh masyarakat
Masa depan cerah
Mempunyai ramai kawan
Dipandang serong
Kebiasaannya seseorang individu akan tertarik secara seksual kepada pasangan yang berlainan jantina.
Homoseksual
Biseksual
Heteroseksual
Metroseksual
Tandakan kesan tidak menjaga kehormatan diri yang telah dipelajari.
Maruah diri dan keluarga tercemar.
Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran.
Disayangi oleh guru dan rakan-rakan.
Dpandang serong dan dianggap negatif oleh masyarakat.
Senaraikan langkah-langkah menangani kecelaruan identiti dan orientasi seksual dalam kalangan remaja masa kini.
Remaja perlu bergaul dengan rakan-rakan yang positif dan mengelakkan rakan-rakan yang tidak berakhlak.
Remaja perlu diberi kebebasan bersuara dan memilih masa depan mereka.
Ibu bapa perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya.
Remaja perlu diberikan pendidikan agama yang mencukupi agar mereka dapat membezakan antara yang halal dan haram.
