WorksheetsKESALAHAN IMBUHAN 2018
Total questions: 37
Worksheet time: 19mins
...........semak -samun dilaporkan sering terjadi akibat sikap masyarakat yang kurang prihatin sekali gus menyumbang masalah jerebu di negara kita.
pembakaran
kebakaran
Hutan mempunyai nilai komersial kerana...........kayu balak dan tumbuh-tumbuhan herba yang menjadi sumber pendapatan kepada sesebuah negara.
membekal
membekalkan
Pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu agar lebih ............untuk menceburi bidang pekerjaan.
tersedia
bersedia
Adik dapat .......... dua puluh cucuk sate yang dibeli oleh ayah dalam satu masa.
menghabiskan
habiskan
Ayah.......... senaskhah novel kepada kakak sebagai tanda sayang terhadap anak sulungnya.
menghadiahi
menghadiahkan
Khairul ingkar nasihat ayahnya supaya dia tidak ........... dengan budak-budak nakal.
menggaul
bergaul
Bantuan .......... sekolah seperti beg dan uniform telah diserahkan kepada anak-anak mangsa banjir itu.
perlengkapan
kelengkapan
Gadis manis yang .......... baju berwarna merah dan berambut keriting itu berasal dari pedalaman Sabah.
berpakai
memakai
Ombak laut yang semakin........... telah menyukarkan kami untuk merealisasikan cita-cita sebagai rakyat pertama negara menyeberangi selat tersebut.
menggila
mengila
Pelawat-pelawat begitu kagum melihat reka bentuk Pusat Sains Negara semasa.............di luar mahupun di dalam bangunan itu.
berada
diadakan
Langkah-langkah kerajaan meminimumkan jumlah pekerja asing di Malaysia yang semakin........... dari semasa ke semasa disokong oleh masyarakat.
bertambah
menambah
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang menghimpunkan ............ ilmiah tentang bahasa , sastera dan kebudayaan.
pengajian
kajian
Pengurusan sesebuah organisasi akan berjaya jika ............ secara profesional dan berintegriti.
dikendali
dikendalikan
............ plaza tol itu akan dijalankan secara beperingkat -peringkat demi keselamatan pengguna lebuh raya.
Pengrobohan
Perobohan
Sektor akukultur telah...........sebagai pengeluar bahan makanan dan menjadi salah satu sumber pendapatan negara kita.
berkembang
mengembang
Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kopitiam yang sangat popular itu sebelum ........... lawatan ke Pulau Pinang.
memulakan
memulai
Gelandangan yang berpakaian compang-camping itu menarik ............. orang ramai yang berada di situ.
perhatian
pemerhatian
Rakyat Malaysia ternyata kurang ........... dan beriadah , seyogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.
bersenam
senam
Golongan remaja terangsang ............. Internet kerana tarikannya lebih menyeronokkan berbanding gajet-gajet yang lain.
melayar
melayari
kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena ini kerana budaya hedonisme di Internet akan ............ kepentingan pelajaran anak-anak.
melalaikan
melalai
kami memerlukan tandatangan tuan untuk meluluskan ............tuntutan yang telah lama tertangguh.
pohonan
permohonan
Bidang ekopelanconganmampu dimajukan kerana...........sumber alam semula jadi di negara ini.
mengayakan
kekayaan
Bas ekspres yang membawa pelancong dari luar negara itu bergerak ke destinasi yang telah ............
dikenal pasti
menegnal pasti
dalam konteks pendidikan di negara ini, guru ........... keberkesanan pembelajaran murid.
mempengaruhi
pengaruhi
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa lulusan Kolej Vokasional perlu merebut peluang untuk bersaing dalam industri ...........dan menjadi pemangkin kepada negara berpendapatan tinggi.
perkerjaan
pekerjaan
Ketokohan Aminuddin baki, Bapa ................Negara diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh UNESCO.
Pendidikan
Pendidik
Persatuan Kebudayaan telah ............ pertandingan permainan tradisional semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
merancang
perancangan
Guru telah memberi isyarat kepada ketua kumpulan untuk...........perbincangan kerja kursus itu.
memulakan
bermulakan
Akauntan itu diminta membuat laporan kewangan syarikat untuk .............dalam mesyuarat nanti
dibentang
dibentangkan
.............. sering dibuat terhadap kakitangan awam agar sentiasa bersifat mesra di kaunter-kaunter apabila berurusan dengan pelanggan
Ingatan
Peringatan
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa mereka tidak harus............. sentimen negatif memporakperandakan persepakatan yang terjalin antara masyarakat berbilang kaum sejak sekian lama.
membiarkan
dibiarkan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah............ program yang membolehkan siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi.
melaksanakan
laksanakan
Pada peringkat yang lebih atas dan lebih berautoriti sudah pun ada kedengaran bahawa permasalahan tersebut akan............ perhatian segera dan menyeluruh.
diberi
diberikan
Kementerian Pendidikan menyahut kenyataan tersebut dengan segera turun padang mengikut prosedur pengendalian standard yang telah sedia ada seperti menghantar pegawai untuk............. dengan guru .
dijumpakan
berjumpa
Setiap penduduk sesebuah taman perumahan harus ...........masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama demi mengukuhkan tali silaturahim
meluangkan
meluang
Syarikat automotif yang diusahakan oleh Puan Juliani telah beroperasi semenjak tahun 1998 dan berjaya mencapai ..........jualan sebanyak 95 peratus pada tahun lalu.
sasar
sasaran
Tuan Haji Ibrahim bercadang mengadakan janji temu dengan doktor gigi untuk membuat...........gusinya yang sering sakit.
perawatan
rawatan
