Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 1 KEKELUARGAAN TING 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat dua bentuk komunikasi dalam keluarga iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Komunikasi verbal didefinisikan sebagai

a)

proses komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan mesej kepada penerima.

b)

proses komunikasi menggunakan bahasa isyarat.

c)

proses komunikasi melibatkan gerak tubuh.

d)

proses komunikasi melibatkan gerakan tangan dan kaki.

3.

Komunikasi bukan verbal seperti

a)

komunikasi secara langsung dalam bilik darjah.

b)

komunikasi menggunakan telefon secara dalam talian.

c)

ekspresi wajah, menggunakan anggota badan lain seperti mata, tangan, senyuman dan bersalaman yang merupakan salah satu cara berinteraksi.

d)

bercakap dengan seseorang ketika menunggu bas.

4.

Komunikasi dalam sesebuah keluarga penting untuk mewujudkan kefahaman dan sikap toleransi dalam keluarga. Berikut cara meningkatkan hubungan kekeluargaan KECUALI

a)

Rekreasi

b)

Menjalin ikatan kekeluargaan

c)

Mewujudkan masa berkualiti

d)

Menyendiri dalam bilik tidur.

5.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketegangan dalam keluarga seperti:

a)

Keganasan Rumah Tangga

b)

Kepincangan Keluarga

c)

Bertolak ansur

d)

Perceraian

6.

Ibu atau bapa tunggal terpaksa menjaga anak secara bersendirian. Bebanan menguruskan anak dan bekerja membuatkan mereka tertekan. Tekanan akan menyebabkan hubungan dengan anak menjadi tegang.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Kahwin kontrak bermaksud menetapkan tempoh waktu dalam sesuatu perkahwinan. Hal ini membawa banyak masalah seperti hubungan kekeluargaan, hak penjagaan anak selepas habis kontrak, pembahagian harta pusaka dan tanggungjawab suami terhadap isterinya.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Kesan daripada perceraian menyebabkan anak-anak kekurangan kasih sayang dan tertekan kerana terpaksa berpisah daripada ibu atau bapa. Suami atau isteri yang bercerai juga mempunyai emosi yang tidak stabil.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Keganasan rumah tangga melibatkan penderaan secara fizikal, mental, emosi, seksual dan spiritual.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Cara mengatasi ketegangan perhubungan dalam keluarga

a)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

b)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

c)

Menjadi keluarga yang penyayang

d)

Mengutamakan pendidikan

11.

Berikut merupakan aktiviti menjadikan keluarga yang bahagia dan harmoni KECUALI

a)

Aktiviti riadah

b)

Aktiviti keagamaan

c)

Bersukan

d)

Bersuka ria di kelab malam

12.

'Menyediakan peluang untuk anak melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.'

Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

13.

'Meluangkan masa untuk berbual bersama seisi keluarga supaya ikatan kekeluargaan menjadi erat.'

Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

14.

Yang manakah BUKAN tujuan perkahwinan?

a)

Melahirkan zuriat

b)

Membentuk institusi keluarga

c)

Dapat mewujudkan pertalian antara saudara mara

15.

Jika kita tidak mampu untuk menegur kesilapan adik beradik kita melakukan kesalahan. apakah yang perlu kita lakukan?

a)

membiarkan sahaja

b)

melaporkan kesalahan tersebut kepada ibu bapa

c)

meninggikan suara