wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan mental dan emosi

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Maksud kemurungan ialah...

a)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah fizikal.

b)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah organ.

c)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah mental.

2.

Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan kecuali...

a)

Tabiat pemakanan yang tidak normal

b)

Gembira bersosial bersama rakan - rakan

c)

Memiliki perasaan dan pemikiran yang negatif

d)

Kelihatan letih dan kurang bertenaga

3.

Terdapat tujuh jenis kemurungan yang dapat dikenal pasti. Salah satunya adalah...

a)

Verpolar

b)

Tripolar

c)

Bipolar

d)

Dyspolar

4.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan seperti berikut kecuali..

a)

gagal dalam pelajaran

b)

tiada trauma psikologi atau emosi

c)

masalah keluarga

d)

hilang anggota badan akibat kemalangan atau penyakit

5.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai ......... juta rakyat atau kira - kira 29.2 peratus penduduk yang berusia 16 tahun ke atas mengalamai masalah mental.

a)

13.3

b)

6.9

c)

4.2

d)

1.3

6.

Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...

a)

Lalai dan tidak patuh ajaran agama

b)

Kurang tidur dan tidak berselera makan

c)

Sentiasa berfikiran negatif

d)

Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat

7.

Anda mendapati rakan baharu yang berpindah ke sekolah anda sentiasa berdiam diri semasa berada di dalam kelas dan jarang bergaul dengan orang lain. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi mengetahui masalah dirinya?

a)

Bertegur sapa dengannya semata-mata

b)

Membiarkan sahaja kerana itu adalah personaliti dirinya

c)

Berhadapan dengannya dan mula menyoal siasat

d)

Membantu dirinya dengan menghulurkan salam persahabatan terlebih dahulu

8.

Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?

a)

Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain

b)

Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing

c)

Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin

d)

Memarahinya kembali

9.

Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?

a)

Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya

b)

Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda

c)

Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu

d)

Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian

10.

Thor adalah seorang atlet rumah sukan yang aktif dan sentiasa bersikap ceria di sekolah. Pada suatu hari, anda mendapat tahu bahawa dia ingin lari dari rumahnya kerana dirinya stress dan menceritakan niatnya kepada anda.


Apakah jalan penyelesaian yang kamu boleh cadangkan kepada Thor?

a)

Mencadangkan agar dia tinggal di rumah kamu

b)

Membantu dirinya lari daripada rumah dengan memberikan sedikit wang

c)

Menyarankan dirinya agar menceritakan masalah kepada guru kaunseling

d)

Menasihati dirnya ala kadar kerana kamu tahu dia hanya meluahkan rasa sahaja

11.

Setiap kali mendapat hasil keputusan peperiksaan, Vivy akan mengambil tindakan untuk mengoyak kertas peperiksaannya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Adakah Vivy menunjukkan ciri-ciri kemurungan?

a)

Tidak,ini adalah perkara normal

b)

Ya, ini adalah salah satu tanda-tanda kemurungan

12.

Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?

a)

Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia

b)

Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi

13.

Kamu terbaca luahan hati rakan kamu yang ditulis di atas meja mengenai perasaan cintanya yang ditolak. Kata-kata yang ditulis menunjukkan tanda kemurungan pada rakan kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu dirinya?

a)

Mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang itu memandangkan dia tidak berminat dengan rakan kamu

b)

Menyiasat hal ini menerusi penerokaan yang kamu buat di media sosial

c)

Menyarankan dirinya agar melakukan perkara yang disukai dan melupakan perkara buruk itu

d)

Mengejek dirinya kerana cintanya ditolak di laman sosial

14.

William gemar menjerit di dalam kelas secara tiba-tiba. Sikapnya juga kadangkala berubah-ubah mengikut mood. Kamu juga pernah terlihat dirinya bercakap seorang diri sambil menulis nota. Pada pendapat kamu, mengapa William bersikap begitu?

a)

Dia adalah seorang rakan yang suka meminta perhatian

b)

Personalitinya memang sebegitu sejak berpindah ke kelas lain

c)

Dia menunjukkan tanda - tanda kemurungan

d)

Perangai William itu normal kerana hanya berlaku sekali-sekala sahaja

15.

Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid. Antaranya ialah seperti berikut kecuali...

a)

Membuat hebahan di media sosial mengenai kempen dan publisiti mengawal kemurungan

b)

Mewara-warakan talian bantuan yang boleh dihubungi jika seseorang mengalami tanda- tanda kemurungan

c)

Memasukkan orang yang mengalami kemurungan ke Hospital Sakit Jiwa tanpa sebarang saringan dan bantuan

d)

Membantu orang yang mengalami kemurungan dengan menjalankan forum atau aktiviti luar yang sesuai

16.

_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat

a)

KONFLIK

b)

STRES

c)

BIMBANG

17.

Pernyataan manakah BUKAN Cara menangani konflik?

a)

Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor

b)

Berbincang untuk menyelesaikan masalah

c)

Tidak bersabar

d)

Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

e)

Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu

18.

Konflik dan stres perlu diurus dengan bijak. Jika perlu, dapatkan bantuan daripada:

i. ahli keluarga

ii. guru kaunseling

iii. rakan

iv. musuh

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

iii dan iv

19.

Konflik bermaksud

a)

Situasi seseorang yang mempunyai persepsi bahawa terdapat pihak lain yang bersetuju dengan tindakan yang dibuat

b)

Situasi seseorang yang mempunyai persepsi bahawa terdapat pihak lain yang cuba menentang tindakan yang diambil

20.

Berikut ialah contoh keadaan stres yang dialami oleh seorang remaja kecuali

a)

Dibuli oleh rakan sekelas

b)

Remaja perempuan dipandang serong kerana bermain futsal

c)

Gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis

d)

Berbeza pendapat dengan ibu bapa

21.

Sekiranya anda mengalami stres, apakah yang tidak patut anda lakukan?

a)

Berehat dengan secukupnya

b)

Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

c)

Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa

d)

Mengambil bahan terlarang seperti alkohol atau dadah

22.

Berikut merupakan Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri KECUALI

a)

Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah

b)

Kecewa serta cepat naik darah dan marah

c)

Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.

d)

Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan

23.

Kemurungan atau “major depressive disorder"


Yang manakah benar berkaitan kemurungan?

a)

Kemurungan tidak boleh mempengaruhi emosi, sikap dan cara berfikir seseorang.

b)

Penyakit mental yan kerap berlaku dalam kalangan masyarakat

dan memberi kesan negatif kepada seseorang termasuk pelajar

c)

Tidak menjejaskan kehidupan harian yang normal dari segi perasaan, tingkah laku, pemikiran

d)

Serta menyebabkan individu berasa gembira dan minat terhadap aktiviti yang disukai.

24.

Berikut merupakan Tanda-tanda Kemurungan kecuali ____________

a)

Kelihatan letih dan kurang bertenaga semasa melakukan aktiviti harian

b)

Perasaan dan pemikiran negatif

c)

Tabiat pemakanan yang normal

d)

Kurang tumpuan

e)

Hilang keinginan untuk bersosial

25.

Amalan gaya hidup sihat ini dapat mengelakkan kemurungan antaranya

a)
b)
c)
d)