NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPK - KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA TINGKATAN 5
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Name
Class
Date
1.
Berikut merupakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan KECUALI
a)
Ujian air kencing
b)
Ujian tekanan darah
c)
Pemeriksaan secara teratur
d)
Pemeriksaan sendiri payudara dan testis
2.
Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?
a)
Teleskop
b)
Termometer
c)
Sfigmomanometer
d)
Elektrokardiogram
3.
Apakah penyebab utama penyakit diabetes?
a)
Mengambil pil pelangsing
b)
Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
c)
Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
d)
Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
4.
Apakah fungsi alat ECG?
a)
Mengesan penyakit asma
b)
Mengesan penyakit jantung
c)
Mengesan penyakit diabetes
d)
Mengesan penyakit buah pinggang
5.
Berikut merupakan tanda-tanda awal kanser payudara KECUALI
a)
Perubahan puting tertarik masuk ke dalam
b)
Payudara membengkak dan suhu badan meningkat
c)
Terdapat benjolan pada payudara atau di bawah ketiak.
d)
Perubahan yang luar biasa pada bentuk dan saiz payudara
6.
Apakah ujian untuk mengesan kanser pangkal rahim?
a)
Ujian payu dara
b)
Ujian Pap Smear
c)
Ujian air kencing
d)
Ujian tekanan darah
7.
Bagaimanakah cara ujian mengesan kanser pangkal rahim?
a)
Mengambil contoh air kencing
b)
Mengambil contoh darah di pangkal rahim
c)
Mengambil contoh lendir di pangkal rahim
d)
Mengambil contoh mukus di pangkal rahim
8.
Antara yang berikut yang manakah masalah kecacatan fizikal?
a)
Jerawat
Kurang upaya
Kurang upaya
b)
Kurang upaya
Jantung berlubang
Jantung berlubang
c)
Jantung berlubang Keabnormalan ortopedik
d)
Jerawat
Keabnormalan ortopedik
Keabnormalan ortopedik
9.
Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan muka ditumbuhi jerawat KECUALI
a)
Bahan kimia
b)
Makanan yang berminyak
c)
Terdedah kepada sinaran matahari
d)
Mengamalkan rutin pembersihan muka
10.
Bagaimanakah seseorang individu boleh menjaga kesihatan diri?
a)
Menyuntik hormon
b)
Makanan yang tidak seimbang
c)
Makan makanan secara berlebihan
d)
Mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang
11.
Apakah aktiviti fizikal yang diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan?
a)
Menyertai sukan lasak
b)
Membuat pemeriksaan sendiri
c)
Mengamalkan makanan yang seimbang
d)
Membuat ujian-ujian saringan kesihatan
12.
Apakah maksud poligami?
a)
Berkahwin di luar negeri
b)
Berkahwin dengan syarat
c)
Berkahwin lebih daripada seorang
d)
Berkahwin dalam tempoh tertentu
13.
Bagaimanakah cara mengesahkan sesuatu perceraian?
a)
Tidak tinggal sebumbung
b)
Melafazkan melalui telefon
c)
Perbalahan antara ahli keluarga
d)
Perpisahan atau membubarkan ikatan secara rasmi di mahkamah
14.
Apakah punca penyakit diabetis?
a)
Kegagalan nutrient menghasilkan tenaga
b)
Kegagalan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh
c)
Kegagalan udara yang beroksigen ke dalam saluran darah
d)
Kegagalan organ pankreas merembeskan insulin mengawal glukosa
15.
Berapakah tekanan darah yang normal?
a)
170/90 mmHg
b)
160/95 mmHg
c)
120/70 mmHg
d)
110/80 mmHg
16.
Vitamin boleh dibahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Vitamin larut air ialah
a)
vitamin A
b)
vitamin B
c)
vitamin D
d)
vitamin K
17.
Sumber vitamin D yang paling mudah didapati ialah
a)
bijirin
b)
buah-buahan
c)
sayur-sayuran
d)
cahaya matahari
18.
Vitamin E boleh mengelakkan kemandulan. Vitamin E boleh didapati dari sumber
a)
bijirin
b)
tongkat ali
c)
kacip fatimah
d)
minyak kelapa sawit
19.
Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan penyakit
a)
rikets
b)
anemia
c)
beri-beri
d)
rabun malam
20.
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber utama vitamin C. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan
a)
rabun malam dan kulit bersisik
b)
gusi berdarah dan luka lambat sembuh
c)
penyakit beri-beri dan hilang selera makan
d)
kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein berkurangan
21.
Mineral yang paling penting dalam pembentukan sel darah merah
a)
ferum
b)
kalsium
c)
fosforus
d)
magnesium
22.
Penyakit beguk dan kekurangan hormone tiroid boleh disebabkan oleh kekurangan garam mineral
a)
iodin
b)
kalium
c)
florida
d)
magnesium
Reset
