Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI SEMESTER 2 : SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang manakah aliran wang bagi ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan?

a)

Penerimaan faktor pengeluaran oleh firma

b)

Penerimaan pendapatan faktor oleh isi rumah

c)

Penerimaan pendapatan eksport dari negeri asing

d)

Pengeluaran barang dan perkhidmatan kepada isi rumah

2.

Jika kadar pengangguran ialah 6.4%,berapakah jumlah guna tenaga pada tahun tersebut?

a)

6.60 juta orang

b)

6.92 juta orang

c)

7.18 juta orang

d)

7.50 juta orang

3.

Berapakah kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2009?

a)

-0.3%

b)

-2.8%

c)

-3.0%

d)

-5.0%

4.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar benar per kapita lebih sesuai digunakan sebagai alat pengukur

a)

susut nilai keluaran

b)

pertumbuhan ekonomi

c)

tingkat kebajikan rakyat

d)

keberkesanan dasar kerajaan

5.

Antara berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam penghitungan pendapatan negara?

a)

Pengumpulan data

b)

Penghitungan dua kali

c)

Penjumlahan penduduk

d)

Pewujudan barang haram

6.

Nilai keluaran firma Thailand yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam pengiraan

a)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand

b)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia

c)

Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia

d)

Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Thailand

7.

Dalam sebuah ekonomi dua sektor,keseimbangan pendapatan negara berlaku pada tingkat pendapatan RM 500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6, kemasukkan pelaburan asing sebanyak RM 50 juta akan menyebabkan pendapatan negara bertambah menjadi

a)

RM 530 juta

b)

RM 550 juta

c)

RM 625 juta

d)

RM 750 juta

8.

Berapakah nilai perbelanjaan penggunaan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM100 juta?

a)

RM 30 juta

b)

RM 40 juta

c)

RM 80 juta

d)

RM 100 juta

9.

Yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi penawaran agregat?

a)

Perubahan kemahiran buruh

b)

Perubahan teknologi pengeluaran

c)

Perubahan cukai keuntungan syarikat

d)

Perubahan harga minyak mentah dunia

10.

Peralihan keluk penawaran agregat ke kanan melebihi peralihan keluk permintaan agregat ke kiri akan menyebabkan

a)

Harga umum jatuh,keluaran Negara benar berkurang

b)

Harga umum jatuh, keluaran Negara benar bertambah

c)

Harga umum meningkat, keluaran Negara benar berkurang

d)

Harga umum meningkat, keluaran Negara benar bertambah

11.

Peningkatan pelaburan asing menyebabkan keluk AD beralih dari AD0 ke AD1. Pada harga P0 berlaku

a)

lebihan inventori dan menyebabkan harga menurun

b)

lebihan inventori dan menyebabkan harga meningkat

c)

kurangan inventori dan menyebabkan harga menurun

d)

kurangan inventori dan menyebabkan harga meningkat

12.

Lebihan permintaan agregat dalam proses keseimbangan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) akan menyebabkan peningkatan

a)

guna tenaga

b)

harga umum

c)

pengangguran

d)

pendapatan negara

13.

Menurut Toeri Kuantiti Wang, peningkatan penawaran wang kepada RM 650 juta menyebabkan harga meningkat daripada RM 20.00 kepada

a)

RM 21.20

b)

RM 23.00

c)

RM 24.00

d)

RM 26.00

14.

Pada kadar bunga r0 permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan ialah RM 1500 dan permintaan wang untuk spekulasi ialah RM 1000. Peningkatan kadar bunga kepada r1 menyebabkan permintaan wang untuk tujuan spekulasi berkurang kepada RM 200. Berapakah jumlah permintaan wang di pasaran pada kadar bunga r1?

a)

RM 800

b)

RM 1 500

c)

RM 1 700

d)

RM 2 300

15.

Sekiranya nisbah rizab diturunkan daripada 30 % kepada 20 %, berapakah pertambahan pinjaman yang boleh dicipta dalam peringkat kedua?

a)

RM 500 juta

b)

RM 720 juta

c)

RM 2 500 juta

d)

RM 15 000 juta

16.

Tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan menyebabkan

a)

penawaran wang,kadar bunga,pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan menurun

b)

penawaran wang,kadar bunga,pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan meningkat

c)

penawaran wang bertambah,kadar bunga menurun, pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan meningkat

d)

penawaran wang menurun,kadar bunga meningkat, pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan menurun

17.

Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang berikut, kecuali

a)

memperluaskan pasaran

b)

mempelbagaikan pilihan pengguna

c)

mencapai tingkat guna tenaga penuh

d)

memperoleh faedah daripada pengkhususan

18.

Sekiranya titik G ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa, negara ini akan

a)

mengimport 4 juta unit pakaian

b)

mengimport 6 juta unit pakaian

c)

mengeksport 4 juta unit pakaian

d)

mengeksport 6 juta unit pakaian

19.

Pelaksanaan tarif menyebabkan harga meningkat dari P1 ke P2. Berapakah jumlah hasil kerajaan selepas tarif?

a)

P2 x Q2

b)

P2 x Q1Q2

c)

P1P2 x Q0Q3

d)

P1P2 x Q1Q2

20.

Aset rizab bernilai positif kesan daripada

a)

lebihan akaun kewangan

b)

kurangan imbangan dagangan

c)

lebihan imbangan perkhidmatan

d)

kurangan imbangan keseluruhan