WorksheetsPENJAGAAN DAN KESELAMATAN DIRI. (V1)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kita mestilah mengelakkan diri daripada .... ?
Orang yang dikenali
Orang yang ingin berdakwah
orang yang tidak dikenali menyentuh
Ditunjukkan gambar kaabah
Salah satu aspek kehormatan diri ialah keselamatan diri. Oleh itu, kita hendaklah ___________.
A. berkongsi pakaian, tuala atau sikat dengan orang lain.
B. keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa
C. memakai pakaian bersih dan tidak mencolok mata
D berkongsi cerita perkara yang tidak baik
Menghadkan batasan sentuhan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dapat memupuk sikap saling ________________ antara satu sama lain.
mencemburui
menyalahkan
menghormati
membenci
Memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata dalam khalayak ramai menunjukkan seseorang perempuan itu menghormati dirinya sendiri dan ____________________ .
abang
saudara mara
masyarakat.
jiran
Apakah akibat jika seseorang tidak menjaga kehormatan diri?
Disanjung oleh masyarakat
Masa depan cerah
Mempunyai ramai kawan
Dipandang serong
Organ ___________________ merupakan organ yang perlu dijaga dari aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
deria
seksual
dalaman
penglihatan
Antara berikut yang manakah bukan kepentingan menjaga kehormatan anggota seksual diri sendiri dan orang lain ialah
melahirkan masyarakat yang sejahtera dan aman
meningkatkan keyakinan diri
mendatangkan kemudaratan pada diri
mudah bergaul dengan semua orang
Antara berikut yang manakah kepentingan menjaga kehormatan anggota Seksual Diri Sendiri dan Orang Lain
Mudah bergaul dengan semua orang
Sukar mendapat kawan
Dipandang serong oleh masyarakat
Mencemarkan maruah diri
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan inhalan?
bahan yang mengandungi karbon dioksida yang boleh disedut menerusi pernafasan
bahan yang mempunyai bahan kimia yang boleh diminum
bahan yang mengandungi bahan kimia yang boleh disedut melalui pernafasan
bahan yang mengandungi oksigen untuk disedut melalui pernafasan
Berikut merupakan bahan inhalan kecuali....
gam paip
cecair pemadam
petrol
syampu rambut
Apakah kesan jangka panjang penyalahgunaan bahan inhalan?
kerosakan hati
pengsan
otot menjadi lemah
hilang kawalan pergerakan
_________ ialah sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan melalui perkahwinan, pertalian darah atau anak angkat.
Keluarga
Sahabat
Musuh
Tentera
Faiz mengaku salah kepada Nifail kerana telah merosakan basikal Nifail walaupun Nifail tidak menyedari perbuatan Faiz tersebut. Antara berikut manakah Nilai persahabatan yang sihat yang ditunjukkan Faiz?
Inginkan yang terbaik bagi satu samalain
simpati dan empati
kejujuran
saling memahami
Ali melihat Abu dan John melakukan perkara ini. Apa tindakan yang boleh dilakukan oleh Ali?
melaporkan kepada guru
membantu Abu dan John
belasah Abu dan John
memaki Abu dan John
Kelly mencuri dompet Cikgu Zain. Perkara ini dilihat oleh Noni. Apakah tindakan wajar yang boleh dilakukan Noni?
menasihati Kelly
membantu Kelly
memaki Kelly
mengabaikan Kelly
Apakah perkataan yang sesuai yang diucapkan kepada rakan kita yang mengajak untuk menyalahgunakan bahan inhalan.
"jom"
"boleh juga"
"seronok tak?"
"tidak!"
Apakah kesan penyalahgunaan bahan inhalan kepada manusia?
Kegembiraan
Kematian
Kebahagiaan
Kesedihan
Apakah tindakan yang sesuai jika ada rakan membawa sesuatu yang berbahaya seperti pisau atau bahan inhalan ke SEKOLAH?
Laporkan kepada polis
Laporkan kepada guru
Laporkan kepada ketua kampung
Mencuba sekali sahaja
Bagaimanakah cara menjaga keselamatan diri daripada orang yang TIDAK dikenali berdasarkan gambar di atas?
Berdiam diri tidak berbuat apa-apa
Mengambil pemberian gula-gula dan belon itu dan berkongsi bersama rakan.
Menolak ajakan lelaki itu dan lari masuk ke sekolah serta memberitahu guru
Mengajak bergambar
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?
Membaca bersama-sama
Membuang majalah tersebut
Mengambil dan menyimpan majalah tersebut
Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah
