Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 2 (2.5)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

ISO merupakan badan yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard atau piawai di negara masing-masing.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Faedah-faedah ISO 9000 ialah

a)

dapat mengurangkan kesilapan sesuatu prosedur.

b)

dapat membolehkan semua staf menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

c)

dapat mendokumentasikan semua amalan pengurusan dan cara melaksanakan kerja.

d)

dapat mengenal pasti dan memperincikan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.

3.

Prinsip-prinsip ISO 9000 ialah

a)

Standard hanya mengkhusus kepada pengurusan kualiti yang diamalkan oleh organisasi.

b)

Standard menekankan kepada pencegahan berlakunya sesuatu masalah dan ketidakpatuhan.

c)

Standard bersifat khusus dan mempunyai elemen asas kualiti.

d)

Standard tidak memerlukan organisasi mendokumenkan proses kerja kritikal, patuh kepada proses dan pembuktian kepada kepatuhan.

4.

Standard yang menekankan aspek pencegahan daripada pemulihan dan skopnya adalah terhad kepada satu-satu proses pengeluaran.

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

5.

Standard yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan dan piawai yang merangkumi 20 aspek program kualiti.

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

6.

Standard yang memberikan garis panduan mengenai taksiran terhadap kepiawaian kualiti produk bagi menjayakan sesuatu prosedur.

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

7.

Standard yang merangkumi aspek kualiti seperti dalam ISO 9001 tetapi lebih mengkhusus pada penghasilan reka bentuk untuk pelanggan dan reka bentuk bagi tujuan pemasangan dan pengeluaran di lokasi lain.

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

8.

TQM adalah proses pengurusan kualiti yang berasaskan kualiti dan berorientasikan pelanggan, penambahbaikan berterusan dan penglibatan semua pekerja dan proses dalam organisasi.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Antara objektif-objektif TQM ialah

a)

memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang lebih baik.

b)

menghasilkan output tanpa cacat (zero defect).

c)

meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif.

d)

meningkatkan keberkesanan dengan menghasilkan output yang sentiasa tepat (right the first time).

10.

Berikut merupakan prinsip-prinsip dalam TQM, kecuali

a)

Proses penambahbaikan kualiti yang berterusan.

b)

Menekankan tindakan pencegahan.

c)

Pendekatan kerja perseorangan.

d)

Memfokuskan kepada kehendak pelanggan.

11.

Proses mereka bentuk semula proses utama yang penting dan proses yang kritikal dalam sistem pengeluaran.

a)

Merekayasa

b)

CAD & CAM

c)

CIM

d)

Sistem Pembuatan Luwes

12.

Sistem kawalan proses pengeluaran yang menggunakan mesin.

a)

Merekayasa

b)

CAD & CAM

c)

CIM

d)

Sistem Pembuatan Luwes

13.

Sistem pembuatan yang menggunakan alat bantuan komputer sebagai alat kawalan dan automasi. Gabungan antara CAD dengan CAM.

a)

Merekayasa

b)

CAD & CAM

c)

CIM

d)

Sistem Pembuatan Luwes

14.

Sistem perisian grafik komputer untuk reka bentuk produk dengan menggunakan komputer dan teknologi robotik dalam proses pengeluaran produk.

a)

Merekayasa

b)

CAD & CAM

c)

CIM

d)

Sistem Pembuatan Luwes

15.

Objektif Sistem Pengeluaran Merekayasa ialah

a)

dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta berkualiti kepada pelanggan.

b)

dapat meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan.

c)

dapat mengurangkan aktiviti atau proses kerja yang tidak mendatangkan hasil.

d)

dapat mengenal pasti proses yang dapat meningkatkan kecekapan proses pengeluaran dan perkhidmatan kepada pelanggan.

16.

Objektif Sistem Pengeluaran CAD & CAM ialah

a)

dapat memudahkan proses mereka bentuk, penyemakan dan pengubahsuaian reka bentuk produk mengikut kehendak pelanggan.

b)

dapat menjimatkan masa.

c)

dapat memastikan produk yang dihasilkan adalah tepat.

17.

Kebaikan Sistem Pengeluaran CIM ialah memberikan firma kelebihan dalam persaingan dengan bergantung pada kepantasan, fleksibel, kualiti dan kos yang rendah.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Antara kebaikan-kebaikan Sistem Pengeluaran Merekayasa ialah

a)

dapat memuaskan kehendak pelanggan.

b)

dapat meningkatkan kecekapan dengan mereka bentuk semula proses asas kerja.

c)

dapat meningkatkan kualiti, keuntungan dan kos.

d)

dapat mengubah pemikiran pengurus.

19.

Antara kebaikan-kebaikan Sistem Pengeluaran CAD & CAM ialah

a)

dapat memendekkan masa untuk mereka bentuk produk yang baharu.

b)

dapat memudahkan penyemakan dan pengubahsuaian reka bentuk.

c)

dapat menjamin kualiti produk dan meningkatkan keuntungan.

d)

dapat memperbaiki teknologi pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.

e)

dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

20.

Sistem Pembuatan Luwes mampu mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti secara konsisten. Namun begitu, penggunaan sistem ini memerlukan perbelanjaan modal yang besar dan perancangan yang rapi.

a)

BETUL

b)

SALAH