wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PECUTAN AKHIR 1

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Huraikan dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan (decision maker).

a)

Usahawan - meningkatkan perniagaan dengan menjana dan memilih idea-idea baharu

b)

Jurucakap - menyampaikan maklumat kepada pihak luar organisasi

c)

Ketua/Pemimpin - mengarah dan menyelaraskan aktiviti pekerja

d)

Perunding - juru runding organisasi dengan pembekal, pemodal, kerajaan dan kesatuan sekerja

2.

Terangkan konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasaraya.

a)

Keberkesanan - melakukan kerja dengan betul (do the things right)

b)

Kecekapan - melakukan kerja yang betul (do the right things)

c)

Keberkesanan - Pengurusan mempunyai sistem susun atur barangan di rak-rak dan sistem pelabelan yang sistematik mampu meningkatkan jualan agar matlamat organisasi dapat dicapai.

d)

Kecekapan - Pengurusan dapat memastikan pelanggan atau pekerja mencari barangan di rak-rak dengan mudah dan cepat dengan adanya sistem susun atur dan pelabelan barangan yang baik

3.

1. Huraikan konsep perorganisasian yang berikut dalam syarikat pengangkutan awam iaitu rantaian arahan, pemusatan autoriti dan pemencaran autoriti

a)

Rantaian arahan - merujuk kepada bilangan pekerja bawahan yang melapor terus hasil kerja kepada pengurus.

b)

Pemencaran autoriti -segala pembuatan keputusan mengenai aktiviti di syarikat pengangkutan awam hanya dibuat oleh pengurus peringkat atasan.

c)

Pemusatan autoriti- tugas mengenai jadual pemandu dan haluan perkhidmatan hanya dibuat oleh pengurus atasan sahaja.

d)

Pemencaran autoriti - tugas menyediakan jadual pemandu dan laluan perkhidmatan didelegasikan oleh pengurusan peringkat atasan kepada peringkat penyelia.

e)

Rantaian arahan - Pengurus Besar syarikat pengangkutan awan memberi arahan kepada pengurus pemasaran pengangkutan awam untuk menyelia dan memantau para petugas bahagian penjualan tiket.

4.

Nyatakan proses kawalan dalam perniagaan.

a)

menetapkan piawaian - mengukur pencapaian - membandingkan standard dengan pencapaian - membuat langkah pembetulan

b)

menetapkan standard - menilai pencapaian - membandingkan pencapaian dengan piawai - mengambil langkah penambahbaikan

c)

menetapkan standard - mengukur pencapaian - membandingkan pencapaian dengan standard - membuat langkah pembetulan

d)

menetapkan standard - mengukur pencapaian - membuat perbandingan pencapaian dan piawaian - membuat langkah pembetulan/penambahbaikan

5.

Huraikan tiga pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan berkontrak menurut Akta Kontrak 1950.

a)

Kontrak untuk keperluan hidup

b)

Kontrak perdagangan

c)

Kontrak biasiswa

d)

Kontrak sewa beli kereta

e)

Kontrak insurans

6.

Nyatakan tiga elemen penting penerimaan.

a)

Penerimaan dibuat dengan jelas, mutlak dan tidak bersyarat.

b)

Penerimaan tidak semestinya berpadanan

c)

Penerimaan mestilah mempunyai unsur timbal balik

d)

Penerimaan mestilah dikomunikasikan

e)

Penerimaan dibuat dalam jangka masa munasabah

7.

Pilih penyataan yang betul.

Tujuan komunikasi menegak dari atas ke bawah.

a)

Kerani pemasaran melaporkan prestasi jurujual kepada Eksekutif Pemasaran.

b)

Pengurus Pemasaran memberi arahan kepada Penolong Pengurus Pemasaran

c)

Pengurus Operasi memberi amaran lisan kepada pekerja yang seringkali ponteng kerja.

d)

Penyelia Operasi mencadangkan idea kepada Pengurus Pengeluaran untuk menukarkah 3 kali syif kerja kepada 2 syif sahaja.

e)

Ketua Pegawai Eksekutif mendelegasikan visi, misi dan objektif supaya difahami oleh pekerja.

8.

Pilih jenis perniagaan e-dagang (e-commerce) yang wujud kini.

a)

PayPal, MOL

b)

G-mail, Yahoo-mail, Hot-mail

c)

Facebook, Twitter, Blog

d)

e-pay, e-shop

e)

MyEG, e-hasil, e-Aduan

9.

Maklumat tentang bilangan penumpang bagi Syarikat Bas Ekspres KKBP ialah 31, 38, 42, 38, 42, 40, 42.

Hitungkan min.

a)

36

b)

37

c)

38

d)

39

10.

Maklumat tentang bilangan penumpang bagi Syarikat Bas Ekspres KKBP ialah 31, 38, 42, 38, 42, 40, 42.

Hitungkan median.

a)

37

b)

38

c)

40

d)

42

11.

Maklumat tentang bilangan penumpang bagi Syarikat Bas Ekspres KKBP ialah 31, 38, 42, 38, 42, 40, 42.

Hitungkan julat

a)

10

b)

11

c)

12

d)

13

12.

Jelaskan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan dalam pembelian sebuah rumah untuk kegunaan keluarga

a)

Saiz rumah seperti rumah teres, berkembar dan banglo yang cukup besar untuk keperluan keluarga.

b)

Kualiti rumah yang dibeli daripada bahan binaan yang berkualiti, dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

c)

Mempunyai ciri-ciri keselamatan asas seperti mempunyai pagar dan disediakan pondok kawalan keselamatan

d)

Harga rumah yang dibeli perlu selaras dengan kemampuan keluarga tersebut.

13.

Keputusan rutin yang dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi sebagai pengasas V’ Asia Cosmetic & Healthcare.

a)

Mewujudkan banyak variasi produk yang berkualiti kepada pengguna pada harga mampu milik.

b)

Produk diformulasi khusus melalui kepakaran teknologi makanan

c)

Membuat pembelian 3 unit rumah kedai, menyewa 3 unit lagi di Shah Alam, & merancang membeli 3 unit rumah kedai di kawasan yang sama.

d)

Membuat publisiti melalui rancangan Bual Bicara JOM SINGGAH (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9),

e)

Meningkatkan kerjasama dengan 120 stokis dan 10 ribu ejen jualan seluruh negara selain jualan di toko-toko jamu.

14.

Huraikan dua klasifikasi barang dalam kontrak jualan barang-barang.

Dua klasifikasi barang dalam kontrak ialah barang sedia ada dan (a)   .

15.

Empat syarat tersirat mengikut Akta Jualan Barang-Barang 1957.

a)

Masa pembayaran

b)

Wujudnya perpindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli

c)

mengenai kualiti dan kelayakan

d)

mengenai jualan melalui sampel

e)

mengenai jualan melalui perihalan

16.

Nyatakan syarat tersirat berdasarkan situasi di bawah.

Ali mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta yang dijual melalui nama dalam geran (dokumen hak milik) merujuk kepada (a)  

17.

Membeli dan memilih barang melalui jualan melalui katalog Avon merujuk kepada syarat tersirat (a)  

18.

Jualan barang di kedai layan diri, pengguna mesti menyemak kualiti produk sebelum membeli. Syarat tersirat ini merujuk kepada (a)  

19.

Pembeli membeli barang dengan melihat sampel seperti tempahan kuih raya di bazaar Ramadhan. Situasi ini merujuk kepada syarat tersirat mengenai (a)  

20.

Kes rujukan berkaitan dengan pengecualian kepada elemen perjanjian tanpa balasan adalah batal.

a)

Preston Corp. Sdn. Bhd. lwn. Edward Leong & Ors (1982)

b)

Tan Geok Khoo & Gerald Robless lwn Paya Terubong Est. Sdn Bhd. (1988)

c)

Murugesu lwn Nadarajah (1980)

21.

Liza adalah anak yatim dan segala perbelanjaan makanan dan tempat tinggal ditanggung oleh sepupunya, Melissa dengan nilai RM4000 dalam tempoh 3 tahun. Kontrak ini berkaitan dengan....

a)

Kontrak insurans

b)

Kontrak perkahwinan

c)

Kontrak keperluan hidup

d)

Kontrak biasiswa

22.

Amran menyerahkan komputer kepada Badrul, dan Badrul membayar Amran sebanyak RM1500. Situasi inni merujuk kepada elemen...

a)

Tawaran

b)

Penerimaan

c)

Balasan

d)

Niat

e)

Ketentuan

23.

Robert adalah pemilik yang sah kereta yang hendak dijual kepada Ben dengan menyatakan jenis kereta yang dijual, harga kereta yang dijual dan cara pembayaran dalam kontrak yang dibuat. Hal iini berkaitan dengan elemen kontrak...

a)

Keupayaan

b)

Ketentuan

c)

Niat

d)

Tawaran

e)

Penerimaan

24.

Seorang kontraktor telah menyiapkan kerja pembinaan banglo David, manakala David pula menyelesaikan pembayaran kepada kontraktor tersebut sepenuhnya.

a)

Dengan persetujuan pihak berkontrak.

b)

Dengan kemungkiran kontrak

c)

Dengan pelaksanaan syarat kontrak

d)

Dengan kekecewaan kontrak

25.

Sebab-sebab kontrak boleh dilepaskan dengan tiada kemungkinan iaitu pelaksanaan kontrak tersebut menjadi mustahil

a)

Kegagalan matlamat kontrak

b)

Dengan kuat kuasa undang-undang

c)

Kematian atau ketidakupayaan seseorang

d)

Kekhilafan

e)

Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan.