wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERINGKAT SARINGAN KUIZ SEMARAK MERDEKA 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Kedudukan tempat ini yang strategik telah menjadikannya sebagai tempat yang terkenal pada abad ke 2 di bawah pemerintahan kerajaan Kedah Tua. Tempat ini dikenali sebagai?

a)

Lembah Batu Pahat

b)

Lembah Beringin

c)

Lembah Bujang

d)

Lemban Klang

2.

Penemuan candi di tempat tersebut menunjukkan kewujudan pengaruh agama _________ sejak zaman peradaban Kedah Tua.

a)

Islam

b)

Kristian

c)

Hindu

d)

Buddha

3.

Beras terbakar merupakan sebuat tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan tempat tersebut daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Di manakah tempat ini terletak?

a)

Padang Matsirat

b)

Pantai Cenang

c)

Pekan Kuah

d)

Dataran Lang

4.

Pulau Langkawi terkenal dengan lagenda seorang perempuan yang telah difitnah dan dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair bernama Deramang ketika suaminya Wan Darus keluar melawan tentera Siam. Siapakah nama perempuan tersebut?

a)

A. Tun Fatimah

b)

B. Tun Sri Lanang

c)

C. Mahsuri

d)

D. Tun Teja

5.

Menara ini menyerupai Menara Pisa di Itali. Ianya dibina pada tahun 1885 dan menjadi mercu tanda bandar ____________.

a)

Ipoh, Perak

b)

Lenggong, Perak.

c)

Teluk Intan, Perak.

d)

Bagan Datoh, Perak.

6.

Menara ini merupakan sebuah _____________ yang kemudian dijadikan menara jam. Ianya masih berdiri kukuh walaupun telah berusia lebih 100 tahun.

a)

A. Menara tinjau

b)

B. Rumah api

c)

C. Menara tangki air

d)

D. Menara kawalan

7.

Pada tahun 1915 seorang warga Scotland telah membina sebuah rumah agam untuk isterinya sebagai lambang cinta sejatinya. Ianya dibina di Batu Gajah, Perak. Rumah agam ini dikenali sebagai ____________.

a)

Kellie’s Castle

b)

Rumah Besar Kinarut

c)

Rumah agam Francis Light

d)

Scottish Mansion

8.

Binaan ini terletak di Tanjung Tualang daerah Kinta Batu Gajah, Perak yang mana suatu masa dahulu amat dikenali dengan operasi melombong bijih timah berskala besar. Apakah nama binaan ini?

a)

Rumah Terapung

b)

Kilang Bijih Timah

c)

Kapal Korek

d)

Menara kawalan

9.

Bangunan ini merupakan mercu tanda Bandar Kuala Lumpur yang terletak di Dataran Merdeka. Bangunan ini dikenali sebagai _______________.

a)

Bangunan Sultan Abdul Samad

b)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

c)

Bangunan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Bangunan Kemerdekaan

10.

Tempat ini merupakan tempat stategik kerana posisinya yang terletak di kuala sungai Selangor dan pada akhir abad ke 18 dan ke 19, bukit ini dijadikan sebagai markas utama dalam usaha membanteras kemaraan Belanda. Tempai ini dikenali sebagai _____________.

a)

Bukit Maxwell

b)

Bukit Antarabangsa

c)

Bukit Broga

d)

Bukit Melawati

11.

Masjid ini merupakan mercu tanda bandar ________________.

a)

Shah Alam

b)

Klang

c)

Kuala Selangor

d)

Gombak

12.

Muzium Instu Jugra merupakan tempat bersejarah di Selangor. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad ianya di kenali sebagai _______________.

a)

Penjara Jugra

b)

Rumah Agam Jugra

c)

Balai Polis Jugra

d)

Mahkamah Jugra

13.

Nama negeri Melaka diambil dari nama __________.

a)

Buah Melaka

b)

Pohon Melaka

c)

Tasik Melaka

d)

Gua Melaka

14.

Pengasas Negeri Melaka ialah ______________.

a)

Majapahit

b)

Srivijaya

c)

Parameswara

d)

Langkasuka

15.

___________ merupakan ikon Pelancongan negeri Melaka. Ianya dibina pada tahun 1511 di bawah arahan Alfonso de Albuquerque.

a)

Kota A Famosa

b)

Gereja St. John

c)

The Stadhuys

d)

Jonker Walk

16.

Stadhuys dalam bahasa Belanda membawa maksud ___________.

a)

Gereja

b)

Rumah Agam

c)

Dewan Bandaraya

d)

Istana

17.

Istana Lama Seri Menanti merupakan bangunan kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keistimewaannya ia dibuat tanpa menggunakan paku. Di negeri manakah istana ini terletak?

a)

Johor

b)

Negeri Sembilan

c)

Melaka

d)

Pahang

18.

Teratak Za’ba dibina sebagai galeri untuk menyimpan dan menonjolkan beliau kepada umum sebagai seorang sasterawan serta ahli pemikir Melayu yang terkenal sekitar tahun 1940. Beliau juga dikenali sebagai____________.

a)

Peguam Za’ba

b)

Imam Za’ba

c)

Pendeta Za’ba

d)

Kapten Za’ba

19.

Tokong Kek Lok Si di bina sekitar tahun 1890 dan merupakan tokong agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di ___________.

a)

dunia

b)

Asia Barat

c)

Asia Tenggara

d)

Asia

20.

The Queen Victoria Memorial Clock Tower merupakan tugu peringatan untuk memperingati ________.

a)

Ulang tahun ke 60 pertabalan Permaisuri Victoria

b)

Ulang tahun Kemangkatan Permaisuri Victoria

c)

Ulang tahun Perkahwinan Permaisuri Victoria

d)

Ulang tahun Permaisuri Victoria

21.

Rumah Suffolk terletak di barat Georgetown, Pulau Pinang. Rumah ini sangat terkenal kerana dipercayai menjadi rumah kediaman ________ pengasas penempatan British yang pertama di Pulau Pinang.

a)

George Town

b)

Francis Light

c)

Stamford Raffles

d)

Victoria

22.

Rumah ini dibina untuk menempatkan informasi bersejarah tentang beliau sebagai Seniman Agong Negara. Siapakah beliau?

a)

A. P. Ramlee

b)

B. Nordin Ahmad

c)

C. Jins Shamsudin

d)

A. Aziz Satar

23.

Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai ________ atau Masjid Besar merupakan masjid Di Raja Negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II.

a)

Masjid Putih

b)

Masjid Bandar

c)

Masjid Sultan Zainal Abidin

d)

Masjid Kuala Terengganu

24.

Muzium Negeri Terengganu meruppakan muuzium terbesar di ________.

a)

A. Asia

b)

B. Asia Barat

c)

C. Asia Timur

d)

D. Asia Tenggara

25.

_____________ merupakan kubu pertahanan pada abad ke 18 M semasa zaman Kesultanan Melayu Terengganu.

a)

Bukit Keledang

b)

Bukit Puteri

c)

Bukit Tebuk

d)

Bukit Raja

26.

Memorial Batu Bersurat didirikan di __________ sebagai memperingati tempat pertama terjumpanya Batu Bersurat oleh penduduk kampung sekitar tahun 1887.

a)

Kampung Buloh, Kuala Berang

b)

Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

c)

Kampung Raja, Besut.

d)

Kuala Ibai

27.

Istana Tengku Long merupakan sebuah istana yang pada asalnya dibina di pinggir ____________.

a)

Sungai Terengganu, Kuala Terengganu

b)

Sungai Besut, Kg Raja, Besut

c)

Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

d)

Kuala Berang. Terengganu

28.

Pura Tanjung Sabtu merupakan sebuah kompleks rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu dan istana yang berusia 100 tahun hingga 200 tahun. Pura Tanjung membawa maksud ____________.

a)

Perkampungan Tanjung Sabtu

b)

Kompleks Tanjung Sabtu

c)

Istana Tanjung Sabtu

d)

Rumah Lama Tanjung Sabtu

29.

Masjid Tengku Tengah Zaharah ini juga di kenali sebagai ____________ pertama di Malaysia.

a)

Masjid Puteh

b)

Masjid Terapung

c)

Masjid Di Raja

d)

Masjid Sultanah

30.

Istana Balai Besar merupakan tempat bersejarah di ____________.

a)

Pahang

b)

Terengganu

c)

Perak

d)

Kelantan

31.

____________ @ Haji Mat Hassan bin Munas dilahirkan pada tahun 1853. Beliau merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British di negeri Kelantan.

a)

A. Tok Kenali

b)

B. Tok Janggut

c)

C. Mat Kilau

d)

D. Wan Mat Saman

32.

Binaan ini terletak di daerah Tumpat, yang mana suatu ketika dulu Tumpat merupakan sebuah pelabuhan yang mahsyur pada tahun 1900 M. Ianya merupakan ___________.

a)

Menara Kawalan Tumpat

b)

Rumah Api Tumpat

c)

Rumah Arang Tumpat

d)

Pejabat Operasi Pelabuhan Tumpat

33.

Jambatan Guillemard dinamakan sempena Gabenor British, Sir Laurence Gulliemard. Ianya merupakan antara jambatan tertua di Malaysia dan terletak di ________, Kelantan.

a)

Tumpat

b)

Pasir Mas

c)

Tanah Merah

d)

Machang

34.

Bank Pitis adalah bangunan tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Tujuan utama ia dibina adalah untuk menyimpan pitis-pitis perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. Pitis dalam dialek Kelantan dan ianya bermaksud ______.

a)

emas

b)

timah

c)

wang

d)

permata

35.

Gambar tersebut merupakan gambar sebuah muzium berkaitan dengan kucing. Muzium ini terletak di negeri timur semenanjung Malaysia. Negeri tersebut ialah ________.

a)

Pahang

b)

Kelantan

c)

Sarawak

d)

Sabah

36.

Taman Sahabat Kuching Sarawak adalah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005. Ianya dibina untuk memperingati hubungan Diplomatik antara Kerajaan Malaysia dan __________.

a)

Korea

b)

Japan

c)

Vietnam

d)

China

37.

Pada asalnya bangunan ini dibina sebagai Pusat Perubatan pada tahun 1907. Sekarang ianya dikenali sebagai sebuah _____________ yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.

a)

Muzium Kesenian

b)

Muzium Tekstil

c)

Muzium Negeri

d)

Muzium Perubatan

38.

James Brooke tiba di sungai Sarawak semasa berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Atas jasa beliau dalam menghentikan pemberontakan itu. Beliau telah dianugerahkan wilayah Sarawak dan seterusnya dikenali sebagai _________.

a)

Raja Inggeris

b)

Raja Putih

c)

Raja Borneo

d)

Yang DiPertua Negeri Sarawak.

39.

Gambar ini menunjukkan Gunung tertinggi di Malaysia yang terletak di negeri Sabah. Apakah nama gunung tersebut?

a)

Gunung Stong

b)

Gunung Daik

c)

Gunung Kinabalu

d)

Gunung Santubong

40.

Gua ini terletak di negeri Perlis. Ianya merupakan tempat bersejarah dimana aktiviti perlombongan bijih timah pernah dijalankan di zaman pemerintahan British. Ianya juga dikenali sebagai Gua Kegelapan oleh pelombong-pelombong di zaman dahulu. Apakah nama gua tersebut?

a)

Gua Niah

b)

Gua Musang

c)

Gua Kelam

d)

Gua Batu Caves