WorksheetsULANGKAJI PERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 70
Worksheet time: 1hrs 10mins
Apakah ciri-ciri milikan perniagaan tersebut? [PILIH 2 JAWAPAN]
Sukar ditubuhkan
Berkongsi kepakaran
Bilangan rakan kongsi dua hingga 20 orang
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016
Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder.
Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi
Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing
Syahmi Sazli menternak udang galah
Ahmad menjual insuran kemalangan
Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan
Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..
Utama
Kedua
Keempat
Ketiga
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
• Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Syarikat sendirian berhad
Milikan tunggal
Syarikat awam berhad
Koperasi
Yang manakah faktor deflasi?
Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik
Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan
Apakah faktor luaran yang wujud dalam gambar di atas?
Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan pekerja
Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan
Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang lembap
Aktiviti pemasaran yang kurang memberi kesan
** Meningkatkan kadar faedah
** Meningkatkan kadar cukai
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah?
Deflasi
Inflasi
Subsidi
Peningkatan cukai
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?
menguatkuasakan undang-undang
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
mengutip cukai
Pereka fesyen terkenal Rizalmin telah mengeluarkan koleksi fesyen baju kurung menggunakan fabrik satin. Apakah faktor luaran yang telah diambil kira oleh pereka fesyen tersebut?
Kebudayaan
Teknologi
Sosiobudaya
Ekonomi
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%pada 1 April 2016
Apakah faktor luaran tersebut?
Teknologi
Ekonomi
Sosiobudaya
Politik dan perundangan
Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran
Apakah akta X ?
Akta Persaingan 2010
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1987
Akta Kontrak 1950
Gambar 1 menunjukkan logo sebuah institusi kewangan.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi utama institusi kewangan tersebut?
I Mengeluarkan mata wang negara
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara.
III Membantu peniaga mendapat pembiayaan sumber kewangan.
IV Memberi pinjaman kepada orang ramai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan peranan kerajaan di Malaysia.
Apakah kerajaan tersebut?
Kerajaan pusat
Kerajaan Negeri
Kerajaan tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan
Maklumat berikut menunjukkan beberapa akta yang digubal di Malaysia.
Apakah kepentingan akta-akta di atas dalam perniagaan?
Mengenakan cukai terhadap perniagaan
Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
Memberi khidmat nasihat kepada peniaga
Menentukan jenis hukuman terhadap pesalah-pesalah dalam perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai.
Apakah jenis pelepasan cukai yang diterima oleh Syarikat Setia Maju?
Taraf perintis
Potongan cukai
Pengecualian cukai
Elaun cukai pelaburan
Gambar 2 berkaitan dengan agensi kerajaan.
Pernyataan manakah yang merupakan peranan agnesi kerajaan di atas?
Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia
Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua
Antara berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?
Pelepasan cukai
Promosi perniagaan
Pembiayaan perniagaan
Pengubalan undang-undang
Gambar 3 merupakan suatu logo perbadanan kerajaan.
Perbadanan di atas mempunyai bidang kuasa
promosi
penyelidikan
tanah dan galian
undang-undang
Pernyataan manakah yang benar tentang peranan Pihak Kerajaan Tempatan?'
I Mengubal undang-undang perniagaan
II Menyediakan latihan dan pembangunan
III Melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
IV Mengubal Undang-Undang Kecil Pasar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada peringkat serantau, apakah peranan kerajaan dari aspek ekonomi?
Menyediakan elaun eksport
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Menyelesaikan hal ehwal perniagaan setempat
Mengeluarkan lesen perniagaan
Maklumat berikut menunjukkan keadaan yang berlaku di sebuah restoran.
Apakah jenis pengangguran yang mungkin wujud?
Pengangguran kitaran
Pengangguran bermusim
pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?
Pekerja menganggur kerana tamat kontrak kerja
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kernan berlaku kemelesetan ekonomi
Majikan mengurangkan bilangan pekerja keran penggunaan teknologi baharu
Berlaku perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran kitaran?
I Melaksanakan dasar fiskal
II Melaksanakan dasar kewangan
III Melaksanakan pengecualian cukai
IV Memberi insentif kepada majikan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut ialah kaedah menangani pegangguran.
Apakah jenis pengangguran yang dapat ditangani dengan kaedah tersebut?
pengangguran kitaran
pengangguran struktur
pengangguran bermusim
pengangguran teknologi
Rajah 1 menunjukkan suatu fenomena di sesebuah negara.
Apakah fenomena tersebut?
Inflasi
Deflasi
Kemelesetan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi
Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?
I Kenaikan kos pengeluaran barang
II Peningkatan permintaan barang di pasaran
III Peningkatan jumlah barangan di pasaran
IV Permintaan terhadapa barangan semakin berkurangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?
I Melalui dasar kerajaan
II Meningkatkan kadar faedah
III Meningkatkan permintaan barang
IV Mengurangkan pengeksportan barang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaiatn dengan sejenis inflasi.
Apakah jenis inflasi tersebut?
Inflasi tolakan kos
inflasi bekalan wang
Inflasi pentadbiran harga
Inflasi tarikan permintaan
Pernyataan manakah yang benar tentag deflasi?
Pengurangan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Penambahan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kenaikan harga barang secara berterusan
Kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kesan deflasi?
I Penduduk kehilangan pekerjaan
II Peningkatan kuasa beli penduduk
III Penurunan penawaran barnag di pasaran
IV Penurunan permintaan barang di pasaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
Apakah tujuan tindakan kerajaan di atas?
Mengatasi masalah deflasi
Mengatasi masalah inflasi
Mengatasi masalah subsidi
Mengatasi masalah peningkatan cukai
Apakah motif utama penubuhan sesebuah perniagaan?
Menjaga kebajikan ahli
Menyediakan kemudahan awam
Memperolehi keuntungan
Menjalankan tanggungjawab sosial
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan gambar di atas?
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Memaksimumkan keuntungan
Mendaftar dengan SSM
Menjaga kebajikan ahli
Pernyataan manakah berkaitan milikan tunggal?
Liabliti setakat modal disumbangkan sahaja
Dikecualikan daripada cukai keuntungan
Modal daripada sumbangan ahli
Dimiliki oleh seorang pemilik
Pilih pernyataan yang paling tepat tentang kelebihan perniagaan di atas kepada francaisi?
Menjalankan satu perniagaan yang sistematik
Mengembangkan perniagaan ke luar negara
Menikmati ekonomi bidangan
Mengeluarkan produk yang baru
Pernyataan manakah yang benar tentang sektor sekunder?
Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi
Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat
Penghasilan peralatan saintifik untuk kegunaan pertanian
Melibatkan aktiviti menghasilkan bahan mentah
Apakah kelebihan perniagaan bersaiz besar?
Menikmati ekonomi bidangan
Semangat berpasukan yang tinggi
Senang mendapat pekerja berpengalaman
Berupaya membuat perubahan dengan cepat
Apakah jenis skala perniagaan yang terlibat bagi syarikat tersebut?
Kebangsaan
Tempatan
Negeri
Global
- Syarikat Warisan Asli Sdn. Bhd terlibat dalam pengeluaran makanan.
- Sebahagian besar pendapatan syarikat digunakan untuk pembelian aset bagi meningkatkan lagi operasi pengeluaran.
Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?
Taraf perintis
Potongan cukai
Pengecualian cukai
Elaun pelaburan semula
Apakah peranan kerajaan negeri?
Membina sistem jaringan pengangkutan yang baik
Melindungi pengguna daripada penipuan peniaga
Membangunkan kegiatan ekonomi setempat
Mengumpulkan hasil cukai pendapatan
Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis pengangguran.
- Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek setiap tahun
- Pekerja perlu mencari pekerjaan lain
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
Pengangguran bermusim
Apakah itu deflasi?
Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat
Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan
Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran
Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak
Akta manakah yang berkaitan dengan perlindungan pengguna dari aspek hak mendapat ganti rugi?
Akta Syarikat 1965
Akta Kontrak 1950
Akta Timbang Sukat 1972
Akta Kawalan Harga 1946
Encik Hazihan mengambil keputusan untuk menggaji Aiman yang baru tamat pelajaran di universiti sebagai seorang kerani.
Apakah kekurangan pengambilan Aiman tersebut kepada Encik Zihan?
Mempunyai pengetahuan stereotaip
Tidak mempunyai kemahiran baru
Memerlukan program induksi
Tidak membawa idea baharu
Gambar di atas berkaitan dengan salah satu elemen pemasaran.
Apakah elemen tersebut?
Harga
Produk
Promosi
Pengedaran
Apakah yang dimaksudkan dengan misi dalam perancangan perniagaan?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan sebuah perniagaan
Pernyataan yang manakah tepat tentang perancangan sumber manusia?
Menyelesaikan masalah pekerja
Meningkatkan kemahiran pekerja
Membentuk sistem pertukaran pekerja
Menyediakan kemudahan untuk pekerja
Apakah tujuan bahagian fungsian tersebut dalam perniagaan?
Membuat penambahbaikan produk
Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran
Membantu pengguna yang mempunyai masalah komputer
Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan dalam sistem
Mengapakah bahagian fungsian pembelian perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkan bekalan bahan mentah?
Meluaskan pasaran perniagaan
Memenuhi keperluan dan kehendak
Membayar pembekal dengan segera
Menyelesaikan masalah penghantaran barang
Sistem urusan perniagaan berkaitan dengan tempahan dan pembelian dilakukan secara atas talian. Pernyataan ini merujuk kepada...
e-mel
e-banking
e-dagang
e-pemasaran
X adalah salah satu proses komunikasi di mana pada tahap ini dapat mengukur keberkesanan proses komunikasi. Apakah X?
Maklum balas
Gangguan
Penghantar
Saluran
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan definisi perniagaan dengan tepat?
I Memaksimumkan keuntungan
II Menawarkan barang percuma
III Menjalankan tanggungjawab sosial
IV Menawarkan barang dan perkhidmatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berkaitan dengan konsep asas perniagaan.
Konsep asas yang berkaitan ialah:
pertukaran nilai
kontrak perniagaan
keuntungan perniagaan
barang dan perkhidmatan
Maklumat berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.
Ciri-ciri tersebut menerangkan
perkongsian
milikan tunggal
organisasi bermotifkan untung
organisasi bukan bermotifkan untung
Gambar menunjukkan suatu pemilikan perniagaan.
Sijil perakuan pendaftaran yang perlu dipamerkan di premis perniagaan tersebut ialah
borang 9
borang A
borang D
borang 13A
Penambahan bilangan perniagaan milikan tunggal di Malaysia adalah disebabkan milikan tunggal merupakan perniagaan yang... (TP5)
liabiliti terhad
mudah ditubuhkan
tiada risiko perniagaan
mudah mendapat untung
Kelebihan perkongsian berbanding milikan tunggal ialah
liabiliti terhad
mudah ditubuhkan
berkongsi kepakaran
perkongsian pengurusan
Dua jenis perkongsian di Mlaysia ialah
I perkongsian pakar
II perkongsian biasa
III perkongsian berhad
IV perkongsian pengurusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.
Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri perniagaan di atas
I Bebas pindah milik saham
II Menanggung liabiliti tidak terhad
III Cukai keuntungan syarikat yang tinggi
IV Saham tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Persamaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad ialah
I liabiliti terhad
II dimiliki oleh orang awam
III hal ehwal syarikat dirahsiakan
IV menikmati ekonomi bidangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Koperasi ditubuhkan atas sebab
memaksimumkan keuntungan
menawarkan barang percuma
menjalankan tanggungjawab sosial
menjaga kepentingan dan kebajikan bersama
Apakah kekurangan perniagaan francais kepada francaisor?
kos sokongan operasi meningkat
risiko kegagalan perniagaan tinggi
memerlukan pengalaman dalam perniagaan
tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan
Ciri-ciri perniagaan francais termasuk
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
tertakhluk di bawah Akta Francais 1988
francaisi terpaksa menjalankan perniagaan bersama dengan francaisor
perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian
Maklumat berkaitan dengan pemilikan perniagaan
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Usaha sama
Perkongsian
Pakatan strategik
Syarikat sendirian berhad
Maklumat di bawah berkaitan dengan saiz perniagaan.
Berdasarkan maklumat di atas, Syarikat Azra ialah sebuah syarikat yang bersaiz...
mikro
kecil
sederhana
besar
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kekurangan perniagaan bersaiz kecil?
Mudah diuruskan
Kos pengeluaran seunit yang tinggi
Fleksibel membuat keputusan
Semangat berpasukan yang tinggi
Maklumat berikut berkaitan dengan sektor perniagaan.
Aktiviti perniagaan di atas merujuk aktiviti dalam sektor
utama
kedua
ketiga
keempat
Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan.
Skala perniagaan di atas tergolong dalam skala perniagaan
zon
sedunia
domestik
antarabangsa
Gambar berikut menunjukkan suatu sektor perniagaan.
Aktiviti di atas dapat memberi sokongan kepada..(TP5)
I sektor utama
II sektor kedua
III sektor ketiga
IV sektor keempat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
