Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TATABAHASA PT3 (2)

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.


Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual perlu orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan

a)

A. bahawa

b)

B. perlu

c)

C. daripada

d)

D. Tiada kesalahan

2.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.


Walaupun Munawir tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan

a)

A. tergolong

b)

B. terkecil

c)

C. sehebat

d)

D. Tiada kesalahan

3.

Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.

a)

mengisi air dalam

b)

mengisikan air di dalam

c)

mengisikan air ke dalam

d)

mengisi air ke dalam

4.

Kereta yang dipandu laju di atas jambatan itu terbabas lalu ________ ke dalam sungai.

a)

tersasar

b)

terjunam

c)

terperosok

d)

terpelanting

5.

Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

b)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

c)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

d)

menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

6.

Titah Sultan Perak, "___________ berharap agar rakyat dapat memelihara keamanan dan ketenteraman negara."

a)

aku

b)

beta

c)

saya

d)

patik

7.

Kelvin ___________ hendak ke Bukit Fraser, tetapi ke Pulau Langkawi.

a)

entah

b)

bukan

c)

tidak

d)

tiada

8.

Ibu menjahit tiga ______ baju kurung kepada kakak.

a)

helai

b)

keping

c)

pasang

d)

buah

9.

Orang ramai ______ ke pusat beli-belah untuk membeli barangan keperluan hari raya.

a)

bertolak-tolak

b)

berpusu-pusu

c)

bersintak-sintak

d)

bersusup-susup

10.

Pilih jawapan yang betul.

a)

setengah orang

b)

setengah-setengah orang

c)

setengah orang-orang

11.

Pilih jawapan yang betul.

a)

tiap-tiap pelajar

b)

tiap pelajar

c)

pelajar tiap-tiap

12.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua meter setengah

b)

dua setengah meter

c)

meter dua setengah

13.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua suku jam

b)

dua jam suku

c)

jam dua suku

14.

Pilih jawapan yang betul.

a)

tiga setengah ringgit

b)

tiga ringgit setengah

15.

Pilih jawapan yang betul.

a)

lain-lain hal

b)

hal-hal lain

16.

Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.

a)

pendidikan

b)

pengajaran

c)

perguruan

d)

pengajian

17.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.


Tindakan Fakrul yang menceritakan keburukan tingkah laku ahli keluarganya samalah seperti

a)

tiada beban batu digalas

b)

membuka pekung di dada

c)

mengangkat bendera putih

d)

besar pasak daripada tiang

18.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.

seperti katak di bawah tempurung


Peribahasa di atas bermaksud seseorang yang ........

a)

hanya mengetahui suatu perkara

b)

mempunyai pengetahuan yang sedikit

c)

menyembunyikan pengetahuan yang dimiliki

d)

mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara

19.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.


Suhana hanya menyusun buku yang berselerak di atas meja setelah disuruh oleh ibunya. Sikapnya itu samalah seperti

a)

lalang ditiup angin

b)

gunting dalam lipatan

c)

pahat dengan penukul

d)

kacang melupakan kulit

20.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.


Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa membawa maksud .....

a)

kita haruslah membalas budi orang yang telah berjasa kepada kita

b)

kita hendaklah mengenang budi orang yang telah meninggal dunia

c)

kita perlulah berbudi kepada orang lain.

d)

kita patut mengenang budi yang baik

21.

Anak-anak arwah Tok Rahmat berpecah-belah gara-gara berebut ................. milik keluarga mereka di kampung.

a)

harta karun

b)

harta pusaka

c)

harta benda

d)

harta sepencarian

22.

Sultan Johor .............. terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

a)

murka

b)

marah

c)

geram

d)

bengang

23.

Nasi yang ditanak oleh kakak ........... kerana dia terlupa menutup api dapur gas itu.

a)

hangit

b)

basi

c)

tengik

d)

busuk

24.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar ialah

a)

Bagai bulan dipagar bintang

b)

Bagai pinang dibelah dua

c)

Bagai isi dengan kuku

d)

Bagai aur dengan tebing

25.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal


Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama negara.

a)

Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama negara.

b)

Demi mengharumkan nama · negara telah mendorong mereka untuk memenangi pertandingan itu dengan jayanya.

c)

Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu telah mengharumkan nama negara dengan jayanya. ·

d)

Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka menjuarai kejohanan tersebut

26.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


"Marilah kita menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu hadapan,"ujar pengetua kepada murid-murid.

a)

Pengetua berharap agar murid-murid dapat menyertai Karnival Bahasa pada minggu yang akan datang.

b)

Pengetua mengajak murid-murid menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu yang akan datang.

c)

Pengetua berharap agar Karnival Bahasa dapat dianjurkan oleh murid-murid dengan jayanya pada minggu yang akan datang.

d)

Pengetua menggalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa pada minggu akan datang.

27.

Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.

a)

FN + FK

b)

FN + FA

c)

FN + FS

d)

FN + FN

28.

Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.

a)

FN + FA

b)

FN + FS

c)

FN + FN

d)

FN + FK

29.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Ani menyapu sampah.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

30.

Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FA

31.

Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FA

32.

Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FA

33.

Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

34.

Cikgu Amar membeli Samsung S9

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

35.

Eugene dan Megat bersekolah di SMK Horley Methodist.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

36.

Rizal membuka begnya lalu memasukkan beberapa buah buku.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

37.

Ahmad sedang menyapu daun-daun kering.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

38.

Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

a)

Kakak saya amat meminati tarian Zapin.

b)

Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

c)

Awak hendak ke pasar atau klinik?

d)

Ayah sedang membasuh kereta.

39.

Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.

a)

Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.

b)

Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.

c)

Perompak itu berjaya melepaskan diri.

d)

Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.

40.

Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini?

a)

Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

b)

Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

c)

Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.

d)

Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

41.

Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.

a)

Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.

b)

Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.

c)

Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.

d)

Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.

42.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.

a)

Soloz gemar membuat kerja.

Soloz mendengar muzik Youtube.

b)

Soloz gemar membuat kerja di sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web.

c)

Soloz gemar membuat kerja sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.

43.

Abu memancing ikan di kolam milik pakciknya.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

44.

Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

45.

Komputer canggih itu saya beli untuk adik yang sedang belajar di kolej.

a)

Ayat Pasif

b)

Ayat Aktif

46.

Pepohon itu dipangkas oleh para pekerja supaya tidak menghalang penglihatan semua orang terutamanya pemandu kereta.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

47.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

48.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

49.

kesalahan ejaan

Anak lelaki Saidah suka menyendiri di dalam rumah kerana dia seorang yang anti sosial.

a)

menyendiri- bersendiri

b)

anti sosial- antisosial

c)

kerana- disebabkan oleh

d)

anti sosial- anti-sosial

50.

Kesalahan ejaan

Pihak polis dan RELA bekerjasama untuk memastikan marathon antarabangsa itu berjalan lancar.

a)

antarabangsa- antara bangsa

b)

RELA- rela

c)

marathon- maraton

d)

bekerjasama- berkerjasama

51.

kesalahan bahasa

Kakitangan pejabat sedang menyusun timbunan majalah-majalah yang terdapat di dalam stor bagi membudayakan amalan 5S.

a)

kakitangan- kaki tangan

b)

majalah-majalah- majalah

c)

amalan 5S- amalan 3R

d)

membudayakan- budayakan

52.

Kesalahan bahasa

Ibu menyuruh kakak mengasingkan telur putih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam aduan itu.

a)

dimasukkan - memasukkan

b)

telur putih - putih telur

c)

aduan - acuan

d)

menyuruh - mengarahkan

53.

kesalahan bahasa

Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu akan dilakukan pada hujung minggu ini.

a)

kerja-kerja - kerja

b)

memperdalamkan - memperdalam

c)

itu - berkenaan

d)

hujung minggu ini - minggu ini

54.

Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Seremban.

a)

merejam

b)

melempar

c)

membaling

d)

melontar

55.

Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

a)

dwibahasa

b)

ekabahasa

c)

pancabahasa

d)

interbahasa

56.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

57.

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

58.

Pilih jawapan yang tepat.

a)

Sarang burung tempua yang bergayutan di ranting pohon itu menarik perhatian kami.

b)

Sarang burung tempua yang bergayutan pada ranting pohon itu menarik perhatian kami.

59.

Pilih jawapan yang tepat.

a)

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian cikgu hadir ke majlis perkahwinan kakak saya pada minggu lalu.

b)

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian cikgu hadir ke majlis perkahwinan kakak saya pada minggu lalu.

60.

Pilih jawapan yang tepat.

a)

Sejak kempen kitar semula pihak berkuasa tempatan lancarkan, tahap kebersihan di kawasan kediaman itu kian meningkat.

b)

Sejak kempen kitar semula dilancarkan oleh pihak berkuasa tempatan, tahap kebersihan di kawasan kediaman itu kian meningkat.