Font size
WorksheetsMEETING & EVENT COORDINATION
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Definisi bagi mesyuarat ialah
Perjumpaan sekumpulan individu bagi tujuan membincangkan sesuatu perkara atau mencapai sesuatu keputusan bersama.
Pertemuan antara dua orang individu untuk berbincang atau membahaskan sesuatu perkara.
Suatu catatan atau dokumen yang mengandungi perbualan atau perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.
Antara dua (2) tujuan & objektif mesyuarat ialah
Mencari persetujuan atas sesuatu tindakan.
Bertukar-tukar buah fikiran dan mendapat idea-idea baharu.
Sentiasa bersedia untuk setiap kemungkinan jika terdapat sebarang audit dijalankan.
Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, apakah jenis Mesyuarat yang telah anda pelajari?
Mesyuarat Jabatan
Mesyuarat Pengurusan
Mesyuarat Bulanan
Mesyuarat Executive Council (EXCO)
Mesyuarat Jabatan lazimnya diadakan untuk melaksanakan perancangan yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Siapakah yang terlibat di dalam mesyuarat tersebut?
Ahli Jawatankuasa Kecil
Ketua-ketua jabatan dan staf berkenaan
Ahli Jabatan Kewangan
Ahli Lembaga Pengarah
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah?
Mesyuarat penting yang melibatkan dasar & polisi organisasi
Dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa setiap bahagian yang dilantik oleh organisasi.
Diadakan secara berkala seperti yang dirancang oleh syarikat.
Melaksanakan dasar yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Pengurusan.
Antara prosedur mesyuarat yang perlu dilakukan sebelum mesyuarat berlangsung ialah
Tetapkan tarikh, lokasi dan masa mesyuarat.
Setiausaha tidak perlu berbincang dengan pengurus dan merancang mesyuarat sendiri.
Memastikan segala keperluan dan dokumen disediakan lebih awal.
Mengedarkan notis & agenda mesyuarat kepada ahli yang terlibat.
Notis panggilan mesyuarat haruslah disediakan & diedarkan dalam tempoh ______ sebelum mesyuarat berlangsung.
seminggu
10-12 hari
2-3 hari
24 jam
Perkara pertama yang perlu ada dalam Agenda Mesyuarat ialah
Pengesahan minit mesyuarat lepas
Senarai kehadiran ahli
Ucapan aluan pengerusi
Perkara yang dibincangkan
Terdapat tiga (3) kaedah yang digunakan untuk mengedarkan agenda mesyuarat iaitu :
Serahan tangan
Pos
Memo
Mel eletronik
Antara dua (2) kelebihan tempat mesyuarat luaran adalah
Kemudahan lebih baik
Kos yang tinggi
Lebih selesa kerana ruang yang lebih besar
Masa penggunaan terhad
Antara beberapa kemudahan bilik mesyuarat yang perlu disediakan adalah
LCD Projektor
Alat tulis
Minit mesyuarat
Papan putih
Apakah faktor yang diambil kira untuk memilih sesebuah penginapan bagi ahli mesyuarat?
Ketersediaan
Kemudahan fasiliti
Saiz
Jawatan ahli
Definisi protokol kedudukan mesyuarat adalah:
Ahli-ahli yang berjawatan tinggi duduk di kanan meja dan paling hampir dengan pengerusi
Setiausaha perlu duduk di hujung meja, bertentangan dengan pengerusi
Pengerusi merupakan orang yang bertanggungjawab memimpin mesyuarat
Apakah faktor yang mempengaruhi susun atur kedudukan mesyuarat
Bilangan Ahli Mesyuarat
Jawatan
Jenis mesyuarat
Masa mesyuarat dijalankan
Definisi jamuan ringan dalam sesuatu majlis:
Jamuan yang diadakan di pertengahan majlis ataupun di penghujung majlis dan menunya tidak terlalu berat
Jamuan yang diadakan untuk tetamu-tetamu kehormat setelah majlis tamat
Jamuan yang diadakan dengan menghidangkan makanan berat di penghujung majlis
"Majlis yang dianjurkan secara sederhana tanpa melibatkan protokol yang banyak serta lebih berbentuk santai" adalah definisi bagi
Majlis Rasmi Beristiadat
Majlis Rasmi dan Tidak Formal
Majlis Tidak Rasmi
Contoh bagi Majlis Rasmi dan Tidak Formal :
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,Majlis MoU/MoA
Majlis Sambutan Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen
Majlis Angkat Sumpah, Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran
Siapakah pegawai yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas sebelum, semasa dan selepas mesyuarat dijalankan?
Pengarah
Setiausaha
Pengerusi Mesyuarat
Pengurus Bilik Mesyuarat
Faktor penetapan konsep majlis
Jenis Majlis
Objektif Majlis
Masa Berlangsung
Tema Majlis
Apakah jenis kedudukan yang sesuai untuk jalankan Mesyuarat Ad-Hoc
Bilik Darjah
Bentuk U
Teater
