NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 : UNIT 7
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Haris disuruh oleh rakan-rakannya membuat tatu. Haris tertekan kerana dia tahu hukumnya haram disisi agama Islam dan pasti ibu bapanya memarahinya.
Nyatakan jenis tekanan Haris?
Positif
Negatif
Positif dan negatif
Fatin mahu sikap Alya yang suka meniru kerja sekolahnya diubah. Tetapi Fatin belum sempat menerangkan niatnya, Alya telah menuduhnya tidak setia kawan. Fatin dan Alya kini tidak bertegur sapa. Fatin tertekan kerana salah faham ini.
Apakah punca tekanan yang dihadapi oleh Fatin?
Dilema rakan sebaya.
Persaingan yang sihat.
Komunikasi yang tidak berkesan.
Damia sukakan perhatian. Dia tidak suka dianggap ketinggalan dalam semua perkara terutama yang berkaitan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya.
Sikap Damia ini dikira sebagai..................
Dilema rakan sebaya.
Boros dan suka menonjol.
Persaingan yang sihat.
Syamieyr telah menyertai persatuan silat di sekolahnya. Walaupun Syamieyr rajin berlatih, namun jurulatih tetap menyatakan prestasinya kurang baik dan selalu dibandingkan dengan rakan pasukannya yang lain. Syamieyr berazam untuk berlatih dengan lebih gigih lagi.
Jenis tekanan yang dihadapi oleh Syamieyr ialah...........
positif.
negatif.
positif dan negatif.
Muhaimin ialah murid baharu di sebuah sekolah. Dia berasa dipinggirkan oleh rakan-rakan sebayanya. Dia juga sukar menumpukan pelajaran dan suka menyendiri.
Muhaimin menghadapi tekanan jenis negatif disebabkan oleh.....
suka berkawan.
tiada kemahiran komunikasi.
mangsa perbandingan.
Amalia berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam subjek Matematik. Dengan itu, dia rajin membuat latihan dan menghadiri kelas tuisyen. Walaupun keputusannya semakin meningkat, tetapi Amalia belum berpuas hati.
Sebenarnya, Amalia menghadapi tekanan jenis ...........................
positif.
negatif.
positif dan negatif.
Irfan telah mengajak Haikal ponteng kelas tambahan.
Sekiranya Haikal seorang yang bijak membuat keputusan, dia akan berkata ................
'Boleh juga. Sekali sekala kena release tension. Lagi pun kita perlu study smart bukan study hard'
Irfan, awak pergi dahulu. Saya akan menyusul kemudian.
Maaf. Kelas tambahan ni penting kepada saya. Peperikasaan akhir semakin dekat.
Nurien sentiasa dibuli dan diejek oleh beberapa rakan sekelasnya. Nurien seorang yang bijak menangani tekanannya. Dia telah ................................................................
memilih rakan sebaya yang boleh dijadikan contoh yang baik dan menghargai sahabat.
membalas setiap ejekkan dan perbuatan yang tidak digemarinya.
mengadu kepada ibu bapanya supaya mereka 'warning' mereka.
Aniq suka memendam perasaan. Baginya, meluahkan ketidak puasan hatinya akan melukai keluarga dan sahabatnya. Untuk menangani tekanan yang dihadapinya dengan cara yang bijak, Aniq telah ............................................
merapatkan hubungan kekeluargaan.
memilih individu yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan.
menulis diari.
melakukan kesemua jawapan di atas.
Berikut ialah contoh tekanan yang negatif KECUALI
bersaing dalam pelajaran
boros dan suka bermewah
selalu dibuli
suka memendam perasaan
Membuli merupakan satu tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja di sekolah. Apakah cara penyelesaian sesuai bagi membuli?
Memilih rakan yang akan membuli
Memilih untuk berkawan dengan baik
Bertengkar supaya tidak dibuli
Memberi amaran dan teguran secara agresif
Bagaimanakah kamu dapat menguruskan tekanan sekiranya rakan kamu memaksa kamu melakukan sesuatu perkara negatif
Menolak dengan keras
Menolak dengan cara asertif
Memberi amaran dan teguran
Memukul dan berdendam
Pilih cara-cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dalam diri remaja
Bersenam dan berekreasi
Mengambil pil penenang
Melepak di pusat hiburan
Merosakkan harta benda awam
Apakah sikap dan nilai yang perlu diamalkan dalam perhubungan demi mengelakkan tekanan?
Sentiasa menghargai diri
Menjadi pendengar setia
Bergaul bebas
Menjadi batu loncatan dakam perhubungan
"Layla sering meniru kerja sekolah Miya sehingga Miya berasa geram dengan sikap Layla"
Apakah yang patut dilakukan oleh Miya bagi mengatasi masalah berikut?
Miya membiarkan saja sikap Layla
Miya perlu membenci Layla dan tidak berkawan dengan Layla
Miya memukul Layla
Miya perlu menegur sikap Layla dan menyuruh Layla membuat kerja sekolah sendiri
Bagaimanakah kamu bertindak sekiranya kawan kamu mengejek kamu berbadan gempal?
Saya akan memarahinya dan menengkingnya
Saya akan membalas ejekannya
Saya akan melawan
Saya akan berterus terang dengan cara asertif
Tekanan merujuk kepada __________
perbuatan yang baik dalam pemikiran
perbuatan yang akan mengakibatkan seseorang tenang
perbuatan yang akan mengakibatkan pemikiran positif
perbuatan yang mengakibatkan seseorang berada dalam dilema
Remaja sering menghadapi tekanan daripada rakan sebaya. Apakah contoh tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja?
Membantu dalam pelajaran
Memaksa untuk ponteng sekolah
Membantu apabila berada dalam kesusahan
Bermain bersama-sama
Antara situasi di bawah, situasi manakah yang akan menimbulkan perasaan cemburu antara satu sama lain?
Tidak membandingkan individu lain
Memuji kawan secara berlebihan di hadapan kawan yang lain
Memberi komen dengan telus
Mengutuk kawan yang lain
