wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EDUP3023 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Total questions: 20

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri murid disleksia, kecuali

a)

Masalah dalam ejaan

b)

Masalah dalam membaca

c)

Masalah dalam mengikuti arahan

d)

Masalah kekeliruan abjad

2.

Apakah tanda-tanda kanak-kanak itu mempunyai ADHD?

a)

Kesukaran mengekspresi keinginan

b)

Tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah

c)

Tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis

d)

Sukar membaca tulisan di papan hitam

3.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah strategi yang sesuai untuk membantu kanak-kanak ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

a)

Menyediakan peluang untuk murid-murid terlibat dalam aktiviti yang aktif dalam bilik darjah.

b)

Menyediakan bahan bacaan yang menggunakan warna-warna yang terang.

c)

Guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif supaya tiada bunyi bising yang mengganggu.

d)

Guru perlu melaksanakan pemantauan, penilaian, pengukuhan dan arahan kendiri bagi mengajar mereka untuk mengawal tingkah laku.

4.

Berdasarkan pernyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri autisme?

a)

Cenderung melakukan pergerakan badan yang berulang seperti mengibas tangan / mengehentak kepala.

b)

Suka bersendirian atau mengasingkan diri.

c)

Bercakap terlalu banyak.

d)

Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.

5.

Berikut merupakan masalah kecacatan fizikal, kecuali

a)

Hipertensi

b)

Limb deficiencies

c)

Muscular dystrophy

d)

Spina bifida

6.

Masalah pembelajaran merupakan salah satu kategori kanak-kanak keperluan khas. Masalah pembelajaran adalah ditandai sebagai masalah

a)

Fisiologi

b)

Neurologi

c)

Mental

d)

Sosiologi

7.

Antara yang berikut, yang manakah menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran:

a)

Dementia

b)

Disleksia

c)

Disarthria

d)

Aphasia

8.

Berdasarkan pernyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri disleksia:

a)

Tidak dapat membezakan warna merah dan hijau

b)

Membaca dengan perlahan

c)

Lemah dalam ejaan

d)

Mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama

9.

Antara yang berikut, yang manakah usaha yang boleh diambil oleh guru semasa mengajar murid yang bermasalah Attention Defict (ADD) / Hyperactivity disorder (ADHD) di dalam kelas?

a)

Guru memberikan arahan yang ringkas dan perlu diulang semasa mengajar

b)

Guru menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria

c)

Guru perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan kedudukan kanak-kanak keperluan khas harus diletakkan berhampiran dengan papan putih.

d)

Guru menegur kanak-kanak dengan teguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik.

10.

Berdasarkan tingkah laku yang dinyatakan, tingkah laku yang manakah diklasifikasikan sebagai tingkah laku dalaman

a)

Argumentatif

b)

Bersikap apatetik

c)

Malu, terlalu sensitif

d)

Destruktif

11.

Apakah ciri kanak-kanak yang slow learners?

a)

Sukar mengikut arahan

b)

Mata kelihatan merah

c)

Selalu berkhayal

d)

Mudah letih

12.

Apakah punca kanak-kanak menghadapi slow learners?

a)

Mendengar bunyi yang terlampau kuat

b)

Penyakit

c)

Tersekat pengalaman

d)

Kemalangan

13.

Masalah pendengaran boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu separa pekak dan pekak. Manakah pernyataan yang benar tentang masalah pendengaran?

a)

Alat audiometer digunakan untuk mengukur tahap kehilangan pendengaran seseorang.

b)

Kanak-kanak pekak perlu menerima Pendidikan dengan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.

c)

Masalah pendengaran tidak akan menjejaskan komunikasi dan pembelajaran individu.

d)

Murid yang mengalami masalah pendengaran biasanya akan mengalami pertuturan.

14.

Murid yang mengalami masalah pembelajaran akan menunjukkan beberapa simptom-simptom tertentu, oleh itu guru perlulah peka terhadap perubahan yang ditunjukkan oleh murid. Manakah pernyataan yang benar tentang simptom-simptom murid yang mengalami masalah pembelajaran?

a)

Murid kerap meminta guru mengulang semula apa yang disebut.

b)

Murid mempunyai masalah untuk mengikuti arahan.

c)

Pertuturan yang kurang lancar dan masalah sebutan yang lemah.

d)

Selalu berkhayal

15.

Masalah pendengaran akan menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ini disebabkan oleh ketidakupayaan berkomunikasi memberi kesan kepada

a)

Perkembangan sosial

b)

Emosi

c)

Bahasa

d)

Kognitif

16.

16. Murid yang mempunyai masalah penglihatan akan menunjukkan ciri-ciri berikut, kecuali

a)

Selalu mengesat mata

b)

Membaca dalam tempoh yang lama

c)

Mata kelihatan merah

d)

Memegang bahan bacaan terlalu dekat

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan Astigmatisme?

a)

Mata malas yang disebabkan oleh mata juling yang salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul.

b)

Merujuk mata yang sensitif kepada cahaya dan penyakit yang disebabkan keturunan

c)

Merupakan rabun dekat, iaitu kanak-kanak ini hanya dapat melihat objek jauh sahaja.

d)

Dikenali sebagai rabun, iaitu pancaran cahaya tidak dapat difokuskan tepat pada retina.

18.

Kanak-kanak yang mengalami ADHD sangat sukar dalam memberikan tumpuan ketika PdP dijalankan. Guru mesti memahami keadaan yang dialami oleh mereka. Nyatakan implikasi yang terjadi dalam membantu kanak-kanak tersebut.

a)

Guru perlu menepatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktiviti bagi mengalihkan perhatian mereka.

b)

Guru sentiasa menggunakan prinsip peneguran dan memberi motivasi kepada murid-murid.

c)

Guru terus memarahi dan menengking agar mereka tidak akan hilang fokus dalam kelas.

d)

Guru menyediakan pembelajaran yang ringkas dan mudah difahami.

19.

Autisme merupakan kecacatan mental yang sangat sukar dipulihkan. Ini bermaksud guru perlu menyediakan sesi PdP yang sesuai dalam menekankan kemahiran psikomotor murid. Apakah implikasi yang akan terjadi sekirannya usaha yang berterusan telah dilakukan?

a)

Kanak-kanak mampu berdikari.

b)

Kanak-kanak dapat petah berbicara.

c)

Kanak-kanak dapat menunjukkan pembacaan yang lancar.

d)

Kanak-kanak semakin suka untuk bersendirian dalam melakukan halnya sendiri.

20.

Apakah implikasi yang akan terjadi sekiranya guru tidak membantu muridnya yang mempunyai masalah penglihatan dalam kelas?

a)

Murid tidak dapat melihat bahan-bahan pembelajaran keranan kedudukan meja berjauhan dengan papan tulis.

b)

Murid tidak dapat mendengar dengan jelas.

c)

Murid mengalami kesukaran untuk bertutur dalam kelas.

d)

Murid tidak dapat mengawal emosinya ketika aktiviti berkumpulan dijalankan.