wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA SIRI 2 (PERUMPAMAAN)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Tolong-menolong antara satu sama lain.

a)

Bagai api dengan asap

b)

Bagai anai-anai bubus

c)

Bagai aur dengan tebing.

d)

Bagai anjing buruk kepala

2.

Susah memberikan nasihat kepada orang yang degil dan jahat.

a)

Bagai air di daun keladi

b)

Bagai api dengan asap

c)

Bagai air titik ke batu

d)

Bagai ayam dimakan tungau

3.

Sikap malas di tempat orang, lebih suka berbaring-baring.

a)

Bagai api dengan asap

b)

Bagai anjing menyalak di ekor gajah

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bagai anak sepat ketohoran

4.

Sentiasa bersama walau ke mana-manapun

a)

Bagai beliung dengan asahan

b)

Bagai api dengan asap

c)

Bagai ayam dimakan tungau

d)

Bagai benang dilanda ayam

5.

Seruan yang tidak diambil kisah oleh orang lain.

a)

Bagai bersahabat dengan ular bisa

b)

Bagai berseru di padang pasir

c)

Bagai anjing tersepit di pagar

d)

Bagai ayam mengeram telur

6.

Kecantikan gadis yang tiada tolok bandingnya.

a)

Bagai bunyi cempedak jatuh

b)

Bagai api dengan asap

c)

Bagai bertepuk sebelah tangan

d)

Bagai bulan di pagar bintang

7.

Orang yang angkuh atau gembira kerana kemewahan yang diperoleh, berasal daripada keturunan raja dan sebagainya.

a)

Bagai cendawan timbuh

b)

Bagai gadis julung bersubang

c)

Bagai bertepuk sebelah tangan

d)

Bagai buntal kembung

8.

Orang yang mendapat sesuatu yang tidak bernilai atau berguna kepada dirinya.

a)

Bagai gembala diberi keris

b)

Bagai gelombang dua belas

c)

Bagai galah dijual

d)

Bagai isi dengan kuku

9.

Bersungguh-sungguh hendak menggalakkan seseorang berani berhadapan dengan orang yang suka berbohong.

a)

Bagai puyuh laga

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Bagai mencencang air

d)

Bagai meramas biji cempedak

10.

Seseorang yang dianggap kaya-raya tetapi sebenarnya dia miskin.

a)

Bagai pucuk enau dilancarkan

b)

Bagai tekukur mengikut kata

c)

Bagai tumbuk padi hampa

d)

Bagai si kurdung mendapat cincin.

11.

Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjamnya.

a)

Bagai umang-umang

b)

Bagai punggur rebah

c)

Bagai ular kena palu

d)

Bagai duri landak

12.

Bersatu hati dalam segala hal.

a)

Bagai dihiris sembilu

b)

Bagai burung serindit

c)

Serumpun bagai serai, seludang bagai tebu

d)

Bagai lintah dipotong ekor

13.

Ketika susah mudah meminta simpati daripada orang, tetapi apabila sudah senang , lupa jasa orang tersebut dan mula meninggi diri.

a)

Bak gadis baru bersubang

b)

Bak cetus api

c)

Bak anjing tersepit

d)

Bak menanti orang dulu, bak melalu orang kemudian

14.

Sangat pantas atau cepat bertindak, berkata, bekerja dan lain-lain.

a)

Bak cetus api

b)

Bak anjing tersepit

c)

Bak bujang jolong berkeris

d)

Bak mencungkil duri

15.

Sangat berharap mendapat sesuatu yang diidamkan.

a)

Bak pencungkil duri

b)

Hati bak serangkak dibungkus

c)

Bak rusa di liang lahat

d)

Bak mandi di air kubang, pelak lepas gatal pun datang

16.

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana terpaksa.

a)

Bak perahu berat sebelah

b)

Bibir bak delima merekah

c)

Bak pencungkil duri

d)

Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri

17.

Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi meleret-leret,; pekerjaan yang dilaksanakan begitu lambat dan terhenti-henti, pada hal dapat dikerjakan dengan cepat.

a)

Bak tengguli ditukar cuka

b)

Unyai bak hujan pagi

c)

Bak pinang dianduh, putus tali dia berfiri

d)

Bak anjing tersepit

18.

Hanya menyayangi seseorang itu ketika dia masih muda dan cantik.

a)

Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang

b)

Ibarat ayam, tiada kais, tiada makan

c)

Ibarat beban belum lepas dari bahu

d)

Ibarat burung, mulut manis jangan dipakai.

19.

Hidup dalam kesengsaraan dan tidak bebas.

a)

Ibarat negeri berubah resam.

b)

Ibarat burung, mata lepas, badan terkurung.

c)

Ibarat tahun berubah musim.

d)

Ibarat ayam, tiada kais, tiada makan.

20.

Dua orang rakan kongsi yang harus menanggung kerugian bersama-sama.

a)

Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.

b)

Ibarat beban belum lepas dari bahu.

c)

Ibarat burung, mata lepas, badan terkurung.

d)

Ibarat perahutakkkan karam sebelah.

21.

Suasana akan berubah apabila keadaan berubah.

a)

Ibarat negeri berubah resam.

b)

Ibarat pasir sekali air dalam sekali berubah.

c)

Ibarat beban belum lepas dari bahu.

d)

Ibarat burung, mulut manis jangan dipakai.

22.

Dulu hidup dalam kesusahan, tetapi sekarang sudah beroleh kesenangan dan kebahagiaan kerana dibantu.

a)

Ibarat telur sesangkak, pecah satu, pecah semuanya.

b)

Ibarat tahun berubah musim.

c)

Ibarat pasir, sekali air dalam sekali berubah.

d)

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.

23.

Sesuatu benda yang makin lama dipakai makin baik dan tahan lama.

a)

Laksana garam dengan asam

b)

Laksana lembu kasi

c)

Laksana batik laksam

d)

Laksana burung dalam sangkar

24.

Sesuatu benda yang dianggap tidak penting, akhirnya berguna juga.

a)

Laksana apung dipermainkan ombak

b)

Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

c)

Laksana burung diam dalam sangkar

d)

Laksana cembul dengan penutupnya

25.

Ilmu pengetahuan yang tidak sempurna tidak mendatangkan faedah kepada seseorang itu.

a)

Laksana batik laksam

b)

Laksana pahat dengan penukul

c)

Laksana golok kayu, ditetak tidak makan, dijual tidak laku

d)

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

26.

Sangat merindui seseorang.

a)

Laksana jentayu menantikan hujan

b)

Laksana cembul dengan penurupnyya

c)

Laksana apung dipermainkan ombak

d)

Pipi laksana pauh dilayang

27.

Orang yang sukar mengugut dan mengancam, tetapi sebenarnya tidaklah berbahaya.

a)

Pipi laksana pauh dilayang

b)

Laksana pohon kayu tiada berbuah.

c)

Laksana lembu dogol, tidak boleh ditanduk dan disondol

d)

Laksana burung diam dalam sangkar

28.

Orang yang berkuasa dan suka memerintah.

a)

Macam kepitinh jalan

b)

Macamkikirbesi

c)

Macam batang kayu

d)

Macam memegang layang-layang

29.

Orang yang jujur dan lurus.

a)

Macam ular kekenyangan

b)

Macam betung seruas

c)

Macam orang biduk

d)

Macam batang kayu

30.

Orang yang buncit perutnya sehingga hendak berjalan pun sudah tidak larat.

a)

Macam orang biduk

b)

Macam ular kekenyamgan

c)

Macam kepitinh jalan

d)

Macam kikir besi

31.

Makan bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

a)

Macam memegang tali layang-layang

b)

Macam betung seruas

c)

Macam orang biduk

d)

Macam kikir beso

32.

Orang yang membuat kerja separuh siap dan lambat.

a)

Macam kepiting jalan

b)

Macam anak tak datang tunangnya

c)

Macam ular kekenyangan

d)

Macam orang biduk

33.

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

a)

Seperti abu di atas tunggul

b)

Seperti anai-anai makan kayu

c)

Seperti air di dalam kolam

d)

Seperti anak ayam kehilangan ibunya

34.

Perbuatan jahat atau rindu yang disembunyikan.

a)

Seperti air di dalam kolam

b)

Seperti abu di atas tunggul

c)

Seperti api dalam sekam

d)

Seperti anjing dengan kucing

35.

Kedudukan yang tidak stabil dan tidak terjamin.

a)

Seperti anai-anai makan kayu

b)

Seperti anjing berjumpa padir

c)

Seperti anak ayam kehilangan ibunya

d)

Seperti abu di atas tunggul

36.

Muka yang pucat dan tidak bermaya.

a)

Seperti ayam berak kapur

b)

Seperti ayam sabungan

c)

Seperti air ditarik songsang

d)

Seperti anjing berebut tulang

37.

Menegur atau memarahi seseorang bukan kerana benci tetapi untuk mengajar seseorang perkara yang baik

a)

Seperti anjing dengan kucing

b)

Seperti ayam sabungan

c)

Seperti air ditarik songsang

d)

Seperti ayam mematuk anaknya

38.

Sentiasa berada dalam keadaan sulit dan bahaya.

a)

Seperti Belanda minta tanah

b)

Seperti bertih jagung

c)

Seperti bergantung pada rambut sehelai

d)

Seperti ayam berak kapur

39.

Orang yang pulang merantau jauh tetapi ilmu yang diperoleh tidak seberapa.

a)

Seperti bulan dengan matahari

b)

Seperti burung gagak pulang ke benua

c)

Seperti beruk kena ipuh

d)

Seperti biduk dikayuh hilir

40.

Hidup yang tidak berguna

a)

Seperti daun delima dengan bunganya

b)

Seperti cicak makan kapur

c)

Seperti cacing kepsnasan

d)

Seperti cincin dengan permata

41.

Orang yang gagah perkasa.

a)

Seperti bulan kesiangan

b)

Seperti bertih digoreng atau direndang

c)

Seperti ayam sabungan

d)

Seperti denak mencari lawan

42.

Sangat gelisah, tidak tenteram dan berasa bimbang.

a)

Seperti duduk dalam duri

b)

Seperti bulan dengan matahari

c)

Seperti belut diregang

d)

Seperti berseru di tengah padang

43.

Orang yang gemar menunjukkan kehebatan dirinya.

a)

Seperti gajah putih

b)

Seperti cicak makan kapur

c)

Seperti embun di hujung rumput

d)

Seperti durian menunjukkan pangsa

44.

Rupa paras seseorang gadis yang cantik dan berkulit putih kuning.

a)

Seperti gajah putih ditambat

b)

Seperti emas yang sudah tersepuh

c)

Seperti cincin dengan permata

d)

Seperti anak ayam kehilangan ibu

45.

Sesudah mendapat yang baik akan beroleh yang lebih baik lagi.

a)

Seperti tulis di atas air

b)

Seperti talam dua muka

c)

Seperti lalat buta

d)

Seperti sutera dalam lukisan

46.

Orang yang kedekut akan tetap kedekut.

a)

Umpama air digenggam tak akan tiris

b)

Umpama ayakan dawai

c)

Umpama Belanda kesiangan

d)

Umpama anjing makan muntahnya

47.

Semakin lama semakin bertambah baik.

a)

Umpama semut di dalam mulut

b)

Umpama air digenggam tak akan tiris

c)

Umpama batik lasum, makin dibasuh makin berbau

d)

Umpama gajah di tengah arus

48.

Hukuman yang kurang adil.

a)

Umpama kapak naik cerana

b)

Umpama ayakan dawai

c)

Umpama pipit meminang anak

d)

Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

49.

Melaksanakan sesuatu pekerjaan hendaklah mengikut aturannya.

a)

Umpama buah kepayang, dimakan mabuk, dibuang sayang

b)

Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung

c)

Umpama anjing makan muntahnya

d)

Umpama kapak naik cerana

50.

Apabila mendengar cakap orang, hendaklah diikut mana-mana yang baik dan jangan diikut perkara yang buruk.

a)

Umpama telur sesarang dierami induknya

b)

Umpama galah di tengah arus

c)

Umpa kayu buruk, buruk di panas , reput di hujan

d)

Umpama memetah nyiur, santan diambil hampas dibuang