wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu pendidikan khas

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Jangan buang sisa-sisa asid itu ______________ dalam sungai.

a)

pada

b)

ke

c)

di

d)

dari

2.

Polis pencegah rusuhan dihantar ____________ meredakan kekacauan itu.

a)

kepada

b)

dengan

c)

akan

d)

untuk

3.

Puan Siti memiliki ijazah ____________ bidang pengurusan perniagaan.

a)

di

b)

dari

c)

dalam

d)

dengan

4.

"Kamu akan ke Pulau Tioman _______________ siapa?"tanya Mak Aida kepada Adam.

a)

kepada

b)

dengan

c)

untuk

d)

pada

5.

Mereka berbincang _______________ lawatan ke Tasik Kenyir di kantin sekolah.

a)

sebagai

b)

tentang

c)

dengan

d)

oleh

6.

Ku Azzarul bertanya kepada kerani itu ________________ mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah pendaftaran anaknya.

a)

sejak

b)

untuk

c)

hingga

d)

daripada

7.

Jessy akan menceritakan peristiwa itu hanya _____________ seseorang yang dipercayainya.

a)

ke

b)

bagi

c)

pada

d)

kepada

8.

Nenek tidak makan _________________ semalam kerana tekaknya sakit.

a)

pada

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

9.

Nenek tidak makan _________________ semalam kerana tekaknya sakit.

a)

pada

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

10.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa burung terbang?

Burung ada sayap,

Terbanglah tinggi-tinggi.

a)

Ayam

b)

Burung

c)

Angsa

d)

Itik

11.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa kucing mengiau?

Kucing memang mengiau

Sebab kucing lapar.

a)

Rusa

b)

Kambing

c)

Kucing

d)

Kura-kura

12.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa ikan berenang?

Ikan berenang riang,

Sebab siripnya Ada.

a)

Buaya

b)

Kura-kura

c)

Biawak

d)

Ikan

13.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa zirafah tinggi?

Zirafah sangatlah tinggi,

Senang nak makan pucuk.

a)

Rusa

b)

Zirafah

c)

Gajah

d)

Kuda belang

14.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa katak melompat?

Katak tidak berjalan,

Sebab itu katak melompat.

a)

Katak

b)

Kura-kura

c)

Kijang

d)

Kuda

15.

Pilih haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu berikut:


Kawan oh kawan,

Kenapa ayam cakar tanah?

Ayam cakar tanah,

Sebab Cari makanan.

a)

Itik

b)

Angsa

c)

Ayam

d)

Bangau

16.

Fahami pantun berikut:


Anak helang anak sepat,

Anak ungka di pokok kelapa;

Badannya berbelang berkaki empat,

Cuba teka binatang apa?

a)

Kuda

b)

Harimau

c)

Singa

d)

Buaya

17.

Fahami pantun berikut:


Saat melihat sekuntum Bunga,

Lilin terpadam hilang cahaya;

Semasa berehat mulut ternganga,

Suka berendam tidaklah bahaya.

a)

Badak air

b)

Biawak

c)

Burung

d)

Anjing

18.

Fahami pantun berikut:


Bawa keranjang sambil mendaki,

Kaki tercalar berdarah Pula;

Badannya panjang tidak berkaki,

Suka menjalar membelit Pula.

a)

Ular sawa

b)

Burung

c)

Cacing

d)

Kutu

19.

Fahami pantun berikut:


Buah nangka di dalam guni,

Dibawa si Bujang ke pekan Kajang;

Cuba teka binatang ini,

Kakinya panjang lehernya jenjang.

a)

Bangau

b)

Itik

c)

Ayam

d)

Buaya

20.

Kursus yang ditawarkan dalam iklan?

a)

Kursus Kejuruteraan Mekanikal

b)

Kursus Tanaman Cendawan

c)

Kursus Pendawaiaan Elektrik

d)

Kursus Microsoft Office

21.

Apa dimaksudkan dengan pencapaian kendiri?

a)

potensi diri yang dicapai daripada keupayaan sendiri

b)

tanggapan negatif pada diri

c)

minat dan keinginan

d)

kekuatan fizikal seseorang

22.

Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif akan sentiasa ......

a)

yakin terhadap kebolehan diri

b)

memupuk semangat kekitaan

c)

hidup aman dan sejahtera

d)

bersaing dengan orang lain

23.

Keperibadian seseorang individu merujuk kepada perlakuan dan perwatakan.

a)

Betul

b)

Salah

24.

1. Pilih kata nama Am

a)

A. kucing

b)

B. Si Comel

c)

C. Kuala Lumpur

d)

D. Bahasa Melayu

25.
2. Pilih kata nama Khas
a)
Padang 
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
Sekolah Kebangsaan Selekoh
26.
8. Saya bermain bola di.................................sekolah.
a)
padang
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
makmal komputer
27.
Pilih kata nama khas yang betul.
a)
kampung kuantan
b)
kampung Kuantan
c)
Kampung Kuantan
d)
kampung KUANTAN
28.
Pilih kata nama khas yang betul.
a)
si comel
b)
Si Comel
c)
SI COMEL
d)
si Comel
29.

Ayah membeli se__________ kereta berjenama Proton Saga.

a)

batang

b)

biji

c)

buah

d)

utas

30.

Murid-murid sedang _________ di tengah padang.

a)

Berlepas

b)

Bersenam

c)

Menjemur

d)

Memancing

e)

Mengecat

31.

kapal terbang itu telah _________ ke China.

a)

Menjemur

b)

Bersenam

c)

Berlepas

d)

Memancing

e)

Mengecat

32.

Suraya sedang _________ pakaian di ampaian.

a)

Bersenam

b)

Berlepas

c)

Menjemur

d)

Mengecat

e)

Memancing

33.

Tuliskan ejaan yang betul

(a)  

34.

Tuliskan ejaan yang betul

(a)  

35.

Tuliskan ejaan yang betul

(a)  

36.
a)

itik

b)

itak

c)

itam

37.
a)

ubat

b)

ulam

c)

ulat

38.
a)

ekor

b)

ekar

c)

enam

39.
a)

ibu

b)

ubi

c)

ube

40.

sila pilih perkataan yang betul

a)

cili

b)

cawan

c)

cuka

d)

ceri

41.

sila pilih perkataan yang betul

a)

foto

b)

filem

c)

feri

d)

fucuk

42.

sila pilih perkataan yang betul

a)

kaki

b)

kuda

c)

keli

d)

kolam

43.

sila pilih perkataan yang betul

a)

roda

b)

raga

c)

riba

d)

roti

44.

Pilih ejaan yang tepat bagi objek yang ditunjukkan

a)

besikol

b)

basikal

c)

beskal

45.

Pilih ejaan yang betul bagi gambar

a)

keta

b)

ketara

c)

kereta

d)

kera

46.

Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan

oleh Diana.

47.

Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

a)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

b)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

c)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

d)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

48.

Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

a)

Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.

b)

Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.

c)

Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.

d)

Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.

49.

Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

a)

Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .

b)

Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.

c)

Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.

d)

Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

50.

Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

a)

Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.

b)

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.

c)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.

d)

Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.