NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA SEPARA DAN KATA GANDA BERENTAK
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Pak Cha suka makan sup ____________ ikan.
bebola
jejari
dedaun
kekabu
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
bebiri
jejari
dedaun
bebenang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
kekuda
sesiku
kekisi
lelabu
Banyak __________ rendang yang ditanam di kawasan rekreasi itu.
dedahan
pepohon
reranting
dedaun
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ___________ di takung air.
jejentik
kekuda
rerama
pepijat
____________ adalah sejenis serangga yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
Lelabah
Pepijat
Jejentik
Sesemut
Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _______________ di jalan raya yang sibuk itu.
jejantas
jejambat
jejari
jejemput
Fauzan meminta pekerja kedai basikal itu menggantikan ________________ basikalnya yang bengkok.
reroda
kekisi
jejari
rerantai
Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus.
sesendi
bebenang
kekuda
kekisi
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
bengkang-bengkok
batu-batan
kacau-bilau
haru-biru
Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
kusut-masai
comot-momot
segar-bugar
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
serta-merta
Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang-langgang
riuh-rendah
punah-ranah
calar-balar
_______ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
Lauk-pauk
Rempah-ratus
Batu-batan
Saki-baki
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
rempah-ratus
tanah-tanih
sayur-mayur
kuih-muih
Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Eliza.
lekak-lekuk
selang-seli
teka-teki
kotak-katik
Walaupun usahawan itu __________ namun dia tidak sombong.
kelam-kabut
kaya-raya
kucar-kacir
hina-dina
Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.
terang-benderang
warna-warni
senang-lenang
gelap-gelita
Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ____________ di hadapan rumah jirannya.
lenggang-lenggok
mundar-mandir
lintang-pukang
simpang-siur
