wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BERFOKUS SEJARAH TINGKATAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah kandungan dalam Tahap Tiga peperiksaan perkhidmatan awam Tamadun China, kecuali...

a)

Dijalankan di ibu kota kerajaan

b)

Diadakan tiga tahun sekali

c)

Tempoh peperiksaan selama 10 hari

d)

Tempoh peperiksaan selama 13 hari

2.

Dinasti Han berkembang pada 206 SM hingga 220 M.

Dinasti ini telah diasakan oleh

a)

Liu Bang

b)

Han Wu Di

c)

Raja Zheng

d)

Shi Haungdi

3.

" mereka menyembah api "


Maklumat berikut berkaitan dengan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.


Apakah agama dan kepercayaan tersebut?

a)

Majusi

b)

Yahudi

c)

Nasrani

d)

Wathani

4.

Bagaimana usaha Dinasti Han memperkukuhkan sistem pendidikan?

a)

Melahirkan ahli falsafah

b)

Menubuhkan sekolah tinggi

c)

Membina pusat penterjemahan

d)

Menyeragamkan sistem tulisan

5.

Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan terhadap tamadun Islam.

Apakah sumbangan tersebut?

a)

Ilmu perubatan

b)

Ilmu astronomi

c)

Ilmu pelayaran

d)

Ilmu matematik

6.

KAVIRAJA


Mengapakah Raja Samudragupta di Tamadun India mendapat gelaran berikut

a)

Menggubal perlembangan pertama

b)

Mengukuhkan sistem ekonomi

c)

Melancarkan perluasan kuasa

d)

Meminati puisi keagamaan

7.

Terdapat tiga ibu kota penting di Hijaz, Semenanjung Tanah Arab.


Antara berikut yang manakah ibu kota tersebut.

a)

Taif dan Makkah

b)

Taif dan Baghdad

c)

Makkah dan Damsyik

d)

Damsyik dan Baghdad

8.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Madinah selepas hijrah?

a)

Melantik gabenor sebagai pentadbir

b)

Menyatukan wilayah kecil

c)

Menubuhkan pasukan tentera tetap

d)

Menjalinkan hubungan persaudaraan

9.

Beberapa elemen reka bentuk Masjid ialah rekaan pintu berbentuk melengkung.


Apakah tujuan reka bentuk tersebut?

a)

Mengelakkan pantulan cahaya

b)

Melambangkan perasaan hormat

c)

Kehebatan seni bina

d)

Pengudaraan yang bersih

10.

Cai Lun telah berjaya memperkenalkan teknlogi pembuatan kertas.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kertas tersebut?

a)

Jaring

b)

Tanah liat

c)

Serpihan kayu

d)

Kulit binatang

11.

Apakah faktor yang mendorong kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Kemajuan pelabuhan

c)

Kekuatan ketenteraan

d)

Kebijaksanaan pemerintah

12.

Apakah kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad ke 14?

a)

Empayar Parsi

b)

Empayar Mongol

c)

Empayar Kushan

d)

Empayar Byzantine

13.

Siapakah pemerintah Angkor yang berjaya meluaskan sempayar hingga sempadan Annam?

a)

Rudravarman I

b)

Suryavarman II

c)

Jayavarman VII

d)

Sri Jayanasa VI

14.

Kerajaan Alam Melayu telah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan India.


Apakah kesan hubungan tersebut terhadap kerajaan Alam Melayu?

a)

Menjamin kebahagiaan

b)

Meningkatkan kekayaan

c)

Memajukan perdagangan

d)

Mengelakkan serangan luar

15.

Apakah barangan dagangan yang dibawa oleh pedagang Arab?

a)

Rempah

b)

Karnelian

c)

Kain kapas

d)

Minyak wangi

16.

Kerajaan Champa terkenal dengan aktiviti perlombongan emas.


Apakah lokasi utama perlombongan tersebut?

a)

Amaravati

b)

Indrapura

c)

Pergunungan Hue

d)

Pergunungan Phnom Dek

17.

"Sarang burung layang-layang"


Mengapakah sarang burung mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing?

a)

Makanan dan perubatan

b)

Makanan dan perhiasan

c)

Perubatan dan kesihatan

d)

Kesihatan dan perhiasan

18.

" Tuhan Vatakvurah "


Apakah fungsi jawatan berikut di Srivijaya?

a)

Pegawai pelabuhan

b)

Penyelia perdagangan

c)

Pengawal keselamatan

d)

Pengurus rumah ibadat

19.

Tulisan Kawi berasal daripada India.


Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Sumber

b)

Buruh

c)

Huruf

d)

Penyair

20.

Apakah kesan kepada sistem tulisan masyarakat Majapahit selepas tersebarnya agama Islam?

a)

Penulisan inskripsi

b)

Penghasilan manuskrip

c)

Penggunaan huruf arab

d)

Pengenalan tulisan kawi

21.

Kerajaan Funan telah membina Candi Go Cay Thi di Oc Eo.

Mengapa Candi dibina?

a)

Pusat pendidikan

b)

Pusat perdagangan

c)

Pusat pemerintahan

d)

Pusat penterjemahan

22.

Apakah bahasa masyarakat kerajaan Angkor?

a)

Khmer dan Palava

b)

Khmer dan Sanskrit

c)

Melayu dan Palava

d)

Melayu dan Sanskrit

23.

Antara berikut, yang manakah sambutan kepercayaan dinamisme?

a)

Hari raya puasa

b)

Raya cina

c)

Krismas

d)

Hari Gawai

24.

Apakah kerajaan yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu?

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Srivijaya

d)

Majapahit

25.

Apakah maksud Hyang?

a)

Penyembahan banyak tuhan

b)

Penyembahan terhadap dewa

c)

Penyembahan roh nenek moyang

d)

Penyembahan terhadap semangat

26.

Apakah sumbangan kerajaan Demak terhadap pengaruh Islam di Majapahit?

a)

Menjadi pusat pengajian

b)

Menubuhkan madrasah

c)

Memperkenalkan zakat

d)

melantik kadi dan bilal

27.

Apakah tugas golongan Brahmin dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Pentadbir dan Pemerintah

b)

Pentadbir dan Penasihat agama

c)

Pemerintah dan penggiat seni

d)

Penggiat seni dan Penasihat agama

28.

Apakah faktor yang menajdikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu

a)

Lokasi yang strategik

b)

Pemerintah yang bijak

c)

Pertahanan yang kuat

d)

Mampu bersaing dengan kuasa luar

29.

Gambar berikut merupkan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah kepentingan alat tersebut?

a)

Melambangkan kedaulatan raja

b)

Mengukuhkan kuasa pemerintah

c)

Menggambarkan kekayaan negara

d)

Membezakan taraf raja dan rakyat

30.

Bagaimanakah tindakan Sultan Mansur Syah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Ryukyu?

a)

Perjanjian ditandatangan

b)

Bertukar barang

c)

Penghantaran wakil

d)

Berutus surat

31.

Makasar telah memberi hadiah kepada Melaka untuk mengeratkan hubungan.


Apakah hadiah yang diberikan kepada Melaka?

a)

Cap Mohor

b)

Wang Dinar

c)

Budak Raja

d)

Bunga Emas

32.

Mengapakah kawasan naungan menghantar ufti kepada Melaka?

a)

Mengakui ketuanan

b)

Menjamin kedaulatan

c)

Membeli bahan mentah

d)

Mengeratkan hubungan

33.

Apakah kapal-kapal besar yang terdapat di pelabuhan Melaka?

a)

Jong dan Sagur

b)

Jong dan bahtera

c)

Sagur dan Ghurab

d)

Ghurab dan bahtera

34.

Apakah kuasa yang telah menyerang Kota Kara?

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

Perancis

d)

Sepanyol

35.

Apakah faktor yang menamatkan peperangan tersebut?

a)

Belanda mengalahkan Portugis

b)

Acheh menandatangani perjanjian damai

c)

Johor memberi bantuan kepada Belanda

d)

Kemangkatan Sultan Iskandar Shah

36.

Mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah?

a)

Kurang sumber makanan

b)

Ancaman kuasa Belanda

c)

Kedudukan tidak strategik

d)

Muslihat mempertahankan diri

37.

Apakah hasil dagangan pedagang Siam di Johor pada awal abad ke -16

a)

Beras

b)

Rempah

c)

Kayu jati

d)

Lada hitam

38.

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718.


Mengapakah serangan tersebut berlaku?

a)

Mengalahkan Portugis

b)

Menguasai perdagangan

c)

Menuntut takhta kerajaan

d)

Merampas kuasa kerajaan

39.

Apakah nama mata wang tersebut?

a)

Wang emas

b)

wang katun

c)

Wang kijang

d)

Wang kupang

40.

- dibina semasa Sultan Alaudin Riayat Syah 1

- Pagar dibuat setinggi 40 kaki'

-diperkuat dengan meriam


Apakah kota pertahanan yang dimaksudkan?

a)

Kota Lama

b)

Kota Kara

c)

Kota Seluyut

d)

Kota Batu Sawar