wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata ganda tahun 3

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Contoh kata ganda penuh ialah : (tandakan 3 sahaja)

a)

murid-murid

b)

kuih-muih

c)

lauk-pauk

d)

pertandingan-pertandingan

e)

kawan-kawan

2.

Contoh kata ganda separa TUNGGAL ialah: (pilih 3 sahaja)

a)

bebola

b)

gegendang

c)

kekura

d)

kawan-kawan

e)

kuih-muih

3.

Pilih contoh kata ganda berentak (pilih 3 sahaja) :

a)

kuih-muih

b)

mundar-mandir

c)

gunang-ganang

d)

guru-guru

e)

pertandingan-pertandingan

4.

Kata ganda SEPARA terbahagi kepada empat iaitu: (pilih 4 sahaja)

a)

Tunggal

b)

Berimbuhan awalan

c)

Berimbuhan akhiran

d)

Berimbuhan apitan

e)

Pengulangan konsonan

5.

Kata ganda BERENTAK terbahagi kepada 3 iaitu (pilih 3 sahaja):

a)

Pengulangan vokal

b)

Pengulangan konsonan

c)

Bebas

d)

Penuh

6.

Buku yang dimiliki oleh Jian Jye _______________ belaka.

a)

nipis-nipis

b)

tebal-tebal

c)

kasar-kasar

d)

keras-keras

7.

Nenek YI Xuan menyediakan ______________ untuk memasak sambal bilis garing.

a)

benda-benda

b)

bahan-bahan

c)

perkara-perkara

d)

barang-barang

8.

Ayah Zi Xuan memberikan ____________ kepada para tetamu yang hadir.

a)

bekas-bekas

b)

hadiah-hadiah

c)

reben-reben

d)

kotak-kotak

9.

Adik saya suka makan sup __________ ikan.

a)

bebola

b)

dedaun

c)

kekisi

d)

kekabu

10.

Apakah kata ganda yang betul bagi gambar diatas?

a)

kuih-kuih

b)

kuih-muih

c)

muih-muih

d)

kekuih

11.

Abang Kyle pergi ke kedai komputer untuk membeli_____.

a)

lelangit

b)

sesungut

c)

rerama

d)

tetikus

12.

Chun Jing dan adiknya bermain _____ di padang.

a)

gula-gula

b)

layang-layang

c)

langit-langit

d)

benda-benda

13.

Louise dan Lewis menggunakan_____semasa melintas jalan.

a)

jejantas

b)

jejari

c)

rerambut

d)

sesungut

14.

Christopher berasa gembira apabila melihat _____ rendang menghiasi jalan sepanjang ke kampungnya.

a)

jejentik

b)

lelangit

c)

pepohon

d)

dedaun

15.

Xuan Yu, Yumi dan Zhi Han merupakan _________________ saya semasa belajar di Tadika Pu Sze dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

16.

Ramai orang berkelah dan ___________________ di tepi pantai.

a)

serta-merta

b)

bebola

c)

mandi-manda

d)

calar-balar

17.

Pak Ali menjual ___________________ yang segar di pasar tani.

a)

sayur-mayur

b)

cirit-birit

c)

bebiri

d)

jejari

18.

Beberapa ekor _________________ masuk ke kebun pisang Encik Wong.

a)

bebiri

b)

jejentik

c)

bebola

d)

serta-merta

19.

Clara mengalami ___________________ kerana termakan bubur yang basi.

a)

calar-balar

b)

cirit-birit

c)

sakit-sakit

d)

mandi-manda

20.

Jalan ke Cameron Highlands ___________bagai ular kena palu.

a)

gopah-gapah

b)

bengkak-bengkok

c)

bersimpang- siur

d)

lintang- pukang

21.

______ tingkap di bilik abang reput kerana dimakan oleh anai-anai.

a)

kekuda

b)

kekisi

c)

tetupai

d)

pepatung

22.

Pak Cik Aswhek meletakkan ______ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung yang makan padinya.

a)

kupu-kupu

b)

orang-orang

c)

mata-mata

d)

kuda-kuda

23.

____________ hinggap di atas bunga.

a)

Rama-rama

b)

Nyamuk-nyamuk

c)

Api-api

d)

Jentik-jentik

24.

__________ digunakan untuk menakutkan burung daripada menghampiri sawah.

a)

Orang-orang

b)

Patung-patung

c)

Haiwan-haiwan

25.

Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Universiti telah mengadakan aktiviti _______________ membersihkan taman perumahan mereka.

a)

gaduh-gaduh

b)

gopoh-gapah

c)

gotong-royong

d)

comot-momot