Font size
WorksheetsUjian Pengesanan Biologi t4
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Antara sel berikut, yang manakah mengandungi jumlah tertinggi jalinan endoplasma licin?
Sel otot
Sel pankreas
Sel hati
Sel saraf
Rajah menunjukkkan satu tisu epitelium
Di manakah tisu ini boleh dijumpai dalam tubuh manusia?
Permukaan trakea
Pundi udara dalam peparu
Usus kecil
Duktus ginjal
Apakah proses yang berlaku apabila batang sawi direndam di dalam larutan hipertonik?
Krenasi
Hemolisis
Plasmolisis
Deplasmolisis
Apakah pemerhatian selepas 30 minit?
Aras air dalam piring petri berkurangan
Aras air dalam priring petri meningkat
Aras larutan garam dalam ubi kentang berkurangan
Aras larutan garam dalam ubi kentang kekal sama
Antara yang berikut merupakan struktur hormon?
Rajah menunjukkan kesan kepekatan substrat terhadap kadar tindak balas enzim.
Apakah sebab bagi tindak balas enzim pada fasa Y?
Tapak aktif enzim telah ternyahasli
Suhu persekitaran meningkat
Nilai pH substrat berkurangan
Kepekatan enzim terhad
Rajah menunjukkan potongan daging yang dilembutkan menggunakan daun betik.
Mengapa potongan daging dalam bekas B menjadi lembut lebih cepat berbanding bekas A?
Jumlah luas permukaan daun yang dicarik adalah besar
Lebih banyak air dikeluarkan oleh daun yang dicarik
Lebih banyak enzim dirembeskan daripada daun yang dicarik
Potongan daging ditutupi sepenuhnya oleh daun yang dicarik
Jadual menunjukkan substrat dan pH optimum bagi empat jenis enzim.
Enzim yang manakah antara A, B, C atau D adalah pepsin?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan sebahagian daripada molekul DNA.
Manakah pasangan bes bernitrogen yang mewakili S dan T?
S: Sitosina T: Adenina
S: Tiamina T: Sitosina
S: Guanina T: Sitosina
S: Adenina T: Guanina
Apakah fasa yang diwakili oleh T?
Mitosis
Sitokinesis
Peringkat S
Peringkat G1
Rajah menunjukkan dua peringkat meiosis?
Apakah perlakuan kromosom di peringkat P?
Kromosom memendek dan menebal
Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa
Kromosom homolog berpasangan dan pindah silang berlaku
Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan
Antara yang berikut, sel-sel badan manusia yang manakah dihasilkan melalui meiosis?
Sel hati
Sel saraf
Ovum
Sel epitelium
Rajah 13 menunjukkan satu peristiwa.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan peristiwa tersebut?
Gentian gelendong terurai
Pertukaran bahan genetik berlaku
Pembentukan semula membran nukleus
Replikasi kromosom berlaku
Organel manakah yang menghasilkan adenosin trifosfat, yang merupakan sumber tenaga bagi sel?
Pernyataan berikut adalah mengenai organel P.
Apakah organel P?
Jalinan ensoplasma kasar
Jasad golgi
Lisosom
Ribosom
Rajah menunjukkan organisasi sel dalam manusia.
Antara yang berikut, yang manakah mewakili X?
Rajah menunjukkan struktur P dalam suatu sel yang terlibat dalam penghasilan enzim luar sel.
Apakah yang akan berlaku jika struktur P gagal bercantum dengan jasad Golgi?
Protein dinyahaslikan
Protein tidak diubahsuai
Protein tidak dihidrolasikan
Protein tidak disintesis
Rajah menunjukkan pergerakan bahan Z merentasi membran plasma.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pergerakan bahan Z?
I. Melalui protein pembawa
II. Tidak memerlukan tenaga
III. Menggunakan pengangkutan aktif
IV. Mengikut kecerunan kepekatan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rajah menunjukkan keadaan satu sel sebelum dan selepas direndam dalam larutan X.
Apakah larutan X dan proses yang terlibat?
Larutan X: hipotonik, Proses: Plasmolisis
Larutan X: hipertonik, Proses: Plasmolisis
Larutan X: hipotonik, Proses: Deplasmolisis
Larutan X: hipertonik, Proses: Deplasmolisis
Unsur P tidak dapat dijumpai dalam karbohidrat. Apakah unsur P?
Karbon
Hidrogen
Oksigen
Nitrogen
Rajah menunjukkan struktur mokelul enzim pada suhu 26ºC.
Antara berikut, yang manakah struktur molekul enzim itu pada suhu 60°C?
Rajah menunjukkan graf bagi jumlah substrat yang digunakan melawan masa.
Lengkungan M boleh dicapai jika
nilai pH ditingkatkan
kepekatan enzim ditingkatkan
kepekatan substrat ditingkatkan
hasil diasingkan daripada medium tindak balas
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat yang berlainan dalam mitosis.
Urutan manakah yang betul?
P - Q- R - S
R - Q - S - P
S - R - Q - P
Q - P - R - S
Fasa mitosis manakah yang menunjukkan pembentukan awal plat sel dalam sel tumbuhan?
Profasa
Metafasa
Anafasa
Telofasa
Rajah 8 menunjukkan satu fasa dalam pembahagian sel.
Apakah kemungkinan yang akan berlaku jika struktur Y tidak terbentuk?
I. Pindah silang yang tidak lengkap
II. Boleh menyebabkan mutasi gen
III. Kromosom homolog tidak berpisah
IV. Salah satu sel mempunyai bilangan kromosom yang lebih
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Persamaan di bawah menunjukkan respirasi aerob.
Apakah yang diwakili oleh P dan Q?
P: etanol, Q: karbon dioksida
P: karbon dioksida, Q: oksigen
P: oksigen, Q: asid laktik
P: oksigen, Q: karbon dioksida
Oksigen diambil semasa menarik nafas manakala karbon dioksida dibebaskan semasa menghembus nafas. Apakah laluan gas karbon dioksida apabila keluar dari peparu?
Alveolus →bronkus→ bronkiol → trakea
Alveolus →bronkiol→ bronkus → trakea
Trakea →bronkus→ bronkiol → alveolus
Trakea →bronkiol→ bronkus → alveolus
Rajah menunjukkan keratan melalui alveolus. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan tekanan separa karbon dioksida di P dan Q dengan betul?
P = tinggi
Q = rendah
P = rendah
Q = tinggi
P = tinggi
Q = tinggi
P = rendah
Q = rendah
Rajah menunjukkan hubungan antara proses respirasi dengan fotosintesis. Apakah X dan Y?
X = ATP
Y = C2H5OH
X = C2H5OH
Y = ATP
X = C6H12O6
Y = ATP
X = ATP
Y = C6H12O6
Rajah menunjukkan sistem respirasi satu organisma akuatik. Apakah penyesuaian struktur P bagi pertukaran gas yang optimum?
Mempunyai lengkung insang yang bertulang
Permukaan filament yang berlapis-lapis dan tebal
Kaya dengan jaringan kapilari darah
Mempunyai sebaris sisir insang
Rajah menunjukkan mekanisma pernafasan manusia. Pernyataan yang manakah menerangkan rajah dengan betul?
R = Diafragma mendatar
S = Diafragma berbentuk kubah
R = Otot interkostal luar mengecut
S = Otot interkostal luar mengendur
R = Isipadu peparu berkurang
S = Isipadu peparu bertambah
R = Tekanan udara dalam alveolus rendah
S = Tekanan udara dalam alveolus tinggi
Antara yang berikut, yang manakah kesan kekurangan nutrien?
Obesiti
Aterosklerosis
Kencing manis
Riket
Rajah menunjukkan struktur vilus. Antara nutrien berikut, yang manakah dijumpai di dalam X?
Asid lemak dan vitamin A
Glukosa dan asid amino
Asid amino dan asid lemak
Glukosa dan vitamin D
Maklumat berikut adalah tentang asid amino.
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan di dalam badan dan diuraikan di dalam hati melalui proses K.
Apakah proses K?
Penyerapan
Asimilasi
Penyahtinjaan
Pendeaminan
Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menentukan kandungan asid askorbik (vitamin C) dalam jus buah. Keputusan menunjukkan bahawa 1ml asid askorbik 0.1% melunturkan 1ml larutan DCPIP manakala 2.5ml jus oren diperlukan untuk melunturkan 1ml larutan DCPIP.
Berapakah kepekatan vitamin C dalam jus oren?
2.5 mg/ml
0.4 mg/ml
4.0 mg/ml
3.5 mg/ml
Pengukuran berikut dilakukan dalam eksperimen untuk menentukan nilai kalori kacang.
Berapakah nilai kalori kacang?
252 Jg-1
300 Jg-1
588 Jg-1
840 Jg-1
Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia.
Apakah yang akan berlaku sekiranya X dikeluarkan?
Kadar pencernaan lemak akan berkurang
Makanan tercerna tidak dapat diangkut ke hati
Hempedu tidak dapat dihasilkan oleh hati
Kadar pencernaan protein akan berkurang
Rajah menunjukkan dua jenis sel darah manusia. Apakah fungsi utama sel yang diwakili oleh T dan U?
T = Menjalankan fagositosis
U = Mengangkut oksigen
T = Menghasilkan antibodi
u = Terlibatdalam pembekuan darah
T = Menjalankan fagositosis
U = Terlibat dalam pembekuan darah
t = Terlibat dalam pembekuan darah
U = Menjalankan fagositosis
Rajah menunjukkan keratan memanjang alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa oksigen di P, Q dan R?
P = Tinggi
Q = Rendah
R = Tinggi
P = Rendah
Q = Tinggi
R = Rendah
P = Rendah
Q = Tinggi
R = Tinggi
P = Tinggi
Q = Rendah
R = Rendah
Pernyataan berikut adalah bahan-bahan di dalam bendalir interstis.
- Glukosa
- Oksigen
Antara salur darah berikut, yang manakah terlibat dalam proses pertukaran bahan-bahan tersebut antara darah dengan bendalir interstis ?
Vena
Arteri
Arteriol
Kapilari darah
Apabila satu suntikan antiserum diberikan kepada seseorang individu, badannya memperoleh keimunan serta-merta. Apakah jenis keimunaan yang diperoleh oleh individu itu?
Keimunan aktif semula jadi
Keimunan aktif buatan
Keimunan pasif semulajadi
Keimunan pasif buatan
Rajah menunjukkan satu sinap.
Apakah bahan X?
Enzim
Hormon
Antibodi
Neurotransmitter
Rajah menunjukkan bahagian yang terlibat dalam tindakan reflex. Antara yang berikut, yang manakah menunjukka urutan yang betul bagi tindakan tersebut?
P - Q - R - S
P - S - R - Q
Q - R - S - P
Q - S - P - R
Rajah menunjukkan sistem endokrin manusia. Kelenjar yang manakah merembeskan adrenalina?
P
Q
R
S
Seorang lelaki mengalami kemalangan. Kemalangan itu menyebabkan kecederaan pada otak dan menjejaskan kebolehan membacanya. Bahagian otak manakah yang terjejas?
Serebrum
Serebelum
Hipotalamus
Medula Oblongata
Rajah menunjukkan sistem endokrin manusia. Apakah yang akan berlaku jika organ X gagal berfungsi?
Kadar metabolisme menurun
Suhu badan meningkat
Isipadu air kencing berkurang
Glikogen tidak dapat ditukar kepada glukosa
Rajah menunjukkan graf kadar pengambilan oksigen oleh otot dan kadar keperluan oksigen seseorang yang melakukan senaman fizikal yang cergas.
Bagaimanakah seseorang itu mengatasi masalah dalam kawasan yang berlorek?
Minum lebih banyak air
Mandi dengan segera
Menarik nafas dalam dan cepat.
Terus bersenam
Seorang lelaki memakan banyak makanan masin.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, yang manakah antara berikut akan berlaku?
Tekanan osmotik darah akan menjadi rendah
Tubul ginjal akan menjadi kurang telap kepada air
Lebih banyak ADH akan dirembeskan
Air kencing yang dihasilkan akan menjadi pekat
Rajah menunjukkan satu penyakit yang berkait dengan ketidakseimbangan satu hormon.
Antara kelenjar berikut, yang manakah merembeskan hormon ini?
Kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Kelenjar adrenal
Pankreas
Rajah menunjukkan satu struktur nefron.
Apakah itu X ?
Liku Henle
Duktus pengumpul
Tubul berlingkar distal
Tubul berlingkar proksimal
Rajah menunjukkan vertebra lumbar manusia.
Antara berikut, yang manakah fungsi Z?
Permukaan untuk perlekatan otot
Perlindungan bagi saraf tunjang
Permukaan untuk persendian dengan vertebra
Menyediakan sokongan dan menyerap gegaran
Rajah menunjukkan kaki yang diluruskan.
Yang manakah antara tindakan otot berikut akan membengkokkan kaki?
Kuadriseps femoris mengecut, Biseps femoris mengecut
Kuadriseps femoris mengendur, Biseps femoris mengecut
Kuadriseps femoris mengecut, Biseps femoris mengendur
Kuadriseps femoris mengendur, Biseps femoris mengendur
Lutut seorang pesakit dipasang dengan sendi buatan.
Antara yang berikut, penyakit manakah yang dialami oleh pesakit tersebut ?
Gout
Artritis
Osteoporosis
Distrofi Otot
Peringkat-peringkat berikut berlaku semasa spermatogenesis.
Sel germa primodium - sprematogonium - Spermatosit primer - Spermatosit sekunder - Spermatid - Sperma
Pada peringkat spermatogenesis manakah kromosom mula menjadi haploid?
Sel germa primodium
Spermatogonium
Spermatosid primer
Spermatosid sekunder
Rajah menunjukkan ketebalan dinding endometrium dalam satu kitar haid.
Antara graf yang berikut manakah yang menunjukkan aras rembesan hormon progesteron yang betul?
Rajah menunjukkan pembentukan kembar.
Manakah antara berikut adalah betul?
Kembar seiras. Satu perempuan dan satu lelaki
Kembar seiras. Kedua-duanya perempuan atau kedua-duanya lelaki
Kembar tak seiras. Satu perempuan dan satu lelaki
Kembar tak seiras. Kedua-duanya perempuan atau kedua-duanya lelaki
En Lutfi dan isterinya telah mempunyai enam orang anak dan tidak berhajat mempunyai anak lagi. Manakala, En Indra yang mempunyai bilangan sperma yang rendah, merancang bersama isterinya untuk mempunyai anak.
Kaedah manakah yang sesuai untuk diaplikasi oleh En. Lutfi dan En. Indra?
En. Lutfi = ligasi
En. Indra = persenyawaan in vitro
En. Lutfi = persenyawaan in vitro
En. Indra = vasektomi
En. Lutfi = bank sperma
En. Indra = vasektomi
En. Lutfi = vasektomi
En. Indra = permanian berhadas
Rajah menunjukkan peringkat perkembangan embrio dalam organ pembiakan wanita.
Apakah struktur X?
Zigot
Morula
Fetus
Blastosista
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pembentukan kembar tak seiras?
Dua ovum disenyawakan oleh dua sperma
Dua zigot yang berlainan sifat akan terbentuk
Kedua-dua fetus berkongsi plasenta yang sama
Jantina fetus mungkin sama atau berbeza
Jadual menunjukkan kitar haid seorang wanita. Beliau mengalami haid pada 3 Mac dan kitar haidnya ialah 28 hari.
Minggu berapakah dia akan mengalami ovulasi?
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
