Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa ‘api dalam sekam’?

a)

Ikut resmi padi makin berisi makin tunduk

b)

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

c)

Gunting dalam lipatan

d)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

2.

Berdasarkan gambar di bawah, iaitu merujuk kepada simpulan bahasa “meriam buluh”. Situasi yang manakah sesuai dengan peribahasa tersebut?

a)

Semua anak Pak Wahid takut kepadanya kerana beliau seorang yang bengis dan sangat tegas

b)

Nizam seorang lelaki yang bertubuh sasa dan kelihatan garang namun sebenarnya Nizam seorang yang baik hati dan sopan-santun.

c)

Azri seorang yang mudah marah dan cepat terasa

d)

Cikgu Azli dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin kerana beliau seorang yang garang.

3.

Zarah terpaksa mendaftar masuk ke Kelab Kesenian atas arahan guru kelasnya walaupun Zarah tidak suka

a)

Bagai melulur bersitungging

b)

Bagai anjing tersepit di pagar

c)

Angguk bukan, geleng ya

d)

Talam dua muka

4.

Gambar di atas merupakan perbandingan antara peribahasa Melayu dengan English. Apakah peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

Ikan seekor rosakkan ikan setajau

b)

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

c)

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

d)

Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah

5.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.


Situasi yang manakah sesuai dengan peribahasa tersebut?

a)

Aini bertanya harga baju itu kepada jurujual.

b)

Pasukan Silat Kebangsaan berjaya membawa pulang 3 Pingat Emas dalam temasya Kejohanan Dunia.

c)

Haikal sentiasa bertanya dan berjumpa dengan Cikgu Ilham kerana berhasrat untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran Matematik.

6.

Dua orang yang bersaudara tidak akan dipisahkan oleh perselisihan.

a)

Seperti kacang lupakan kulit

b)

Seperti anjing dengan kucing

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Air dicincang tiada putus

7.

Peribahasa yang merujuk kepada gambar di atas.

(a)  

8.

Peribahasa yang membawa maksud kerjasama.

a)

Hati kuman sama dilapah, hati kuman sama dicecah

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Bagai isi dengan kuku

d)

Terendam sama basah, terampai sama kering

9.

Peribahasa “seperti rusa masuk kampung” dapat dikaitkan dengan keadaan.

a)

Seseorang yang mengharapkan bantuan sehingga menyusahkan orang lain.

b)

Seseorang yang tercengang-cengang apabila berada di kawasan yang baharu.

c)

Seseorang yang tidak pandai bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya

d)

Seseorang yang bersendirian dan tidak tahu apa-apa yang hendak dilakukan

10.

Pilih satu jawapan yang paling tepat untuk peribahasa “Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air”.

a)

Menurut sahaja kehendak orang lain

b)

Segala keperluan sudah ada, hanya perlu menanti masa untuk melakukan

c)

Orang yang bertuah dapat keuntungan pada bila-bila masa

d)

Segala arahan akan dituruti tanpa bantahan

11.

Berikut merupakan bidalan yang sering digunakan kecuali

a)

Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

b)

Biar mati anak, jangan mati adat

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

Sediakan payung sebelum hujan

12.

Peribahasa yang manakah sesuai dengan maksud angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

c)

Burung terbang dipipiskan lada

d)

Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri

13.

Peribahasa berikut merupakan pepatah Melayu.

a)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

d)

Alim-alim kucing

14.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa “ sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi”.

a)

Mengata periuk belangan hitam

b)

Habis madu sepah dibuang

c)

Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah

d)

Bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak

15.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas?

(a)  

16.

Padanan yang sesuai, sama cantik sama lawa

a)

Seperti cincin dengan permata

b)

Bagai kuku dengan isi

c)

Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin

d)

Bagai pinang dibelah dua

17.

Peribahasa yang sama maksud dengan gambar di atas?

a)

Alang-alang mandi biar basah

b)

Embun dihujung rumput

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti cincin terlekat di jari

18.

Maksud disebalik peribahasa dalam gambar di atas.

a)

Seseorang yang kita percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita

b)

Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

c)

Kembali semula ke tempat asal

d)

Memperoleh sesuatu yang dihajati

19.

“ BIAR PECAH DI PERUT, JANGAN PECAH DI MULUT”


Peribahasa tersebut tergolong dalam kategori?

a)

Simpulan Bahasa

b)

Bidalan

c)

Pepatah

d)

Perumpamaan

20.

Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu

a)

Muka tembok

b)

Muka batu

c)

Muka talam

d)

Muka tebal