WorksheetsKAJIAN KES PENGURUSAN ADUAN (Sesi 5 - Aduan 1)
Total questions: 5
Worksheet time: 3mins
Satu aduan baharu yang belum didaftar telah diterima dengan merujuk kepada media sosial (Facebook) mengenai individu disuntik dengan picagari kosong - vaksin kosong.
Apakah tindakan pertama dalam pengurusan aduan ini?
Penyelia menggunakan modul Kawalan untuk membuat semakan kes.
Pendaftar aduan menggunakan modul Pendaftaran aduan untuk mendaftar kes. Memilih sumber aduan: Laman Sosial.
Penyelia membuat saringan dan penugasan kes.
Penyiasat memulakan proses siasatan.
Bagi contoh aduan vaksin kosong melalui medium laman sosial, semua di bawah merupakan maklumat yang diperlukan daripada pengadu supaya aduan lengkap, KECUALI:
Tarikh kejadian
Lokasi terperinci kejadian (PPV yang berkaitan)
Masa kejadian
Status perkahwinan pengadu
Sekiranya aduan lengkap telah didaftar oleh pendaftar aduan, apakan tindakan seterusnya?
Penyiasat boleh memulakan proses siasatan.
Penyelia membuat saringan dan penugasan kes kepada penyiasat.
Penyelia membuat pembatalan kes.
Penyiasat menghubungi agensi.
Apabila aduan telah dibuat penugasan oleh penyelia kepada penyiasat, apakan tindakan seterusnya?
Penyiasat mengeluarkan Surat Peringatan kepada Agensi
Penyiasat mengemukakan surat Pertanyaan kepada Agensi
Penyiasat mengemukakan Surat Kepada Agensi (SKA)
Penyiasat membuat penyelesaian kes.
Di antara berikut, yang manakah merupakan contoh maklum balas lengkap bagi contoh kes vaksin kosong?
Siasatan telah dijalankan dan aduan dianggap selesai di peringkat jabatan.
Siasatan telah dijalankan dan pengadu telah dihubungi untuk penjelasan mengenai perkara ini. Aduan selesai.
Siasatan telah dijalankan dan aduan didapati berasas. Tindakan telah diambil selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.
Siasatan telah dijalankan dan didapati perkara yang diadu adalah benar. Pegawai petugas yang terlibat telah diambil tindakan tatatertib. Pengadu telah dihubungi dan temujanji baru telah diberikan untuk menerima suntikan vaksin. Pengadu telah selesai mengambil dos vaksin pada.....Segala kesulitan yang dihadapi oleh pengadu amat dikesali.
