wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MATEMATIK TIBGKATAN 4 : PENGURUSAN KEWANGAN

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah langkah pertama dalam proses pengurusan kewangan?

a)

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan

b)

Menetapkan matlamat kewangan

c)

Melaksanakan pelan kewangan

d)

Mewujudkan pelan kewangan

2.

Pilih yang benar mengenai matlamat kewangan jangka pendek

a)

Matlamat yang hendak dicapai kurang daripada setahun

b)

Tidak melibatkan jumlah amaun yang besar

c)

Membuka kedai runcit

d)

Melibatkan amaun yang besar

3.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka pendek berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli satu set sofa

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Bercuti ke Pulai Sipadan

4.

Apakah jenis perbelanjaan yang mengakibatkan seseorang individu berbelanja melebihi kemampuan?

a)

Perbelanjaan berasaskan keperluan

b)

Perbelanjaan berasaskan kehendak

c)

Perbelanjaan berasaskan produk

5.

Pilih kebaikan mempunyai perancangan kewangan yang cekap.

a)

Membantu individu bebas daripada masalah kewangan

b)

Mendidik individu agar berusaha

c)

Mewujudkan simpanan ketika kecemasan

d)

Menggalakkan individu mempunyai dua pekerjaan

6.

Berdasarkan konsep SMART, yang manakah benar?

a)

S (Tempoh Masa)

b)

A (Boleh dicapai)

c)

M (Spesifik)

d)

T (Boleh diukur)

7.

"Cik Ainul merupakan seorang kartunis yang berpendapatan RM4 000 ingin mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun. Anggaran perbelanjaan perkahwinan berjumlah RM40 000. Oleh itu, beliau ingin menyimpan sebanyak RM2000 sebulan bagi jangka masa 20 bulan. Selain itu, beliau juga ingin membuat pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan."

Adakah Cik Ainul mematuhi konsep SMART?

a)

Ya

b)

Tidak

8.

Apakah maksud akronim konsep SMART?

a)

Specific, Meaningful, Attainable, Realistic, Time-bound

b)

Specific, Measurable, Amplification, Realistic, Time-bound

c)

Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-bound

d)

Specific, Measurable, Attainable, Refund, Time-bound

9.

Gaji bulanan Raisudeen ialah RM3500, setiap bulan dia harus membayar perbelanjaan tetap sebanyak RM1500 dan perbelanjaan tidak tetap sebanyak RM1000. Berapakah lebihan pendapatan Raisudeen setiap hujung bulan?

a)

RM1000

b)

RM1200

c)

RM1500

d)

RM1800

10.

Gaji Marina setiap bulan ialah RM1800. Setiap bulan dia harus bayar sewa rumah RM300, utiliti RM200, perbelanjaan ibu bapa RM500, makanan RM600. Berapakah lebihan pendapatan Marina pada hujung bulan?

a)

RM100

b)

RM200

c)

RM300

d)

RM400

11.

Apakah dua komponen utama dalam pelan kewangan?

a)

Pendapat

b)

Pendapatan

c)

Perbelanjaan

d)

Perkongsian

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan aset?

a)

Kad kredit

b)

Hutang daripada kawan

c)

Akaun simpanan

d)

Rumah yang belum habis bayar

13.

Muthu bekerja sebagai seorang guru dan bergaji RM2800 sebulan. Setiap bulan dia harus bayar perbelanjaan tetap RM1000 dan perbelanjaan tidak tetap RM1000. Beliau simpan semua bakinya untuk melancong di Jepun yang dijangka perbelanjaan ialah RM8000. Berapa bulan harus Muthu simpan untuk melancong ke Jepun?

a)

5 bulan

b)

8 bulan

c)

10 bulan

d)

12 bulan

14.

Mengapakah kita perlu mengkaji semula dan menyemak kemajuan pelan kewangan dari semasa ke semasa?

a)

Untuk memastikan aliran tunai sentiasa positif

b)

Untuk membuat anggaran awal untuk mencapai setiap matlamat

c)

Untuk berbelanja sewenang-wenangnya

d)

Untuk meningkatkan jumlah pendapatan

15.

Pengurusan kewangan merupakan suatu proses melibatkan pengurusan wang daripada sumber pendapatan terhadap

I simpanan

II perbelanjaan

III perlindungan

IV pelaburan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

semua di atas

16.

Susun proses pengurusan kewangan mengikut susunan yang betul.

I Menilai kedudukan kewangan.

II Menetapkan matlamat kewangan.

III Mewujudkan pelan kewangan.

IV Melaksanakan pelan kewangan.

V Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.

a)

I, II, III, IV, V

b)

I, III, II, IV, V

c)

II, I ,III, IV, V

d)

I, IV, III, II, V

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan aliran tunai negatif?

a)

Jumlah pendapatan melebihi daripada jumlah perbelanjaan

b)

Jumlah pendapatan sama dengan jumlah perbelanjaan

c)

Jumlah perbelanjaan kurang daripada jumlah pendapatan

d)

Jumlah pendapatan kurang daripada jumlah perbelanjaan

18.

Encik Aditya dan isterinya ingin membeli sebuah rumah dalam masa enam tahun selepas mereka berkahwin. Jumlah pendapatan mereka ialah RM4500 dan jumlah perbelanjaan tetap dan tidak tetap mereka ialah RM3450 sebulan. Mereka bercadang untuk membeli sebuah pangsapuri yang berharga RM302 400 dengan wang pendahuluan sebanyak RM30 240. Berapakah simpanan bulanan yang harus disimpan oleh Encik Aditya dan isterinya bagi mencapai matlamat tersebut ?

a)

RM420

b)

RM630

c)

RM1050

d)

RM3780

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan?

a)

Menguruskan sumber pendapatan

b)

Mengawal perbelanjaan harian

c)

Menetapkan matlamat kewangan

20.

Hitung aliran tunai bulanan Encik Eric.

a)

RM 1220.00

b)

RM 950.00

c)

RM 730

d)

RM 970